By January 1, 2016 Read More →

Pengalaman naik ETS ke Butterworth, Penang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ni saya nak cerita pengalaman saya dan keluarga ke Butterworth, Penang naik ETS. Ma yang teringin sangat nak naik ETS. Jadi sebagai anak memang akan cuba memenuhi keiginan ma saya. Saya book melalui online. Senang je kan, tak perlu nak ke kaunter untuk beli tiket. Saya cuba book beberapa tarikh tapi penuh. Akhirnya saya dapat tarikh 1 Jan 2016 dan balik pada 2 Jan 2016. Alhamdulillah, dapat tarikh cuti umum.

Saya pilih naik di Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Butterworth. Harga tiket untuk saya dan Kak Sha adalah RM63.00 (Tambang RM54 dan Internet banking charges adalah RM4). Harge tiket untuk ma dan abah saya pulak RM38 (Tambang RM34 dan Internet banking charges adalah RM4) sebab ma dan abah dapat harga warga emas. Warga emas adalah untuk 60 tahun ke atas. Kita boleh pilih tempat duduk sendiri. Mr Hubby tak ikut sebab dia kena balik kampung ada urusan keluarga selama 2 minggu.

ETS ke Penang2000

Contoh tiket ETS

Lepas setel booking tiket saya book hotel pulak. Survey punya survey saya book Cititel Express yang bernilai RM356 2D1N (With breakfast). Harga agak mahal sebab dalam satu bilik ada 2 katil single dan 1 katil queen. Ia adalah family room type.

ETS ke Penang1020

Chibbi nak kena hantar ke hotel

Hari Pertama

Kami gerak awal pagi dari rumah ma Desa Coalfiled, Sungai Buloh. Pukul 5.30 pagi kami dah keluar rumah. Tiket ETS adalah pukul 9.18 pagi. Kami plan parking kereta kat MNRB Parking dan ambil teksi ke Stesen KTMB Kuala Lumpur. Kami sampai lebih kurang pukul 6.10 pagi. Sampai je terus solat subuh kat Surau MNRB.

Selesai solat kami menunggu teksi di lobi MNRB. Saya hanya telefon teksi untuk hantar kami ke Stesen Kuala Lumpur.

ETS ke Penang1000

Di lobi MNRB, tengah tunggu teksi

ETS ke Penang1001

Kami sampai 7.22 pagi. Lambat lagi nak bertolak. Kami breakfast dulu

ETS ke Penang1002

Ada kedai mamak dalam Stesen KTMB Kuala Lumpur

ETS ke Penang1004

Ma dan abah. Banyaknya kami makan..hehe

ETS ke Penang1007

Me dan Kak Sha

ETS ke Penang1008

Ada mini market juga

ETS ke Penang1010

ETS ke Penang1011

ETS ke Penang1012

ETS ke Penang1014

ETS ke Penang1015

Kami akan naik di Platform 1

ETS ke Penang1016

Dalam train. Train sampai on the dot. Jadi siapa yang nak naik ETS jangan lambat yea

ETS ke Penang1017

ETS ke Penang1021

Alhamdulillah sampai. Sampai je nak cari toilet. Kami sampai pukul 1.07 tengah hari. Perjalanan lebih kurang 3 jam 50 minit. Ada juga surau di sediakan

ETS ke Penang1022

Suasana di Stesen KTMB Butterworth

ETS ke Penang1023

Kalau tak beli online boleh beli di kaunter tiket setiap Stesen KTMB

ETS ke Penang1027

Sekarang menuju ke Terminal Feri. Perjalanan lebih kurang 15 minit jalan kaki

ETS ke Penang1026

Kesian ma dan abah kena naik tangga nak ke Terminal Feri

ETS ke Penang1028

Sampai sudah Terminal Feri

ETS ke Penang1029

Beratur untuk tukar duit syiling . Harga RM1.20 seorang

ETS ke Penang1031

Kena masukkan duit syiling dalam mesin

ETS ke Penang1032

Agak sesak sebab public holiday kan

ETS ke Penang1033

Nak ke seberang Pulau

ETS ke Penang1036

Saya pastikan ma dan abah ada tempat duduk

ETS ke Penang1034

Kami berdiri pun tak pe

ETS ke Penang1037

Tempat kereta dan tempat duduk sama tempat

ETS ke Penang1038

Cantiknya pemandangan

ETS ke Penang1044

Terminal bas

ETS ke Penang1045

Terminal teksi

ETS ke Penang1046

Kami naik teksi ke Cititel Express. Tambang lebih kurang RM20

ETS ke Penang1054

Alhamdulillah sampai Cititel Express. Hotel berada di tengah-tengah bandar Butterworth

ETS ke Penang1048

Bilik saya dan Kak Sha

ETS ke Penang1049

ETS ke Penang1050

Bilik ma dan abah

ETS ke Penang1051

ETS ke Penang1052

Almari

ETS ke Penang1053

Tandas kami share

ETS ke Penang1059

Kami dah lapar. Jadi cari nasi kandar yang berdekatan. Kat sini memang famous dengan nasi kandar. Datang Penang tak makan nasi kandar rugi wooo

ETS ke Penang1055



ETS ke Penang1058

Licin..hehe

ETS ke Penang1061

Jalan-jalan nak ke bus stop

ETS ke Penang1062

Bangunan Komtar. Komtar terkenal di Penang

ETS ke Penang1066

Sekitar bandar Butterworth

ETS ke Penang1065

Kompleks Tun Abdul Razak

ETS ke Penang1067

Kereta lembu pun ado

ETS ke Penang1063

Kami tunggu bas awam Rapid Penang nak ke Batu Feringgi

ETS ke Penang1069

Tadi rupanya salah bus stop. Kami kena pergi tunggu di terminal bas..huhu

ETS ke Penang1072

Bersesak-sesak dalam bas. Kesian ma dan abah kena berdiri dalam bas. Jauh jugak dekat sejam perjalanan. Tapi selepas 10 minit baru ma dan abah dapat tempat duduk

ETS ke Penang1073

On the way ke Batu Feringgi

ETS ke Penang1075

Suasana di Batu Feringgi

ETS ke Penang1078

Setelah penat berjalan seharian memang kelaparan dan juga kepenatan Yang hairan kami dua beradik lagi penat dari ma dan abah. Diaorg relax je… Selepas tu dinner time

Hari Kedua

Kami breakfast di hotel. Tapi gamabr tempat breakfast tak de pulak..huhu

ETS ke Penang1089

Esok pagi-pagi selepas breakfast kami bertolak ke terminal feri dengan menaiki bas.

ETS ke Penang1083

Alhamdulillah, ada tempat duduk.

ETS ke Penang1084

Muka fresh sebab malam tadi tidur awal

ETS ke Penang1090

Beratur naik naik feri

ETS ke Penang1092

ETS ke Penang1093

ETS ke Penang1095

Kami sampai je Stesen KTMB Butterworth, solat dulu. Pastu rilex tunggu train

ETS ke Penang1096

Makan apa tu..hihi

ETS ke Penang1097

ETS ke Penang1099

ETS ke Penang1100

ETS ke Penang1108

Train dah sampai

ETS ke Penang1110

Exited nak naik train tapi rupanya salah salah beli tiket.

Masa kami nak duduk tengok tempat orang lain. Bila tanya pegawa bertugas tempat tu memang bukan tempat kami. Rupanya saya book Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Butterworth tapi bukan Stesen Butterwoth ke Kuala Lumpur. Apalagi panic la kami. Macam mana nak balik ni..sob sob sob. Nak beli tiket baru dah habis. Saya merayu pada pegawai tu sebab saya kesian kat ma dan abah kalau tak boleh balik.

Alhamduillah pegawai KTMB bantu kami dengan memberi cadangan duduk dulu di tempat yang tak bertuan atau cafe. Kemudian turun di Stesen KTMB Ipoh dan beli tiket  baru. Syukur Allah bantu kami. Saya pastikan ma dan abah ada tempat duduk dulu. Untuk saya dan kakak Natasha kalau tak ada berdiri je. Saya duduk kat cafe sebab tak nampak tempat kosong. Pegawai KTMB carikan dan alhamduillah jumpa.

Sesiapa yang beli tiket online hati-hati yea. Kena tengok betul-betul sebelum confirm.

ETS ke Penang1112

Cafe

ETS ke Penang1114

Nak order makanan

ETS ke Penang1115

Tempat duduk kosong

ETS ke Penang1116

ETS ke Penang1118

ETS ke Penang1120

ETS ke Penang1122

ETS ke Penang1130

ETS ke Penang1150

Alhamdulillah, samapi ke Stesen KTMB Ipoh

ETS ke Penang1151

Alhamdulillah tiket Stesen KTMB Ipoh ke Stesen KTMB Kuala Lumpur masih ada

ETS ke Penang1133

Kami bergambar sekitar Stesen KTMB Ipoh

ETS ke Penang1134

ETS ke Penang1136

ETS ke Penang1142

ETS ke Penang1146

ETS ke Penang1147

ETS ke Penang1162

Selepas sampai Stesen Kuala Lumpur kami naik teksi ke MNRB. Kemudian solat dulu dan balik ke Desa Coalfiled, Sungai Buloh

ETS ke Penang1163

Dinner kat Desa Coalfiled, Sungai Buloh. Tempat favorite kami

ETS ke Penang1164

Chibbi sabar menunggu tuannya.

Percutian pendek ni alhamdulillah dapat tunai kan permintaan ma dan gembirakan ma dan abah. We love you ma dan abah. Anything for you.

Klik Share Ya!!!

Comments are closed.