Grooming Bersama Anizon
Penulis : Nadia Najib
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Hari ni saya nak berkongsi Event Grooming saya bersama Anizon pada 7 February 2015 yang lalu. Saya memang pengguna tegar Anizon. Saya memang suka pakai inner neck. Selain itu Anizon jugak mempunyai design untuk tudung syria dan instant shawl jugak.
Kawan saya ajak saya ke event ni dengan tiket yang sangat murah. Saya pergi bersama kakak saya Natasha jugak bersama kawan saya Shiem dan anak nya.
REGISTRATION
Kami sampai di sana lebih kurang pukul 2.00 petang. Tepat pada waktu nak bermula. Sampai je kat kaunter kami register dan di sambut oleh penganjur-penganjur yang manis-manis.
Kami di beri kupon nombor bertuah dan door gift. Woww..ada Shawl Free..
Bila datang majlis ni terasa diriku tak cukup bergaya..huhu..Tengok semua bergaya dengan make up yang cantik. Saya datang dengan sampoinya, tanpa make up..hehe..Kata nak datang grooming kan, maksudnya nak ubah imej dari sampoi ke arah yang bergaya la kan. Tapi ramai yang datang ala-ala sudah di grooming.
PEMBUKA MAJLIS
Majlis di mulakan dengan ucapan dari pengasas Anizon iaitu Puan Anizon Hussin.
SESI BELAJAR MAKE UP
Agenda pertama di mulakan dengan belajar make up yang simple. Saya kalau kelas make up ni memang suka belajar dan jadi model..hehe..Kalau orang offer untuk jadi model untuk di make up kan saya suka volunteer.
Saya tak suka pakai make up bila keluar rumah kecuali pergi kenduri. Tapi kadang-kadang mood saya rajin saya pakai la. Penganjur cari volunteer untuk di make up kan, apalagi saya offer la diri saya untuk di make up kan. 🙂
Ni la muka ku setelah di make up.
CARA DAPATKAN INNER NECK ANIZON
Setelah selesai belajar make up, kali ni dia ajar cara pakai tudung bersama inner neck favorite saya. Tudung sangat mudah di pakai kalau kita dah pakai inner neck. Tak risau terselak ke, jarang ke. Ni la kelebihan inner neck.
Kawan saya Wan Rose Haida juga ada jual Inner Neck Anizon. Beliau ada masa buka booth di Subang Parade. Boleh dapat kan dari beliau melalui FB Page Onerose Shoppe link https://www.facebook.com/oneroseshoppe
Setelah selesai belajar make up, kali ni dia ajar cara pakai tudung bersama inner neck favorite saya. Tudung sangat mudah di pakai kalau kita dah pakai inner neck.
CABUTAN BERTUAH
Pastu ada cabutan bertuah. Best jugak hadiah cabutan bertuah yg di beri kepada para yang hadir. Cabutan bertuah di bahagikan kepada dua. Katogari dewasa dan kanak-kanak. Kakak saya dapat katogari yang dewasa dan Amiena anak Shiem dapat katogari kanak-kanak.
Kakak saya Natasha antara yang dapat cabutan bertuah untuk katogari dewasa dan Amiena anak Shiem antara yang dapat cabutan bertuah untuk katogari kanak-kanak. Untung la …
Kemudian acara di teruskan dengan ‘cat walk’ oleh tiga syarikat iaitu Beauty Gallery, Sweetie Hanany dan MyguzelLOVEu. Ketiga-tiga syarikat ini adalah anak didik Puan Anizon Hussin. Beliau adalah mentor mereka.
BEAUTY GALLERY
Beauty Gallery mengeluarkan produk tudung syifon.
Model-model Beauty Gallery.
Saya bersama owner Beauty Gallery.
Antara koleksi-koleksi yang boleh di dapati di FB Page Beauty Gallery. Kalau sesiapa berminat nak beli boleh melawat FB Page Beauty Gallery ke link https://www.facebook.com/BeautyGallery782
SWEETIE HANANY
Sweetie Hanany mengeluarkan tudung untuk kanak-kanak. Kita boleh didik anak-anak kecil untuk menutup aurat dengan gaya-gaya yang sesuai untuk mereka.
Model-model Sweetie Hanany.
Saya bersama owner Sweetie Hanany.
Antara koleksi-koleksi yang boleh di dapati di FB Page Sweetie Hanany. Kalau sesiapa berminat nak beli untuk anak-anak boleh melawat FB Page Sweetie Hanany ke link https://www.facebook.com/sweetiehanany
MYGUZELLOVEU
MyguzelLOVEu mengeluarkan pakaian untuk wanita yang bersaiz besar. Wanita yang bersaiz besar pun boleh bergaya tau… Pakaian-pakaian ini sesuai untuk mereka.
Model-model MyguzelLOVEu.
Saya bersama owner MyguzelLOVEu.
Antara koleksi-koleksi yang boleh di dapati di FB Page MyguzelLOVEu. Kalau sesiapa berminat nak beli boleh melawat FB Page MyguzelLOVEu ke link https://www.facebook.com/pages/MyG%C5%A9zel-Love-U/1416140418676617
SESI TEMURAMAH BERSAMA TV1
Setelah selesai semua sessi, kami di temuramah oleh RTM. Mereka ingin tahu adakah program ini dapat membantu para wanita mudah untuk bergaya. Pendapat peribadi saya program sebegini sangat menarik kerana dapat memudahkan para wanita bergaya dengan masa yang singkat. Kebanyakan wanita sekarang sibuk dengan aktiviti harian dan juga kerjaya mereka. Mereka perlu bergaya dalam masa yang sama mereka ingin cepat. Jadi Anizon telah membantu kami yang buzy ini.. 🙂
SESI BERGAMBAR
Sessi bergambar. Haishhh… Malu nak tunjuk. Saya la yang paling sampoi…huhu
SHOPPING
Sempat la saya shopping tudung terbaru Anizon. 🙂
Ni la tudung yang saya beli tu. Latest Edition, sama seperti Puan Anizon pakai. Nak tunjuk tudung ke nak tunjuk Vivix..hehe
JAMUAN MAKAN
Seteleh selesai shopping, acara makan pulak. Bayar murah je tiket, siap ada makanan pulak. 🙂
Terima Kasih
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).