Aku yang dulu bukan aku yang sekarang

Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Firstly, Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Master Maria Firdaus dengan tunjuk ajar yang diberikan.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman Saya dalam Shaklee. Saya join Shaklee hujung bulan November 2013. Permulaannya, Saya join Shaklee bukan untuk bisnes, hanya untuk makan sendiri dan dalam bulan tu Saya dah entitled bonus sebab join member dengan free membership.

Pada mulanya Saya tak berniat untuk buat bisnes sebab Saya seorang yang sangat tidak berminat dengan bisnes. Tapi selepas Saya baca e book sorry boss, tiba-tiba hati Saya terpaut untuk buat bisnes.

Saya pun start mengikuti post dalam FB Group MFMS. Saya juga ada beritahu Maria yang Saya nak buat bisnes. Maria ajar Saya step-step yang perlu di baca sebelum Saya start bisnes dan pasang niat untuk membantu orang menjadi lebih sihat dan menambah nilai hidup orang dengan izin Allah.

Pada bulan December 2013, Saya belum buat apa-apa yang serius. Saya banyak membaca tentang produk melalui buku nutrisi, study e book dan file-file yang ada dalam FB Group. Saya ikut setiap step yang maria ajar.

Master check list perkara yang paling penting bagi Saya. Semua rezeki yang Saya dapat hanya dari Allah berserta dengan usaha dan doa yang berganda dan selebihnya bertawakkal.

Dengan hanya satu post kat FB Saya tentang Shaklee dan dalam masa yang sama Saya susun botol Shaklee yang Saya makan atas meja kat ofis.

Alhamdulillah, kemudian dah ada kawan-kawan yang bertanyakan tentang produk. Beberapa hari kemudian dah mula ada yang order. Wahh…dengan hanya satu post dan letak botol-botol di ofis pun menjadi jugak bisnes, Alhamdulillah dengan izin Allah.

Pada masa tu Saya belum ada blog. Mulanya, Saya bagitahu Maria, Saya belum nak buat bisnes lagi, Maria cakap, just start and do. Jangan tunggu nak ada semua persiapan baru nak start. Saya tak banyak berkongsi kat FB lagi, sebab Saya ni bukan seorang yang suka update FB apatah lagi menulis blog. Saya buka FB sekadar untuk membaca status orang.

Mungkin rezeki Saya kat ofis. Saya antara pioneer yang jual Shaklee kat ofis. Dengan staff yang dekat 400, Saya orang pertama yang expose jual Shaklee. Tapi, mungkin juga Saya tak tahu ada orang lain yang jual tapi tak expose diri kat orang. Sebab tu pentingnya buat marketing supaya orang tahu kita buat bisnes.

Saya cuba product baru lagi iaitu Saya sponsor suami Saya dengan set slimming. Saya berniat untuk bagi set slimming kat dia bukan untuk kurus semata-mata tapi untuk sihat. Kalau dia kurus itu adalah bonus.

Dia start consume awal bulan December 2013. Alhamdulillah, dengan izin Allah, setelah 2 minggu makan dah nampak hasilnya.
Kami bekerja di satu ofis. Jadi selain isteri, Saya juga PA dan nurse peribadi dia. Waktu makan supplement memang Saya yang monitor di rumah dan juga di ofis. Jadi, dia tak akan skip makan supplement.

Setelah nampak kesannya, tiba-tiba ramai yang bertanya tentang set slimming ni. Ada yang mula order dan mula consume set slimming. Suami Saya menjadi testimoni bergerak Saya dengan set slimming.

Jadi, penting untuk kita jadikan diri sendiri sebagai testimoni baru orang yakin untuk beli produk dengan kita. Baru la, kita boleh share produk dari hati bukan promote dengan fakta sahaja.

Masa closing bulan December 2013, tak sangka bonus Saya mencecah 3 angka. Saya sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi.
Bila masuk bulan January 2014, Saya semakin bersemangat di tambah dengan sokongan suami. Bila suami Saya tengok hasil bisnes Shaklee Saya, dia pun nampak berminat untuk tolong Saya.

Pada satu hari tu Firdaus ada call Saya tanya tentang perkembangan bisnes Saya dan juga coaching via phone. Masa tu rasa sangat terharu sebab mentor yang call Saya. Dia juga mencadangkan Saya pergi seminar setengah hari bersama Dr. Azizan Osman pada minggu berikutnya.

Saya bersama suami dan Saya juga mengajak 2 orang rakan Saya untuk bersama-sama menuntut ilmu. Saya mengajak mereka sebab sebelum ni diaorg ada sebut yang dia orang nak tambah side income. Saya ingin menolong mereka untuk tambahkan pendapatan melalui bisnes. Selepas habis seminar, terus 2 orang rakan Saya cakap berminat nak join Shaklee. Jadi, sangat penting untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin.

Petang tu selepas seminar tu pula, Saya singgah rumah keluarga Maria di keramat untuk ambik calender yang Saya order. Masa tu ada coaching untuk leader-leader. Rasa seronok dapat jumpa mentor face to face. Saya dan suami join coaching tu. Wahh…memang semuanya bersemangat. Saya pun mula bersemangat. Aura positif dah dapat.

Esoknya ada Master celebration kat Putrajaya. Master Maria Firdaus ada buat coaching session untuk bawah susur galur Maria Firdaus. Saya memang tak lepaskan peluang untuk belajar. Di mana ada ilmu, Saya memang nak menuntut.

Coaching ni la yang memberi Saya semangat yang semakin membara, dalam kepala dah macam-macam idea datang yang selama ni Saya tak terfikir. Jadi, menuntut ilmu tu penting untuk membawa kita ke hadapan.

Bulan January 2014 ni la bermulanya Saya dan suami banyak buat posting FB dan update blog. Blog Saya saudara Arham yang buat untuk Saya.

Alhamdulillah, suami sangat supportive dan banyak membantu Saya. Dia banyak tolong Saya buat posting FB dan update blog. Sokongan dan keizinan suami juga penting sebab redha Allah adalah redha suami, kalau suami tak izinkan, mungkin susah nak dapat keberkatan dengan apa yang kita buat. Wallahualam.

Setiap pertanyaan customer Saya tak akan abaikan. Jawapan yang cepat juga sangat penting untuk jaga customer. Selain itu, Saya memberi service dapat barang yang di order dengan cepat (order hari ni dapat paling lambat esok) dan consultation yang betul. Kalau Saya order barang online, Saya akan bagi alamat ofis supaya masa barang sampai secara tak sengaja kita dah buat marketing sebab nak sampai ke tempat Saya, ramai akan nampak dan tahu Saya adalah Shaklee independent distributor.

Ada juga pertanyaan customer yang kami tak pasti, Saya akan refer blog-blog dan juga file-file yang telah disediakan. Ada juga yang bertanya dah consume Shaklee beli dengan orang lain tapi tak dapat consultation yang betul. Saya tetap menjawab sebab kalau dah niat nak tolong orang, tak perlu fikir dia customer kita atau tidak. Niat kita nak tengok orang sihat.

Kita juga perlu rajin bertanya mak jika kita tak pasti. Kita yang kena cari mak, bukan mak yang cari anak sebab mak banyak anak lain lagi nak di tengok. Lagi bagus kalau kita close dengan mak. Ambik ilmu sebanyak mungkin dari mak. Kita perlu ada initiative sendiri tanpa di suruh. Jika kita ingin Berjaya, kita perlu jadikan orang Berjaya sebagai idola kita.

Saya sangat bersyukur kepada Allah, bulan January 2014 ni juga Saya naik Supervisor dengan bonus 4 angka. Saya memang tak sangka Saya boleh naik supervisor secepat ini. Semuanya rezeki dari Allah yang tak disangka-sangka. Berkat doa suami, ibu bapa, mentor, keluarga dan juga kawan-kawan.

Saya bersyukur Allah temukan Saya dengan Master Maria Firdaus. Bukan sahaja, bisnes yang maju yang Saya dapat, Saya rasa seronok sebab dapat membantu orang, Saya rasa semakin tenang dengan master checklist yang Saya amalkan dan juga hubungan Saya dengan suami semakin mesra kerana kami banyak luangkan masa berdua untuk bisnes ini.

Tak terfikir yang Saya akan buat bisnes yang selama ni Saya langsung tak minat. Sekali lagi, Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Maria Firdaus, suami yang ringan tulang membantu Saya dan memberi sokongan dan semangat dan juga terima kasih untuk doa-doa dari suami, ibu bapa, master maria firdaus, keluarga, kawan-kawan dan juga rakan seperjuangan dalam Shaklee.

Kita perlu jaga hubungan baik dengan Allah, suami, ibubapa, keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan dengan semua orang. Sentiasa berprasangka baik dan bersikap positif. Cuba buang yang negatif. Jangan lupa berzakat dan sedekah. Saya mengingatkan diri sendiri juga.
Semoga kita semua menjadi jutawan yang bertaqwa dan dapat membantu banyak orang. Semoga Allah memudahkan segala urusan. Amin.

 

 

We work together..

We work together..

Our beloved mentor...

Our beloved mentor…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Appointment as a Supervisor

Appoinment as a Supervisor

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Certificate from Shaklee..

Certificate from Shaklee..

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x