4 Tip Mudah Minum 2 Leter Air Sehari Di Bulan Ramadhan
“Macam mana nak cukup minum air yer masa bulan puasa nanti? Akak takut tak cukup air dalam badan…”
Memang secara logiknya macam tak cukup. Betul tak? Terpikir-pikir je macam mana nak minum air 2 Leter ek masa puasa nanti?
Ermm.. Jangan risau.. Saya ada teknik macam mana nak cukupkan 2 leter tu. 🙂
Sebenarnya walaupun di bulan Ramadhan, badan kita masih juga memerlukan 2 leter air dalam sehari. Untuk yang sedang mengamalkan supplemen dan ibu menyusu MESTI kena lebih dari 2 leter. Kalau boleh saya sarankan sekurang-kurangnya 3 leter.
Ini yang membuatkan ramai orang risau bila masuk bulan ramadan. Ramai yang takut sebab tak yakin yang dia boleh minum air cukup 3 leter sehari. Ramai yang tak dapat istiqomah dalam hal ini. Bila hal ini berlaku kesannya adalah, suplemen yang di beli untuk menambah tenaga di bulan ramadhan di jadikan perhiasan je. Ini akan merugikan anda sendiri. Suplemen yang di beli tu untuk anda. Bukan untuk di tonton oleh orang lain. hehehe…
Oleh sebab itu, saya ingin berkongsi sedikit tips untuk anda macam mana nak capai target minum 3 leter sehari di bulan ramadhan ini. Ia SANGATÂ MUDAH untuk anda amalkan, ini adalah untuk memastikan badan kita dapat menerima air yang cukup dsepanjang bulan Ramadhan ini.Â
- Gunakan Botol air yang ada indicator yang ada tulis berapa liter isi padu untuk sebotol itu. Untuk lebih mudah anda beli yang boleh isi 1 liter atau 1.5 liter. Ini akan memudahkan anda menganggarkan bilangan air yang sudah dan yang belum anda minum.
- Setiap kali ambil supplemen, ambil bersama 2 gelas air. Satu gelas air dianggarkan lebih kurang 200ml~250ml. Jadi kalau ambil 3 kali iaitu selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur, paling kurang anda akan minum 600ml air.
- Bawa sebotol air masak semasa pergi solat terawikh. Setiap kali lepas solat 2 rakaat boleh minum air beberapa teguk, ikut keselesaan anda.
- Letak sebotol air masak di tepi katil. Kalau anda terjaga di tengah malam boleh minum sedikit. Atau boleh juga minum sebelum atau sedenag menyediakan makanan untuk sahur.
Formula MUDAH DAN RINGKAS
2Liter AIR = 8 GELAS AIR
1 GELAS AIR = 250ml AIR
- SAHUR – 2 GELAS AIR
- BUKA PUASA – 2 GELAS AIR. Ini termasuk jus buah-buahan atau susu rendah lemak
- SELEPAS TARAWIKH – 1-2 GELAS AIR
- SEBELUM TIDUR – 2-3 GELAS AIR
OK, kalau kita ikut 4 langkah tersebut kita dah capai 2 Liter sehari sehari kan? Â
Macam mana pulak nak cukupkan 3 Liter? Senang je.. untuk nak capai 3 liter kita boleh tambah gelas antara waktu-waktu yang tersenarai di atas. Ini tak termasuk kalau kita bawak air untuk solat Tarawih dan letak kat sebalah katil untuk minum bila terjaga dari tidor.
So dah takde alasan lagi nak kata kurang minum air di bulan Ramadhan ni. Lagi pun dengan pengambilan air yang banyak juga membuatkan kita dapat mengawal nafsu makan. Dan secara tak langsung dapat membantu memudahkan kita menurunkan berat badan.Â
Bagi sesiapa yang sedang nak turunkan berat badan. Ini lah masanya yang paling sesuai. Yang penting anda perlu tahu cara yang betul. Untuk mendapatkan cara yang betul anda perlu berguru dengan Mentor yang ada track record yang baik.
Selamat mencuba tips saya ini. Semoga kita sentiasa berada di dalam keadaan SIHAT dan Sejahtera.
Jika Entri ini bermanfaat untuk anda dan Kenalan anda. Silakan klik butang Like & Share di bawah
[spider_facebook id=”3″]
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).