By November 16, 2014 1 Comments Read More →

Master Celebration Maria Firdaus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur alhamdulillah, selesai sudah majlis gilang gemilang yang di nanti-nantikan kedua orang Masters kesayangan kami dari Empayar MFMS pada 16 November 2014 di Pullman Putrajaya Lakeside. Meriah sungguh majlis yang di taja oleh Shaklee yang bernilai RM50,000. Banyak kan Shaklee keluarkan duit untuk Master Coordinator. Ala-ala majlis perkahwinan pulak..Semoga saya dan Mr Hubby mencipta sejarah yang sama seperti Masters kesayangan kami.

IMG_3379

Majlis bermula pada pukul 10.30 pagi. Saya dan Mr Hubby sampai awal lagi. Sebelum majlis bermula saya dan jurumekap MFMS, Saudari Suhana. Su mekap Maria tapi saya pun tumpang sekaki..

Gambar

Kami anak-anak didik Maria Firdaus ada buat suprise untuk mereka tau…Sebulan kami merancang untu buat suprise ni. Kami ada telegram group untuk bincang suprise untuk mereka. Kita tengok apa suprise tu bila tiba masa suprise nanti yea 🙂

Mr Victor Lim meberi ucapan pembukaan.

cery mamafaiz jutawan shaklee

Majlis di teruskan dengan perkongsian hebat daripada seorang Jutawan Shaklee, Presidential Master Shareeza (Kak Cery)

Beliau berkongsi tips untuk menjadi seorang yang hebat.

Menurut beliau, Master Maria Firdaus mempunyai cas-cas positif yang banyak. Tengok FB dan Blog mereka memang positif je, tiada yang negatif. Untuk menjadi seorang yang hebat kita perlu jadi seorang yang POSITIF!

Semua orang adalah masalah masing-masing. Yang membezakan kita dengan orang lain adalah bagaimana kita berhadapan dengan masalah dan bagaimana kita menyelesaikan masalah.

IMG_0339

Perkongsian Master Ainul

Master Ainul memperkenalkan Master Maria dengan Shaklee. Beliau berkongsi bagaimana mereka bermula dengan bisnes Shaklee. Beliau adalah biras kepada Master Maria.

Beliau berkongsi bagaimana gigihnya mereka mengembangkan Empayar mereka (MFMS). Beliau hanya bantu mereka sehingga ke Rank Supervisor je, seterusnya mereka berdikari mengatur strategi untuk kembangkan empayar mereka.

Kehebatan mereka adalah mereka berjaya merangkul Rank Master Coordinator hanya 9 bulan sahaja. Mereka langkah bendul apabila mereka berjaya merangkul Rank Master Coordinator terlebih dahulu daripada Master Ainul.

Tiada apa yang mustahil dalam Shaklee. Tiada istilah upline kaya dan goyang kaki dan downline kerja teruk-teruk. Sistem Shaklee sangat adil. Siapa yang lebih berusaha dia dapat lebih, siapa yang kurang usaha dia dapat kurang. Namun, segalanya dengan izin Allah s.w.t.

Beliau juga pesan, jika nak berjaya dalam bisnes Shaklee, kita perlu FOLLOW dan DUPLICATE apa yang mummy Shaklee kita buat sebab mereka sudah terbukti berjaya.

Shaklee menawarkan 3C iaitu, CASH BONUS, CAR BONUS dan CONVENTION TRIP (bercuti/umrah setiap tahun)

Syukur alhamdulillah, saya dah dapat 2C iaitu CASH BONUS dan CAR BONUS. InshaAllah, CONVENTION TRIP akan menyusul.

Saya pernah berkongsi CAR BONUS saya di entry ini _

SUPRISE untuk Master Maria Firdaus

Berdebar-debar menanti saat ini….Kami ada suprise untuk mereka berdua.IMG_0348

IMG_0352

Zizan mulakan suprise dengan menyanyi solo lagu “You Raised Me Up!”. Kami menarik mereka berdua ke pentas untuk menyanyi bersama-sama kami. Semangat sungguh anak-anak didik Maria Firdaus nyanyi…Lagu ni khas untuk mereka berdua yang banyak berjasa untuk kami..

Berjaya jugak buat mereka terharu dan tersentuh hati dan mengalirkan air mata. Bukan mereka je tersentuh, tetamu lain yang hadir pun turut tersentuh. Lepas nyanyi ada lagi suprise…Apakah?..

Suprise hadiah pulak.. 🙂

Pembukaan hadiah daripada anak-anak didik empayar Maria Firdaus, The Most Happening & Fantastic Shaklee Team in Malaysia. Khat Kufi yang kami tempah khas oleh kami yan bertulis. “Maria Firdaus Millionaires in Shaklee, The Most Fantastic Shaklee Team in Malaysia!”

Jom tengok video pulak..Video rakaman ketika berlangsungnya suprise untuk mereka.

IMG_0355

Kami ada jugak buat vidoe khas untuk mereka. Video ini di hasilkan oleh saudara Md Latiff dan segala bahan dalam video ini di sumbangkan oleh anak-anak didik MFMS sendiri.

Penganugerahan Master Coordinator.

stage maria firdaus sebelum bermula

gerbang mascel maria firdaus

grand entrance maria firdaus

Majlis kemudian di teruskan dengan Master Coordinator Grand Entrance.

red carpet mfms

Red Carpet Grand Entrance Master Maria Firdaus.

terima anugerah master shaklee maria firdaus

Penganugerahan sebagai Master Coordinator Shaklee oleh Mr. Victor.

penganugerahan rank tertinggi shaklee master

pin shaklee master maria firdaus

Pin dan name tag Shaklee. Hanya Rank Master Coordinator je ada pin ni.

perkongsian daripada master firdaus

Ucapan oleh Firdaus

Beliau berkongsi jatuh bangun beliau dalam bisnes. Beliau pernah kerugiaan sebanyak RM25,000 dan di kejar bank setelah gagal mebayar pinjaman sebanyak 3 bulan berturut-turut. Namun akhirnya beliau bangkit dan melompat lebih tinggi.

Beliau juga menceritakan bagaimana Master Maria keluar dari comfort zone bekerja sebagai enginner dan bekerja dari rumah dan berjaya kini.

Jika nak tahu lebih lanjut boleh baca e book di bawah:

IMG_0393

Ucapan Master Maria

Beliau berkongsi kisah perjalanan mereka daripada Distributor hingga berjaya menjadi Master Coordinator.

Terinspirasi kami mendengarnya.

Fateh bersama Umminya memberi ucapan.

Uniknya bisnes Shaklee. Ia adalah family bisnes. Anak-anak ganggu tidak ada siapa nak marah walaupun dalam majlis formal sebegini. Anak-anak menjadi keutamaan.

MFMS Leaders Tulang Belakang Maria Firdaus

Setelah selesai ucapan dari Maria dan Firdaus, kami pulak di suprise kan oleh mereka. Mereka buat video untuk para leaders yang menjadi tulang belakang Empayar Maria Firdaus dari hasil mereka sendiri.

Video

IMG_0450

#N3M Bersama Master Hafsah

IMG_3316

The Georges #N3M

IMG_3321

IMG_3332

IMG_3377

Sisters

IMG_3347

Bersama Master Hafsah

IMG_3361

IMG_3349

Bersama Master Hafsah

IMG_3367

Bersama Master Maria Firdaus

IMG_3383

Abang Bomba

Ucapan tahniah dan komen dari President Shaklee Malaysia untuk Master Celebration ini.

Tak sangka jumlah yang hadir lebih 300 orang. Kehadiran tetamu adalah di luar jangkaan. Ramai yang datang nak meraikan Master Maria Firdaus.

Saya juga mendapat feedback dari para masters dan juga pihak pengurusan Shaklee yang tidak pernah lagi Master Celebration sehappening Master Celebration Maria Firdaus ini. Tak pernah lagi ada suprise yang sangat besar auranya daripada anak-anak didik. Syukur alhamdulillah, saya berada di dalam empayar yang sangat besar auranya.

Memang terbukti , MFMS is The Most Happening & Fantastic Shaklee Team in Malaysia! Tahniah kepada semua!

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Posted in: MOTIVASI BISNES
Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Kusuma
6 years ago

wih keren acaranya, tapi mungkin bisa dijelaskan dulu tentang acara ini agar pembaca tidak bingung. dan lanjutkan berkarya serta berkarir.

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x