Budak Mentah Ajar Cara Pemasaran Di Facebook

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Saya doakan semoga pengunjung blog ini sentiasa di limpahkan rahmat dan sayang dari Allah SAW.

Minggu lepas sewaktu saya berada di Port Dickson, Saya terima whatsapp dari kak Jamnah. Dia kata nak jumpa saya lepas waktu kerja.

So, kami pun set la masa untuk berjumpa. 🙂

Secret Recepi Bukit Damansara

pemaaran facebook1

Ini gambar saya dan kak Jamnah. Kami jumpa kat secret recepi bukit damansara je sebab mudah nak pergi, parking senang dan tempat tu tak berapa ramai orang . So senang la kami nak ber chatting.. 🙂

Sebenarnya sebelum ni pun kami pernah jumpa. Masa tu kak Jamnah mintak tips macam mana nak improve bisnes beliau melalui blog.

Cuma Kali ni dia nak sedut ilmu FB Ads pulak dari saya yang ilmu baru setahun jagung  ni.. 🙂 Takpe la.. saya share je mana saya tahu. Sifu saya pesan “The more you give, the more you get”

Tips Buat FB Ads

Okay, sebelum perjumpaan ni. Saya ada buat Whatsapp group untuk share ilmu saya berkenaan FB Ads kepada kawan-kawan  tempat kerja lama yang buat bisnes part time.

So sebelum ni saya ada share beberapa tips FB Ads seperti macam mana nak bina FB page, tips memilih jenis FB page dan Nama yang sesuai untuk FB page.

pemasaran facebook3

Ini Group Whatsapp yang saya maksudkan

Apa yang saya share dengan kak Jamnah di Secret Recepi?

✅ Pastikan Page Yang Baru Di Bina “Hidup”
  • Selepas membina FB Page kita perlu pastikan yang page kita tu hidup. Pastikan gambar “Profile & Cover” telah di letakkan gambar yang bersesuaian
  • Post beberapa status di FB Page untuk menampakkan page yang baru di bina itu tidak kosong. (boleh back dated) 🙂
✅ Cara Nak Dapatkan Page Like

Selepas Page kita dah nampak hidup, proses seterusnya yang saya kongsikan adalah cara iklan untuk mendapatkan Like dan “Target”kan iklan tersebut kepada sasaran yang sepatutnya.

Targetting ini sangat penting kerana bila kita tersalah target, ia akan mengurangkan potensi produk kita terjual nanti.

Sebagai contoh. nak jual tudung mestilah kita perlu promote kat orang yang bertudung. Sebab, kemungkinan orang yang bertudung untuk membeli tudung lebih tinggi berbanding orang yang tak bertudung.

✅ Tajuk Iklan Yang Memikat

Tips ke 3 saya share dengan kak jamnah adalah Tajuk. Tajuk yang best boleh membuatkan orang berminat untuk tahu lebih lanjut apa yang sedang kita tawarkan kepada mereka.

Antara tajuk iklan yang best adalah dengan kaedah soalan.

Contohnya..

  1. Anda Suka Tudung Neelofa?
  2. Anda Mencari Penawar Kencing Manis?
  3. Nak Tahu Rahsia Mudah Kurus?

Itulah 3 Tips yang saya sempat share dengan kak Jamnah sebab masa tak berapa nak panjang.. 🙂

Jom tengok gambar lain masa saya share tips dengan kak jamnah

pemaaran facebook4

hehe.. tengok apa tu? beria sangat

pemaaran facebook3

Nampak serius kan? Tengah Fokus nak catit la tu

pemaaran facebook2

Ha.. Yang kiri Tu la photographernye.. Nadia Najib

Okay, itu je perkongsian saya di entri kali ini. Semoga ia juga memberi manfaat kepada anda.

[wpsr_facebook]

[wpsr_socialbts]

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Posted in: Umum & Pelbagai
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x