By July 2, 2015 Read More →

Menerima Anugerah Bonus Kereta Di “Shaklee National Conference” 2015

“Eh, Tahniah yer kat korang.. Hebat lah korang ni.. Kerata apa korang dapat? Mana kereta baru?”

Itulah antara kata-kata yang kami terima bertubi-tubi semenjak kami menerima Award Car Bonus (Bonus Kereta).

Di sebabkan terlalu ramai yang tanya, so lebih baik saya tulis dan kongsikan di sini apa yang di maksudkan Bonus Kereta dalam perniagaan shaklee ini supaya lebih mudah semua orang paham. 🙂

Apa Itu Bonus Kereta

BonusKereta3

Bonus kereta adalah insentif yang shaklee tawarkan kepada semua pengedar mereka. Ia adalah bonus tambahan (additional cash insentive) setiap bulan yang shaklee beri kepada pengedar yang  telah layak/berjaya.

Cara Untuk Mendapatkan Bonus Kereta

Untuk dapatkan bonus kereta ini ada beberapa syarat yang perlu kita capai untuk melayakkan kita menerima award ini. Pengedar Shaklee yang mahu mendapatkan anugerah ini perlu mencapai target jualan yang telah di tentukan oleh pihak Shaklee.

Ada 2 pilihan yang shaklee beri sebagai fasa Ujian kepada pengedarnya iaitu,

Pilihan A

  • Bulan 1 5,000 UV (point)
  • Bulan 2 10,000 UV (point)
  • Bulan 3 15,000 UV (point)

Pilahan B

  • Bulan 1 5,500 UV (point)
  • Bulan 2 7,500 UV (point)
  • Bulan 3 7,500 UV (point)
  • Bulan 4 10,00 UV (point)

Antara pilihan di atas kami memilih pilahan B sebab ia lebih mudah untuk di capai walaupun agak lambat sikit berbanding A.

Alhamdulillah, selepas beberapa bulan berusaha gigih akhirnya berjaya layak dapat anugerah bonus kereta itu. 🙂

BK

Berapa RM Bonus Shaklee Bagi?

Kepada yang telah melalui fasa ujian di atas, secara automatik bulan seterusnya shaklee akan berikan Extra Cash sebagai bonus/insentif kereta. Nilai paling minimum adalah lebih kurang RM600 sebulan. Manakala jumlah maksimum adalah tiada had kerana ia bergantung kepada jumlah point yang kita terima daripada hasil jualan setiap bulan.

Secara purata, pada pendapat saya ramai yang menerima bonus kereta ini lebih kurang RM3,000-RM8,000 sebulan. Jumlah yang paling besar saya pernah dengar adalah sebanyak RM30k-RM40k sebulan.

Bonus/kereta ini adalah bonus tambahan yang shaklee beri tau. Bonus yang biasa kita dapat tu tetap dapat juga. Tu yang cakap “Extra Cash”. 🙂

Mana Kerata Baru? Kereta Apa Korang Dapat?

Ini antara soalan popular yang kami dapat.

Jawapan dia mudah, Shaklee beri kami bonus dalam bentuk CASH/TUNAI. Bukan dalam bentuk kereta yer. So, ia terpulang kepada kami nak beli kereta ke tidak.

Memandangkan kereta kami pun baru berumur setahun lebih, so memang tak ada niat la nak beli kereta lain setakat ini.

BonusKereta4

Syukur alhamdulillah kerana Allah beri kami peluang menikmati rezeki ini. Dengan usaha yang berterusan dan tunjuk ajar dari mentor-mentor kami akhirnya kami berjaya mendapatkan bonus kereta ini.

Memang betul kata otai-otai bisnes. “Nak jalan shortcut untuk berjaya perlu ada mentor yang telah terbukti berjaya”. Mentor lah yang akan tunjukkan jalan mana yang boleh di lalui dan jalan mana yang berliku.

Dari Zero Ke Pro

Sebelum saya kenal shaklee, sebenarnya kami berdua boleh di katakan tak tahu apa-apa pasal bisnes online. Nadia pulak asalnya memang sangat tak suka dengan bisnes dan tak pernah buat apa-apa bisnes pun sebelum ini. Saya pernah la buat bisnes, cuma tak pernah lagi buat secara online.

Tapi bila dengan tunjuk ajar sifu-sifu hebat yang tak jemu mencurahkan ilmu, akhirnya bisnes yang dulunya rasa susah, kini jadi mudah. Yang dulu nadia benci sangat kat bisnes, sekarang dah mula jatuh cinta dengan bisnes. 🙂

Syukur Alhamdulillah, bisnes kami semakin berkembang.

Usaha Tangga Kejayaan

Betul kata orang tua-tua, “usaha tangga kejayaan”. Kami berusaha dan terus berusaha walaupun kadang-kadang ada pelbagai dugaan yang datang. Hasil dari usaha yang tidak pernah kenal putus asa itu akhirnya kami berjaya sampai ketahap sekarang.

Nak ikutkan rasa macam tak percaya jugak. 🙂

Yer la… saya & nadia ni bukanlah orang yang jenis petah berkata-kata. Apatah lagi nak meng”goreng”. Jenis “introvert” la kalau bahasa jawanya.. hehe

Tapi realitinya orang introvert juga boleh berniaga walaupun bukan kaki “goreng”. 🙂

Cuma kebiasaannya orang introvert ini agak lambat membuat keputusan. Mungkin lebih banyak berfikir dan lebih teliti. Walaubagaimana pun, kelebihan orang jenis introvert adalah dia lebih empati terhadap orang lain.

Bila berniaga, orang introvert lebih memikirkan tentang kepentingan orang lain (customer) berbanding keuntungan diri sendiri. 🙂

Inilah kelebihan yang orang introvert ada yang mungkin membuatkan mereka di percayai oleh orang sekeliling dan bisnes mereka lebih bertahan lama. 🙂

Nilai Bonus Kereta Akan Meningkat

InsyaAllah, Selepas ini kami akan berusaha lebih keras lagi supaya nilai bonus kereta yang kami terima meningkat berkali ganda.

Sudah pasti pada masa itu, gambar kereta yang saya tatap setiap hari di vision board saya akan menjadi kenyataan.

Nak tau kereta apa yang ada dalam vision board saya?

Inilah Keretanya Yang Ada Dalam Vision Board Ku. :)

Inilah Keretanya Yang Ada Dalam Vision Board Ku. 🙂

Mungkin bagi sesetengah orang kereta ni murah bagi dia. Tapi bagi saya ketika ini, ia adalah kereta yang mewah untuk saya.

Doakan saya berjaya memiliki kereta tu secepat mungkin yer. 🙂

Okay lah… Sekian dulu perkongsian saya untuk kali ini.

Saya doakan semoga anda semua berjaya mencapai impian & cita-cita.

Jumpa lagi di lain entri

P/S: Nak berjaya? Perlu ada MENTOR yang telah terbukti berjaya dan USAHA tanpa mengenal putus asa.

Klik Share Ya!!!

Comments are closed.