KURUS: Pemuda Belanja RM50 RIBU Untuk Menurunkan 30KG?
Nampaknya isu kegemukan kini makin menjadi-jadi. Ini terbukti dengan statistik yang semakin meningkat setiap tahun. Mungkin ramai yang telah sedar mengenai isu sini, tapi MASIH RAMAI lagi yang belum sedar bahawa isu ini sebenarnya semakin hari semakin serius.
Nak KURUS Perlu Belanja RM50k Untuk Buang 30KG?
Beberapa hari lepas saya terima mesej daripada group di telegram. Mesej yang saya terima kali ini agak menarik bagi saya sebab ia telah berjaya mengejutkan saya. 🙂
Ia adalah cerita berkenaan seorang lelaki yang sanggup membayar RM50k untuk semata-mata ingin memiliki tubuh KURUS dan macho. RM50k itu di belanjakan hanyalah untuk proses menyedut lemak daripada badan.
Cuba anda tengok gambar di bawah.
Bila saya tengok apa yang tertulis di dalam gambar di atas rasa macam.. “APA????!!!! RM50k untuk KURUS????” Ha… macam tu la.. Macam terkejut beruk jugak la.
Ini pula gambar terperinci berkenaan Pembedahan Sedut Lemak (liposuction)
Ini pula komen/perkongsian dari beberapa rakan yang lebih tahu dan ada pengalaman melihat sendiri mengenai Pembedahan Sedut Lemak (liposuction)
Aduh Siksanya… Bukan sahaja kosnya mahal, malah perlu menanggung kesukaran yang teramat sangat selama beberapa bulan. Aduih… baca je pun dah rasa sakit, inikan pula bahu yang memikulnya.
Bagi pendapat saya, daripada siksa berbulan dan bayar mahal, lebih baik kita menurunkan berat secara menjaga makan & bersenam. Kebiasaannya dalam masa 3 bulan tu sekurang-kurangnya boleh turun sebanyak 10-15kg. Tu baru bersenam secara geli-geli. Kalau buat betul-betul boleh dapat turun 20-25kg juga.
Lepas buat liposuction tu pun perlu menjaga makan, nak ikutkan alih-alih sama je dengan mengamalkan diet yang betul. Yang bestnya kalau berdiet secara berilmu kita boleh makan apa yang kita nak, janji dengan cara yang betul (takde pantang). Bukan ke lebih kalau seronok dapat kurus tanpa berpantang makanan.
Tiada Jalan Pintas Untuk Kurus
Sebenarnya saya kagum dengan kesungguhan lelaki dalam cerita di akhbar itu yang mahu ingin kelihatan KURUS. Tetapi saya kurang setuju dengan kaedah yang digunakan. Saya berpendapat kita perlu ambil sedikit masa untuk menurunkan berat dan kelihatan kurus. Bukanlah dengan mengambil dengan cara jalan pintas.
Walaupun mungkin proses liposuction itu berjaya. Saya masih tak bersetuju dengan guna cara ni untuk kurus. Sebab saya tak suka menyiksa diri sendiri. Dah la kos mahal, siksa pulak beberapa bulan. Lepas tu banyak makanan yang tak boleh di makan.
Adoi…. Kira kalau bagi free pun saya taknak la..
Bagi saya, Ada banyak lagi cara lain yang lebih baik dan sihat yang boleh kita cuba untuk kurus selain liposuction ni.
Buktinya saya sendiri telah berjaya menurunkan berat saya tanpa liposuction yang kosnya sangat-sangat jauh lebih rendah berbanding RM50 ribu tu. Nak tahu cerita saya boleh klik link ini –> Kurus & Sihat
Gambar atas ni bukti saya berjaya menurunkan berat tanpa berbelanja banyak. Alhamdulillah kesihatan pun semakin baik sekarang. Kalau saya boleh, saya pasti anda lagi boleh dari saya.
Okay, apa yang saya kongsikan hari ni adalah hanya dari pendapat saya. Mungkin ada yang lebih gemar membuat “liposuction” tu. Kalau anda mampu dan sanggup, anda di persilakan.
Cuma saya nak memberi sedikit motivasi kepada mereka-mereka yang lain bahawa ada banyak lagi alternatif lain yang lebih ekonomi, tiada risiko dan terbukti berkesan untuk lebih Kurus & Sihat.
Apa-apa pun tepuk dada tanya selera..
Saya doakan semoga anda sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik… Sampai jumpa lagi..
Hi… Saya adalah penulis entri di atas.
Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.
Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.
Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.