By February 22, 2015 0 Comments Read More →

TIPS Pemakanan Untuk SIHAT dan KURUS

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar pembaca blog Nadia Musa. Saya doakan semoga anda semua sihat dan dapat masuk syurga tanpa di hisab.

Lately ramai yang bertanya apa yang Mr Hubby saya makan sebab nampak badan dia semakin hari semakin KURUS. Untuk memenuhi permintaan ramai, kali ni saya share pemakanan Mr Hubby yang menyebabkan berat dia turun sebanyak 14 kg.

Walaupun dia dah turun sebanyak 14 kg, dia perlu menurunkan lagi 25 kg untuk dapat BMI normal. Jadi, saya sekarang masih berusaha keras membantu Mr Hubby mengejar target menurunkan berat badan untuk SIHAT dan KURUS. Saya juga perlu bagi sokongan moral untuk di terus dapat mengejar impian dia bukan seorang tapi berdua…

Saya yakin ramai juga isteri-isteri di luar sana yang sedang membantu suaminya menurunkan berat badan…kalau BMI dan OBES, kalau sayangkan suami harus lah turunkan kan…dia perlu kan sokongan orang tersayang supaya dia lebih bersemangat.

Ramai juga yang bertanya apakah pemakanan yang saya sediakan untuk Mr hubby. Sekarang saya nak share dengan isteri-isteri yang sayang suami yang nak suami SIHAT dan KURUS. Pernah dengar tak orang nak kurus tapi makan 5 kali sehari dan tak tinggal nasi dalam sehari. Jangan salah kan nasi kalau berat badan anda naik.

Mr Hubby akan mengira kalori yang di makan setiap hari untuk pastikan dia makan kurang dari DCR hariannya. Ohh lupa mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu DCR . Buat pengetahuan semua, kita wajib tahu kira BMI, BMR dan DCR untuk pastikan berapa kalori yang boleh kita ambil dalam masa sehari. Semuanya kami belajar dalam group telegram secara online bersama Professional Coach dalam Program #NECK yang first batch sedang berjalan sekarang. Second batch akan start pada 1 March.

Ok jom kita tengok apakah pemakanan hubby untuk 5 hidangan.

BREAKFAST

CINCH adalah minuman wajib yang dia ambil. Campurkan 1 sudu cinch campur dengan lebih kurang 250 ml air kosong, sama ada sejuk atau sederhana suhu. Elakkan guna air suam atau air panas sebab boleh rosakkan kandungan PROTEIN dalam CINCH. CINCH mempunyai leucine yang dapat membantu menjaga otot anda dari mengecut. Ini mempermudahkan lemak mudah terbakar.

Cinch

TEA TIME

Sama ada ‘wholemeal bread’ 2 keping atau cereal seperti cornflakes bersama susu kurang lemak.

Broccoli dan wholemeal bread

Broccoli dan wholemeal bread

Cereal

Cereal

Low Fat Milk

Low Fat Milk

LUNCH

Nasi satu mangkuk bersama dengan lauk ayam / ikan / daging serta sayur-sayuran atau ulam-ulaman. Dulu Mr Hubby memang suka makan ayam je, tapi sekarang bila sedar ayam tinggi kolestrol, dia akan banyakkan makan ikan yang tinggi dengan protein. Biasanya dia akan makan lauk pauk yang bakar-bakar dan kurang lemak. Ingat yea, makan nasi tak buat jadi gemuk kalau tak di ambil dalam kuantiti yang banyak.

Nasi Putih 1 mangkuk + Ikan / Ayam / Daging + Sayur

Nasi Ayam

TEA TIME

Tea time biasanya dia akan makan makanan seperti waktu antara breakfast dan lunch tadi.

DINNER

Saya akan masakkan sayur kegemarannya iaitu Brocolli saute dengan bawang putih dan bawang merah serta sedikit minyak. Saya akan campur kan sekali carrot dan tomato. Brocolli ni sayur yang bagus sebab ia adalah salah satu makanan anti cancer dan dapat meninggikan kadar metabolisma.

Brocoli ni akan di makan dengan ‘wholemeal bread’ atau nasi perang semangkuk. Lauk pula adalah ikan / ayam bakar. Kadang-kadang dia akan request hanya nak minum CINCH.

Roti / Beras Perang + Ikan / Ayam Bakar + Sayur

Nasi Perang, Ayam Bakar dan Sayur Broccoli

Nasi Perang, Ayam Bakar dan Sayur

Ikan Bakar, Wholemeal Bread dan Sayur

Ikan Bakar, Wholemeal Bread dan Sayur ( Nasi Putih tu saya punya yea )

Ikan Bakar, Wholemeal Bread dan Sayur

Ikan Bakar, Wholemeal Bread dan Sayur

Ikan yang belum di bakar dalam Periuk Ajaib

Ikan yang belum di bakar dalam Periuk Ajaib

Kalau kami keluar, biasanya kami suka makan SUBWAY yang extra sayur dan tiada mayo untuk Mr Hubby.

Subway

Subway

Buah-buahan pula di makan ketika lapar.

Buah-buahan

Buah-buahan (Kami kongsi buah ni)

Pemakanan ni untuk 6 hari seminggu, 1 hari lagi kami gelar sebagai CHEAT DAY. Mr Hubby boleh makan apa yang dia mengidam dan teringin selama 6 hari yang lalu..tapi, jangan keterlaluan yea, makan dalam portion yang berpatutan.

Haaa…ni la antara-antara makanan ketika Cheat Day

Western Food

Western Food

Tak Makan Semua Ni. Amik Sikit-sikit Semua

Tak Makan Semua Ni. Amik Sikit-sikit Semua

Saya ada juga dengar tips untuk tidak makan berebihan atau keterlaluan, pergi makan bersama pasangan supaya pasangan kita boleh habiskan kalau rasa-rasa banyak sangat portion tu, atau makan sekadar rasa.

Jika ada menu-menu baru yang menyihatkan dan berkhasiat serta tidak menggemukkan, saya akan share dengan anda ya. Ye la, menu kena la tukar-tukar supaya kita tak rasa bosan dengan menu yang sama je kan…. 🙂

Hasilnya, Alhamdulillah berat Mr Hubby turun sebanyak 14 kg. Tapi pemakanan Mr Hubby berserta dengan supplement yang dapat membantu proses penurunan berat badan dan juga untuk kekal sihat untuk menampung mana-mana kekurangan nutrien dalam badan atau membuang toksin dan bakar lemak. Saya akan kongsi kan supplement NATURAL apakah yang di ambil pada entry yang akan datang.

Selain menjaga pemakanan , dia juga buat exercise iaitu dengan main badminton 3 kali seminggu dan beberapa exercise yang tak perlu ke gym. Saya akan share pada entry yang akan datang untuk exercise apa yang dia buat. 🙂

Artikel Best

Aku Menjadi Seperti “TEGAR” Assalamualaikum.. 🙂 TEGAR.... Itulah apa yang saya nak sampaikan dalam entri kali ini. Mengikut kamus dewan. Tegar ada beberapa maksud. 1. tidak...
#03 Cabaran Now Everyone Can Kurus Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Fuh.. Dah sampai hari yang ketiga. rasa macam cepat je masa berlalu. hihi.. Tapi hai ke tiga ni agak mencabar...
Solat Hajat Ketika Kandungan 7 Bulan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kebiasaannya, keluarga kami akan berkumpul sekeluarga dan solat hajat untuk ibu yang hamil 7 bulan. Biasanya bua...
Aildlfitri di Kampung Halaman Kota Bharu, Kelantan... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apa khabar pembaca blog Nadia Musa? Saya doakan anda semua sihat di samping keluarga tersayang walafiat hendakny...
Bermulanya Perjalanan Suami ku Seorang Gemuk Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Harap semua pembaca-pembaca blog nadia musa semua dalam keadaaan sihat walafiat. 🙂 Hari ni saya nak bercer...
Now Everyone Can Kurus Menyerang Taman Tasik Titiw... Assalamualaikum & Salam Sejahtera Seperti yang kita tahu, buku Now Everyone Can Kurus telah di lancarkan seminggu yang lalu. Dan ia telah mendapa...
Nak KURUS? Umur Bukan Alasan  "AKU DAH TUA, AKU SUSAH NAK KURUS KAN BADAN SEBAB METABOLISMA RENDAH" Saya selalu dengar ayat ayat macam ni. Tertamanya masa zaman bekerja di pejaba...
Now Everyone Can Kurus: Saya Sahut Cabaran Push-Up Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hari ni saya akan berkongsi dengan anda macam mana saya sahut cabaran Now Everyone Can Kurus (NECK) minggu lep...
mm

Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.

Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).

Klik Share Ya!!!

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of