Hari Jadi ku yang Best

Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari ni saya nak berkongsi kegembiraan saya pada hari lahir saya. Alhamdulillah, Saya bersyukur di beri kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup. Syukur Syukur Syukur.

Celik je mata nak bersahur tengok handphone abah dah wish birthday. Pastu di ikuti dengan Ma. Mereka tak pernah lupa tarikh lahir saya setiap tahun. Romantik tak parents saya :-)..Kemudian di ikuti dengan wish dari adik-beradik saya yang lain… 🙂

Setelah persiapan sahur di buat, my lovely hubby plak wish. Hubby memang tak pernah miss wish sejak kami berkahwin. Dia memang suka buat suprised yang berbeza setiap tahun. Dia tak akan hantar bunga dan teddy bear ke ofis setiap tahun. Tapi kejutan yang berbeza-beza. Ada je idea dia…

Dalam pukul 12 tengah hari dia ajak saya keluar. Kami memang plan nak keluar sebab nak belikan hadiah handphone kat parents kami. Kedai handphone kat Jalan Kelang Lama. Setelah semua selesai, dia bawa saya ke One Utama. Tak de pulak cakap nak shopping kat One Utama. Mungkin nak shopping kot. Hmmm…saya lagi suka kalau pergi jalan-jalan tempat shopping ni..hehe

image

Ada beberapa kedai kami singgah beli baju. Kemudian dia pergi ke kedai-kedai handbag. Pastu dia berhenti di satu kedai handbag kegemaran saya. Dia ajak masuk dan dia cakap pilih…wahhhh…exitednya..nak bagi hadiah birthday handbag rupanya …saya apalagi lagi pilih punya pilih sampai tak tahu nak yang mana satu..hehe..lastly saya amik beberapa pilihan dan hubby saya yang pilih…Akhirnya pilihan saya yang ini :-

image

image

Kami sambung pulak shopping kat JUSCO Wangsa Maju..hehe..Akhirnya kami berbuka puasa di satu tempat kegemaran saya. Yeayy…makan western…Terima kasih banyak yea hubby kerana satu hari menggembiran saya di hari jadi saya. I love you so much..Semoga kita kaya, berjaya dan bahagia dunia dan akhirat.

image

image

Saya jugak terharu dengan posting rakan bisnes Shaklee saya Tasnim aka nimboking atas posting wish dia kat saya dalam blog entry dia. Nanti boleh ikuti ceritanya dalam http://nimboking.blogspot.com/2014/07/her-birthday-and-my-basketball.html .

Selain itu saya berterima kasih atas ucapan birthday saya kat Facebook, wassap, telegram, adik-beradik saya, mentor saya, rakan niaga Shaklee saya dan semua yang wish dan mendoakan yang baik-baik untuk saya. Semoga doa-doa anda dimakbulkan. Terima kasih semua…

[spider_facebook id=”3″]

 

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x