Kali Pertama Ke ZAWARA
Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah masih lagi diberi kesemptan untuk menulis di ruangan ini.. Dan Jutaan terima kasih kerana anda tetap setia dengan NadiaMusa. 🙂
Ok, dalam entri kali ini, saya nak share pengalaman saya semasa shopping kat ZAWARA wangsa maju semalam.
Sebenarnya sebelum ni nadia tak kenal pun ZAWARA tu apa. Saya kan tak berapa mengikuti fesyen.. 🙂 Tapi disebabkan minggu depan kami ada event yang agak hebat. So terpaksa la cari pakaian yang hebat macam yang ZAWARA jual kan? 🙂
Sebelum kenal ZAWARA, saya tanya kawan-kawan ofis. Bukan seorang dua yang saya tanya okay.. Tapi ramai giler yang saya jadikan mentor. Yer la.. Sifu kami ajar, nak berjaya kene kawan dengan orang yang berjaya. So saya pun apply la kat fesyen. Nak vogue kene tanya pendapat orang yang vogue2 la kan.. hehehe
Lepas dah tanya beberapa pendapat saya pun di cadangkan untuk ke ZAWARA. Sebab katanya kat ZAWARA ni banyak yang cantik-cantik dan harga pun berpatutan. Tapi ada satu masalah.. masalahnya kawan tu cakap ZAWARA kat bangi.
Huwa…. Jauh tu…
Nak pergi sendiri? Ohhh.. Tidak… memang tak sampai la. Bukan reti pun jalan-jalan ni. 🙂
Nak ajak hubby? Bab ni yang payah sikit.. hehehe..
Tapi semalam saya berjaya memujuk mintak hubby ku tolong hantarkan hehe.. Walaupun mula-mula dia merungut.. 🙂
Sebelum pergi kita orang ada plan nak jumpa kawan lama kat area Taman Koperasi Polis 2. So dalam pukul 11.00 pagi tu kita orang keluar rumah untuk ke tempat perjumpaan tu. Di Sebabkan kami sampai awal, sambil tunggu kawan tu sampai untuk bagi Produk Shaklee yang dia pesan. Saya google la kejap lokasi ZAWARA tu disebabkan kami berdua tak berapa pandai area bangi. 🙂
Tau tak apa yang saya jumpa masa google ZAWARA? Rupanya ZAWARA ada cawangan kat wangsa maju. Haha.. Ini berita gembira. 🙂 Tak perlu jalan jauh-jauh.
Untuk sahabat NADIAMUSA di sekitar area sini tak payah pergi jauh-jauh yer.. Kat wangsa maju pun ado ZAWARA la. hehehe..
Apa lagi, lepas jumpa kawan yang pesan Produk Shaklee tu, terus la pecut ke wangsa maju. 🙂
Mudah je dengan teknologi sekarang. Whatsapp je gambar kat sahabat tu. Lepas tu mintak pandangan dia sesuai ke tak. Al maklumlah.. Saya kan tak pandai sangat bab ni. So tanya la kepada yang pakar. 🙂
Nak tau ke saya ambik baju mana? Mestilah yang color pink tu. hehehe..
Alhamdulillah la.. baju tu pun ada promosi. so dapat beli dengan harga lagi kurang dari harga biasa.. 🙂 langkah kanan nama dia. 🙂
Ok kawan, kalau ada yang duduk kat area gombak sampai la ke ampang tu boleh la singgah-singgah ke ZAWARA ni. Memang recommended la kata orang tu. Sebab staff dia pun siap bagi cadangan kat saya mana yang lebih sesuai. hehe..
InsyaAllah nanti saya akan post pulak masa saya pakai baju tu kat event hujung minggu ni..
Jom belanja saya klik butang like kat bawah ni. Bukan kena bayar pun.. hehe
Adios.. PisYoo..
Semoga Bermafaat.
[spider_facebook id=”3″]
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).