Percutian Budget Ke Penang Part 3!!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sambungan dari entry semalam. Kisah entry semalam boleh baca link di bawah :
http://nadiamusa.net/blog/percutian-budget-ke-penang-part-1/
http://nadiamusa.net/blog/percutian-budget-ke-penang-part-2/
Mulakan dengan breakfast kat TH Hotel, Penang. Kami book hotel tanpa breakfast jadi kami beli kupon breakfast dengan hanya RM 15 per pax. Makanan banyak tapi bayaran murah. Sangat berbaloi-baloi.
Nasi lemak campur meehoon. 🙂
Presentation pun menarik.
Macam-macam makanan di sediakan.
Mr Hubby makan dengan khusyuknya. 🙂
Roti bakar dan omelete pun ado.
Mee sup pun ado.
Kami dapat bertemu dengan anak Shaklee kami, Murni yang bekerja dan tinggal di Penang. Rumahnya berdekatan dengan TH Hotel, Penang. Selama ni kami berkomunikasi melalui alam maya, baru hari ni dapat bertentang mata. Alhamdulillah. Tambah kenalan dan silaturrahim.
Bergambar sebelum pergi ke destinasi seterusnya.
Balik kami naik ferri. Kami kereta terakhir untuk trip ni.
Ada stall untuk beli jajan.
Sila ikut amaran yang di beri.
Wefie atas ferri.
Alhamdulillah dah sampai seberang. Ferri sebelah.
Semasa perjalanan, ternampak sign board ni. Rupanya ada Muzium Jeruk Madu Pak Ali. Apa la agaknya dalam muzium tu.
Kita shopping dulu kat Jeruk Madu Pak Ali. Tempatnya lepas pelabuhan ferri iaitu di Bus Stand.
Masing-masing tengah shopping jeruk. Beli untuk keluarga dan kawan-kawan.
Banyak pilihan yang ada. Jeruk Pak Ali tanpa cuka dan bahan pengawet. Harga nya , Besar RM 13 per kg untuk yang campur. Kalau nak pilih buah ada bermacam-macam harga ikut buah yang kita pilih. Tapi harga lebih kurang je.
Perghhhh…banyaknya shopping
Bergambar bersama barang-barang shopping. Selepas shopping Jeruk Pak Ali, kami terus ke Pulau Aman, Penang. Otw balik ke KL.
Alhamdulillah, sampai sudah jeti Pulau Aman.
Sign Board yang cantik. Kompleks Jeti Batu Musang.
Perjalanan nak ke Jeti. Jalan kaki dari parking kereta ke jeti. Dekat je.
Wefie dulu. Yeayy..dah nak sampai jeti.
Biasala wefie lagi. 🙂
Beli tiket untuk naik bot atas jeti. RM6 per person untuk pergi balik. Naik bot 5 minit dari jeti ke Pulau Aman.
Jadual perjalanan bot. Bot terakhir dari Pulau Aman adalah pukul 6. Jadi Kita kena balik sebelum pukul 6. Jika terlepas trip pukul 6, kita kena sewa bot peribadi untuk balik atau oleh juga tinggal di Chalet. Jika nak tempah chalet kat Pulau Aman boleh contact nombor tertera.
Atas bot. Kami naik speed bot. Perghhh..laju giler
Sampai sudah.
Ada kedai souvenir dan kedai T-Shirt.
Mr Hubby shopping T-Shirt.
Agro Bazaar pun ado.
Kuih traditional dan ice blended pun ada jual.
Karipap siput. Tak pernah makan lagi karipap siput. Inti siput dalam karipap ni hanya boleh dapat kat Pulau Aman je.
Chalet di sediakan jika nak bermalam, RM80 satu malam.
Sampai sudah tempat nak makan. Tempat ni famous dengan Mee Udang dan seafood. Udang dan seafood fresh-fresh belaka.
Tengah pilih seafood apa nak makan. Kita tempah lepas tu dia masakkan stim atau rebus.
Udang besar.
Dalam restoren.
Menu minuman.
Menu makanan. Kalau yang special tu udang besar dan extra.
Mee Udang.
Kueh Tiaw udang.
Licin.
Sempat Shopping makanan famous untuk keluarga.
Singgah R&R Semanggol untuk solat dan rehat sebentar.
Singgah dinner dan solat kat R&R Ulu Bernam.
Sampai rumah pukul 11 lebih. Esok kerja ok..huhu..Percutian yang sangat best dan sihat. Kenapa saya cakap sihat sebab kami banyak berjalan walaupun banyak makan…hehe..Penang kan terkenal dengan makanan-makanan yang sedap-sedap belaka. Semoga persahabatan kami berkekalan. Kami akan plan next trip pulak. Ke mana…tungguuu….Friendship forever.
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).