Boikot!! Shaklee Penyumbang Israel??
#PrayForGaza #PrayForPalestine
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Seperti yang kita tahu, Gaza dan Palestine sedang di serang oleh pihak Israel semenjak beberapa minggu lepas. Semenjak serangan terbaru ini memang heboh di semua media sosial yang Marah dengan tindakan Israel ini.
Semenjak serangan terbaru ini ramai yang mula berkempen untuk memboikot barangan dari syarikat-syarikat yang menyumbang kepada Israel. Samalah juga kami sekaluarga. Kami memang dah lama tak makan makanan segera yang di katakan menyumbang kepada Israel itu sejak beberapa tahun lepas.
Dan semenjak kejadian yang baru ini, kami telah nekad untuk memboikot beberapa barangan lain lagi. Yer, saya mengaku kami belum dapat memboikot kesemua barangan keperluan asas. Tapi sekurang-kurangnya kami telah membuat sesuatu daripada tak buat apa-apa, betul tak? Saya rasa ramai juga yang di luar sana mempunyai perasaan/masalah yang sama dengan saya
Kita perlu akur dengan situasi ini kerana memang banyak barangan keperluan asas kita di kuasai oleh golongan bukan muslim. Yang lebih menyedihkan apabila ada di kalangan mereka yang menyumbang kepada Israel yang menyerang saudara-saudara kita di Gaza dan Palestine.
Sebenarnya tiada masalah untuk kita berurusan atau berniaga dengan bukan muslim. Tetapi ia menjadi masalah apabila mereka menyumbang kepada orang yang menyerang saudara muslim kita.
Saya sangat berharap ada Jutawan-Jutawan muslim yang bangkit dan mencipta produk makanan atau keperluan asas untuk kita. Masa tu, tak perlulah kita beli barangan keluaran musuh islam lagi. Dan tiadalah lagi kisah menuding jari dan menyalahkan bangsa lain kerana mereka menguasai ekonomi.
Shaklee Menyumbang Kepada Israel??
Semenjak kejadian serangan Israel yang baru ini memang heboh di katakan Shaklee adalah penyumbang kepada Israel. Betul ke Shaklee menyumbang kepada Israel?? Sebenarnya tidak sama sekali. Sebelum ni ada beberapa rakan niaga kami yang terkena soalan-soalan cepu-emas dari kenalan mereka.
Ini antara beberapa soalan yang mereka dapat.
“Betul ke shaklee penyumbang israel?”
“EH!!, Akuk ada tengok la kat satu website ni dia tulis Shaklee menyumbang kepada Israel”
Sebelum ni saya rasa issue ni biasa-biasa je bagi saya. Tapi selepas saya TERNAMPAK seorang kawan facebook saya shared kan satu kenyataan dari facebook page beberapa hari lepas. Saya pun cepat-cepat ambik screenshot. Boleh rujuk screenshot di bawah ni.
Tujuan saya buat screenshot kat atas ini bukan nak mengaibkan sesiapa. Saya cuma terasa terpanggil untuk menyeru kepada semua sahabat dan orang di luar sana supaya jangan sembarangan menyebarkan maklumat yang kita dapat secara meng-khinzir-buta. Tolong pastikan dulu kesahihan maklumat itu sebelum anda sebarkan. Saya takut dosa anda juga semakin menyebar jika maklumat itu salah. Itu sahaja… Saya tak ada niat lain selain dari itu.
Menyangkal Tuduhan Bahawa Shaklee Bukan Penyumbang Kepada Israel
Kerana adanya logo Shaklee kat Website bawah ini belum tentu Shaklee adalah penyumbang kepada israel. 🙂 Nak tahu lebih lanjut tengok gambar bawah ni dan teruskan membaca.
Sebenarnya yang menyumbang kepada KI ini adalah Shaklee Independent Distributor (SID). SID adalah ajen shaklee je. Ajen ini yang menyumbang kepada KI.
Contohnya macam ni. Jika saya adalah ajen Shaklee dan saya menyumbang kepada Palestine. Ia tidak bermakna shaklee yang menyumbang kepada Palestine. Tapi saya sendiri yang memberi sumbangan daripada hasil jualan saya.
Lihat gambar dibawah ini. Saya cuba klik logo Shaklee yang ada didalam website KI diatas dan paparan seperti dibawah ini yang saya dapat. Kalau tengok pada url tu memang dengan YAKIN DAN PERCAYAÂ saya nak beritahu yang itu bukanlah url Shaklee.
.
Pengumuman Dari Shaklee
Semalam Shaklee telah membuat pengumuman mengenai KI ini. Sila Rujuk Gambar di bawah ini
Semoga dengan entri kali ini dapat memberi sedikit informasi dan membuka mata rakan kita di luar sana yang mengatakan shaklee telah menyumbang kepada Israel.
Sila Like & Share Sepuas hati anda jika entri ini bermanfaat.
Hi… Saya adalah penulis entri di atas.
Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.
Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.
Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.