Jom Join NECK- Now Everyone Can Kurus
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Apa khabar anda sekarang? Adakah anda sihat? Adakah anda berada di tahap kesihatan yang optimum? Saya doakan semoga anda semua sihat sejahtera…
Eh.. Jap jap.. Maksud saya.. bukan sihat yang Bam Bam tu tau… Tapi sihat tanpa penyakit… hehehe..
Ok.. sebenarnya kesihatan saya pun Alhamdulillah, semua nya tak ada masalah.. Tapi saya belum cukup puas dengan kesihatan saya sekarang. Sebab….. saya masih di kategorikan sebagai obes.
Walaupun ada je orang-orang sekeliling cakap kat saya… “Takpe la badan besar, janji sihat…”. Pernah tak korang dengar ayat macam ni??? Sebenarnya, saya pun tak pasti ini sebenarnya ayat menyedapkan hati atau apa.
Tapi bagi saya, kalau badan besar bagai di pam-pam tu adalah antara tanda-tanda awal untuk kita mendapat penyakit-penyakit lain seperti.. Darah tinggi, Buah Pinggang, Jantung dan macam-macam lagi.
Sebab itulah tahun lepas saya start berusaha untuk turunkan berat badan. :).
Daftar NECK (Now Everyone Can Kurus)
Untuk pengetahuan korang, 1 Febuari 2015 akan bermulanya Cabaran NECK. Bila saya dapat tahu tentang program ni hari tu, memang saya dah tak sabar nak join.
Nak tau kenapa saya suka program ni?
Sebab yang utama adalah ia di buat secara berjamaah. Walaupun banyak lagi kebaikan lain seperti yuran yang sangat rendah, boleh makan makanan kegemaran, teknik/cara yang praktikal dan banyak lagi. Tapi sebab yang paling utama adalah kerana ia di buat secara Berjamaah.
Kenapa Berjamaah tu sangat best?
Sebenarnya saya ni kalau buat sorang-sorang semangat cepat luntur. Kalau buat pun mungkin paling lama seminggu je.. Lepas tu dah tak buat. Pernah tak korang yang ada perangai macam saya ni? Kalau ada maknanya kita Geng… hehehehe
Tapi bila berJamaah ni semangat dia memang SUPERB la kan. Sebab kawan-kawan ada.. lagi pun kita nak bersaing sesama sendiri. Kalau boleh nak jadi pemenang terus la kan… Untung-untung boleh dapat tempat pertama. Dah la kalau menang dapat RM1000.. Sapa tak nak??? 🙂 Dah Sihat, Slim & Seribu.. WOW!!
Sebab tu la saya Daftar untuk join neck ni.. hehehe korang tak nak daftar sekali ke? Ke korang memang dah slim & sihat sejahtera? Oh yer.. lupa… korang memang slim-slim kan? hihi…
Hari ni saya isi borang untuk daftar.. Yeayy!!!!!
Semoga pendaftaran adalah permulaan untuk saya dapat 3S (Sihat, Slim & Seribu).. hehehe. Kepada yang belum tahu apa itu NECK. Cer korang klik link kat bawah ni
Klik SINI Untuk Kenal Apa Itu NECK
Okay.. Setakat ini dulu perkongsian hari ini.. InsyaAllah saya akan update lagi berkenaan NECK di lain waktu..
Assalamualaikum… 🙂
Hi… Saya adalah penulis entri di atas.
Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.
Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.
Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.