Ceritera Aidil Adha
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk meng”Hamdet” blog ini. 🙂 Terima kasih juga kepada anda yang terus menyokong dengan mengunjungi blog nadiamusa ini. (Jangan lupa tekan butang like) 🙂
OK.. Hari ni saya nak berkongsi pengalaman saya di Hari Raya Aidil Adha 2014.
Biasanya kalau hari raya, tak kira la raya Aidil Fitri atau Aidil Adha kami akan solat di sunat dulu di gombak. Lepas tu tengah hari baru la ke sungai buloh (keluarga blah Nadia). Tapi tahun ni Aidil Adha kami tukar sikit jadual tu. hehe
Awal-awal lagi Nadia dah cakap, raya Aidil Adha kali ni nak solat sunat Aidil Adha kat sungai buloh. Jadi, semalam pagi-pagi lagi kami dah keluar rumah untuk ke sungai buloh sebelum solat sunat Aidil Adha mula. Kira macam balik kampung di pagi raya la ni. 🙂
Di Perjalanan
Pengalaman balik kampung di pagi raya ni sangat best bagi kami, sebab jalan lengang giler cadbury. hehehe.. Tak perlu redah jem dan tak perlu nak berebut sapa sampai dulu. Bawak slow-slow 20km/j pun takde sapa nak marah/horn. hehehe..
Beli Lemang… Ni memang perkara yang kami dah plan awal-awal. Sehari sebelum raya memang dah cakap yang kami nak beli lemang masa “on the way” ke sungai buloh. Memang kat pekan sungai buloh tu ramai yang jual lemang time-time raya macam ni.
Sampai je pekan tu kami pun berhenti la kat salah sebuah gerai yang jual lemang. Kami beli 2 batang je. Tapi yang sadis kat gerai tu tak jual rendang la pulak. Dia tengah tunggu daging sembelihan lembu korban kot baru buat rendang. hehehe..
Tak kisah la rendang takde. Perjalanan perlu di teruskan.. 🙂
Dah Sampai Destinasi
.
Selepas semua orang balik dari solat sunat Aidil Adha macam biasa la.. Sarapan dulu. Tapi sebelum sarapan bergambar la sekeping dua. 🙂
Menumbangkan Lembu
Tak lama lepas sarapan pagi kami terus pergi ke tempat dimana bakal penyembelihan lembu akan di buat.. 🙂
Belum ramai yang datang lagi masa ni.
Masa ni dah mula ramai dah yang datang.
Tak Lama lepas tu aktiviti menyembelih pun bermula. Jom layan gambar kat bawah ni
Proses penyembelihan ini terbahagi kepada beberapa bahagian.
1. Sembelih (Perlu di pastikan orang yang memegang lembu itu cukup untuk memastikan sembelihan berjalan lancar)
2. Melapah (Pastikan Sembelihan itu betul-betul telah mati sebelum di lapah)
3. Pembahagian (Proses ini bahagian-bahagian lembu di bahagi kepada bahagian yang lebih kecil)
4. Pembukusan (Bahagian yang kecil tadi akan di bungkus di dalam pelantik untuk di bahagi-bahagikan)
.
BONUS: Info Korban:
Hukum Korban
Hukumnya ialah sunat muakkad.
Namun, ia boleh jadi wajib dengan 2 sebab, iaitu:
1)  Apabila seseorang mengisyaratkan kepada binatang miliknya yang sesuai untuk korban, seperti dia menyatakan:  “Ini korbanku” atau “Aku akan korbankan kambing ini”.  Ketika itu korban menjadi wajib ke atasnya.
2)  Apabila dia mewajibkan ke atas dirinya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan korban.  Seperti dia berkata:  “Wajib ke atasku korban kerana ALLAH”.  Ketika itu, korban menjadi wajib ke atasnya sebagaimana jika dia mewajibkan mana-mana ibadah lain ke atas dirinya kerana perbuatan tersebut merupakan nazar yang wajib ditunaikan.
Siapakah Yang Dituntut Untuk Berkorban?
Ibadah korban dituntut bagi seseorang yang mempunyai syarat-syarat berikut:
1) Â Islam
2) Â Baligh dan berakal.
3) Â Berkemampuan: Â Dengan memiliki harta yang lebih untuk korban iaitu melebihi daripada nafkah untuk dirinya dan mereka yang di bawah tanggungannya samada makanan, pakaian dan tempat tinggal, pada hari raya dan hari-hari Tasyrik.
So Sekian saja untuk entri kali ini. Semoga ia dapat memberi sedikit manfaat kepada pembaca..
Jika tidak keberatan, Mohon klik butang like di bawah
Hi… Saya adalah penulis entri di atas.
Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.
Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.
Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.