By November 26, 2014 0 Comments Read More →

10 LANGKAH MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

sumber dari sahabat di Telegram

SHARING
————-

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.

Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.

Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezek, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.

Formula yang saya dapat:

1.Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT

2.Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahk bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.Membaca Al-Quran. Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah “TIADA MASA”.

4. Berzikir..Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5.Solat Berjemaah. Terutama lelaki,,solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim..Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7.Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh pn.areena kerana sedekah satu power yang lu
ar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Contoh yang dia beri semalam..Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.
Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar ‘INSURANS’..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8.Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..

9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi pn.rina kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk – Sebelum tidur

[spider_facebook id=”3″]

0 0 votes
Article Rating
Klik Share Ya!!!
Posted in: Umum & Pelbagai
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x