By December 2, 2014 0 Comments Read More →

Jom Lawat Jiran

Assalamulaikum.. Dan Salam Sejahtera.

Entri kali ni saya nak berkongsi dengan kawan-kawan semua pasal JIRAN. Jiran yang saya nak cerita ni bukan jiran-jiran sebelah rumah tu. Tapi Cafe Jiran yang terletak di wangsa maju.

Jiran ni antara feberet kami kalau nak makan makanan “Western”. Sebelum ni kalau kami nak makan makanan “Western” selalunya kami pergi ke satu tempat tu kat area keramat. Tapi ada satu hari ada seseorang bagi tahu pasal Jiran ni.

Sahabat yang beritahu tu cakap Jiran ni best sebab tempat dia selesa dan tak ramai orang. So bila dah dapat info pasal Jiran ni satu hari tu kami pun cuba la.

Bila kami dah pergi cuba memang betul apa yang sahabat tadi cakap. Jiran ni memang tak seramai macam tempat yang kami biasa pergi di keramat tu. Tapi rasa makanan dia memang sedap dan harga pun berpatutan.

Semenjak lepas kenal Jiran ni kami memang selalu pun datang bila kami teringin nak makan makanan “Western”. So bila dah berkali-kali pergi tu mula la terpanggil nak share sikit pengalaman kami di Cafe Jiran.

Ok Biasanya kami akan datang ke Jiran ni waktu dinner la. So gambar-gambar mesti la gelap sikit kan sebab ambik waktu malam. 🙂

Ok.. Gambar bawah ni adalah gambar dari depan kedai.

Jiran0185

Cafe Jiran

Gambar bawah ni pulak gambar dalam kedai. Dia ada di bahagian luar. Tapi biasanya kami suka duduk blah dalam sebab rasa lebih selesa & nyaman. hehe 🙂

Jiran0186

Hiasan Dinding

Jiran0187

Kawasan Dalam

Jiran0188

Menu

Jiran0190

Macam-macam ada.

Jiran0191

Western.. Nyam Nyam..

Jiran0192

Caremel

Caremel ni peberet nadia.. Tiap kali pergi sini mesti amik satu. 🙂 Memang sedap.. Tapi kalau tengah diet boleh rasa-rasa je.. hehe

Jiran0193

Yee Mee

 

Jiran0194

Yee Mee

Nama menu ni tak ingat apa benda. Tapi ada Yee Mee. Ni sebenarnya 1st time rasa. Biasa kalau pergi sini order lamp atau mix grill.. perghh sodap woo… meleleh air liur walaupun tengah tulis ni..

Jiran0195

Jus Apple

Kalau korang nak tau biasanya kita orang minum Jus Mangga. Jus Mangga dia memang Kaw punya.. Sedap giler… terasa keORiGINALan mangga tu. Tapi di sebabkan masa kita orang pergi ni Jus Mangga dah habis. So terpaksa la pilih Jus lain.. hehe.. Tapi kalau korang datang sini korang wajib try Jus Mangga tu.. Di jamin tak menyesal.

 

Jiran0197

Pizza Pun Ada.’

Ni pun nadia punya peberet. Tiap kali datang sini mesti order pizza.. Sebab pizza yang dulu-dulu kita orang pergi tu dah kami Boikot. So ni la alternatif untuk Pizza tu. hehehe..

Jiran0199

Bahagian Luar..

Ni bahagian luar blah tepi. Kedai ni Corner lot. So dia letak meja blah tepi tu & letak kemah. Tu gambar tu nampak ada 2 kemah kan? Bawah kemah tu ada meja. Tapi ada jugak blah luar yang tak berkemah. So pilihan di tangan anda.. hehe..

Sorry gambar tak berapa clear sebab guna phone je. Lepas ni saya akan usahakan ambik gambar lebih cun dari ni.

Ok.. Kalau korang nak try pergi tempat ni.. Tempat ni terletak dekat HIRO wangsa maju. Sederet dengan kedai mamak kat situ. Kedia dia adalah yang blah hujung sekali. So sapa yang tak berapa tau tempat ni saya rasa korang boleh search kat Waze HIRO wangsa maju. 🙂

Oklah.. tu je perkongsian untuk kali ni. Semoga ia bermanfaat..

[spider_facebook id=”3″]

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x