Saya Berjaya Turunkan 7.3Kg Dalam Sebulan. Anda???

Penulis:Mus Deanial

Assalamualaikum.. & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah kerana masih berpeluang untuk berkongsi di blog ini

Terima kasih juga saya ucapkan kepada anda kerana sudi berkunjung ke blog ini. Semoga anda berada didalam keadaan sihat sejahtera.

Hari ni saya nak berkongsi kepada anda pengalaman saya sebagai peserta Now Everyone Can Kurus sepanjang bulan Febuari 2015.

Syukur Badan Rasa Ringan

Mudah Kurus

Alhamdulillah. Dalam sebulan ini saya telah nampak banyak perubahan pada diri saya dari segi kekuatan fizikal & mental.

Syukur Alhamdulillah, sekarang ni  kalau saya main badminton lebih bertenaga berbanding dulu. Mana taknya, bebanan 7.3kg dah hilang entah kemana. hehehe..

Bayangkan, anda menggalas bag yang berisi bebanan 7KG masa main badminton. Lepas tu tiba-tiba bebanan 7kg tu di buang. Agak-agak rasa macam mana? 🙂 Mesti rasa ringan giler kan?

Ha.. itu lah apa yang saya rasa sekarang. 🙂

Sakit-Sakit Badan Hilang & Stamina Meningkat

Alhamdulillah syukur, sebab sekarang ni sakit-sakit badan lepas main badminton pun dah hilang. 🙂

Untuk menguji kekuatan fizikal saya, lepas 2 minggu dalam NECK, Saya cuba tingkatkan pergerakan saya dalam permain badminton. Maksudnya saya lebih bergerak aktif & agresif daripada biasa untuk menguji kekuatan stamina dan badan saya.

Hasilnya memang sangat best, sebab peluh saya keluar bagaikan banjir dan saya kurang rasa penat berbanding dulu. Bagi yang selalu workout atau aktif bersukan mesti faham apa yang saya rasa. Ia adalah satu KEPUASAN yang sangat Best bila peluh keluar sampai baju & seluar basah giler.  Betul tak? 🙂

Baju-Baju Yang Dulu Sempit Sekarang Dah Longgar

Ha… Yang ni best.. Sebab banyak giler baju yang dulu sempit & tak boleh pakai sekarang dah longgar. Yang ni macam lawak sikit. Sebab saya tak perasan ada perubahan dari segi bentuk fizikal. Tapi bila cuba pakai baju-baju yang dulunya kecik sekarang dah boleh masuk dengan selamber je. 🙂

Ada satu hari tu, lepas saya habis workout, tiba-tiba saya rasa nak cuba pakai baju yang sebelum ni saya pakai sangat sempit sehingga menampakkan bentuk badan. (macam nangka wa cakap lu… haha).

Tapi bila cuba baju ni perghhh.. terkejut beruk… 🙂 Cer tengok beza dulu & sekarang saya pakai baju yang sama…

KurusCepat

Nampak Sangat kan beza tang perut?

Ada yang cakap saya pakai corset la, tahan nafas la.. hahaha.. Tapi tak kisah pun dengan kata-kata dia orang tu. Janji saya puas hati dengan pencapaian diri sendiri. 🙂

Baju ni dulu saya beli masa honeymoon kat Bali. Masa tu memang tahu dah yang baju ni kecik (tak muat). Tapi nak jugak beli sebab nak buat kenangan dari bali. 🙂

Tapi tak pernah pun pakai semenjak beli tu sebab memang tak muat. Tengok la gambar kat atas tu.. 🙂 Takkan nak pakai baju yang sendad macam tu… hehe kalau sado takpe la jugak. 🙂

Sebelum Ni

Untuk yang baru kenal saya, saya just nak bagi tahu. Sebenarnya saya ni bam-bam dari zaman sekolah lagi. 🙂 Dan makin lama, bam-bam ku semakin mengembang pesat. 🙂

Sedih giler kalau pikir masalah ni. Nak cari baju/seluar bukan main susah, buat kerja berat sikit cepat letih. Dan lagi sedih bila doctor pesan suruh jaga pemakanan. Kalau saya teruskan dengan gaya hidup yang tak berapa sihat tu akan memberi kesan kesihatan seperti, Darah Tinggi, Jantung dan lain-lain.

Doctor pesan, mungkin sekarang okay lagi sebab mungkin masih muda. Tapi bila umur dah semakin meningkat akan mula rasa segala penyakit itu datang. Apa lagi.. terbeliak bijik mata aku.

Sebenarnya, Saya selalu gak rasa sakit-sakit kaki bahagian belakang. Rasa macam tertarik je urat-urat yang ada. Tapi saya tak tahu sakit apa namanya sakit tu. Mula-mula saya biar je sebab ingat nanti dia akan ok sendiri. Tapi lama-lama sakit tu masih tak hilang. erm….

So, Satu hari saya pergi jumpa doctor pakar kat KPJ Hospital. Apa yang doctor pesan, dia kata mungkin di sebabkan berat saya yang Obes tu yang membuatkan sarah/urat di bahagian belakang agak tertindih oleh tulang. Sebab itulah yang membuatkan rasa sakit-sakit urat di bahagian belakang kaki tu.

Sebenarnya ada nama tulang tu.. tapi saya dah tak ingat la pulak..

Semuanya Berubah Lepas Saya Join Now Everyone Can Kurus

Alhamdulillah… Segala kesedihan, kepiluan, kerisauan, ketakutan dan macam-macam lagi perasaan beransur hilang apabila saya dapat turunkan berat saya.

Semuanya bermula apabila saya join Now Everyone Can Kurus.

Lepas join NECK ni baru saya tahu betapa MUDAHnya untuk turunkan berat badan. Sangat beza masa cuba nak kurus sorang-sorang berbanding nak kurus secara berjamaah.

Sangat beza nak kurus dengan ILMU berbanding kurus MAIN BELASAH je. Sebab dalam program NECK ni terlalu banyak ilmu yang di berikan. Dan ilmu-ilmu tersebut sangat mudah untuk di amalkan termasuklah untuk orang-orang yang sibuk berkerja.

Alhamdulillah.. Kesihatan saya dah banyak improve & sakit urat belakang kaki pun dah takde.

Terima kasih sangat sebab saya di temukan dengan team NECK yang Osem yang banyak membantu & memberi sokongan. 🙂

Saya doakan agar semua anda yang membaca entri ini di jauhkan dari segala penyakit-penyakit merbahaya.

Jangan lupa klik share button di bawah yer.. 🙂

Sampai sini sahaja perkongsian saya pada hari ini. InsyaAllah.. Kita bertemu di entri lainnya. 🙂

[wpsr_facebook]

Artikel Best

Now Everyone Can Kurus: Testimoni Datin Elly KISAH DATIN ELLY, Yer Ini adalah kisah seoarang wanita bergelar Datin Elly, Baru-baru nie, sahabat saya sempat beramah mesra dengan Datin Elly. ...
Now Everyone Can Kurus: Testimoni Selepas 2 Minggu Assalamualaikum & Salam Sejahtera Anda apa khabar? Saya doakan semoga anda "KURUS & SIHAT"  🙂 Program Now Everyone Can Kurus (NECK) Apa ...
WAJIB BACA: Kesan Sampingan Set Slimming Shaklee Akhir-akhir ini semakin ramai yang menegur ke atas kesan dan perubahan yang mereka nampak pada diri saya. Untuk pengetahuan anda, saya ni jenis yang b...
Aku Nak Kurus #01: Target Baru Untuk KURUS Alhamdulillah.. Sebelum ni saya dah berjaya Transform diri saya dari size 4XL kepada 2XL. Nampak la kurus sikit dari sebelum ni. :)Bila jumpa kenalan ...
Aku Menjadi Seperti “TEGAR” Assalamualaikum.. 🙂 TEGAR.... Itulah apa yang saya nak sampaikan dalam entri kali ini. Mengikut kamus dewan. Tegar ada beberapa maksud. 1. tidak...
Now Everyone Can Kurus: Testimoni Sakinah (Lost 21... Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Ini adalah perkongsian dari saudari Sakinah. Jom kita tonton bagaimana beliau boleh berjaya kurus dan menuru...
Ada Masalah “Gemuk” Sejak Kecil? ̵... "Alhamdulillah, Seumur Hidup Saya Gemuk, Sekarang Saya Dah Kurus" - Shiem Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Hari ni saya nak berkongsi kisah ...
4.7KG Hilang Dalam Masa 2 Minggu – Now Every... Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Hanya syukur yang boleh saya ucapkan apabila berat saya telah turun sebanyak 4.7 kilogram dalam ma...

Hi… Saya adalah penulis entri di atas.

Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.

Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.

Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.

Klik Share Ya!!!

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of