By December 5, 2016 Read More →

Pertama Kali Check Up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum saya datang check up kat sini, saya ada datang untuk buat appoinment. Bila berbincang dengan nurse kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia baru saya tahu, nak datang check up ke Klinik Kesihatan perlu tengok zon mana kita tinggal. Dalam Zon kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia terbahagi kepada dua kawasan. Satu Kampung Changkat dan satu lagi Kampung Kerdas. Untuk kawasan Kampung Changkat saya perlu datang sama ada hari Isnin atau Selasa manakala untuk Kampung Kerdas pula hari Rabu dan Khamis.

Harini, 26 September 2016 bersamaan dengan hari isnin, saya punya appoinment adalah start pukul 8.00 pagi. Memandangkan Klinik ni buka pukul 7.00 pagi, kami datang awal untuk ambil nombor giliran. Kami sampai dalam pukul 7.25 pagi. Masa kami sampai tak ramai lagi yang sampai.

Nombor giliran yang pertama sebab datang seawal sebelum pukul 7.30 pagi


Kaunter Pendaftaran

Register untuk ambil nombor giliran. Selepas ambil nombor giliran, Mr Hubby duduk dan saya di arahkan oleh nurse untuk ambil urine untuk check. Selesai ambil urine saya pun duduk bersama Mr Hubby untuk tunggu giliran saya.

Tandas

Tempat letak urine

Tak lama lepas tu, nombor giliran kami di panggil. Saya pergi ke nombor bilik yang diarahkan. Rupanya kena check darah dulu. Nurse ambil darah saya. Katanya untuk check Kumpulan Darah Rhesus, VDRL +-TPHA, HIV/Rapid Test dan HB. Selepas nurse ambil darah, saya di arahkan oleh nurse untuk bawa darah ke Makmal untuk dapat keputusan segera. Saya tunggu pegawai bertugas makmal buat pemeriksaan dan setelah selesai saya terus bawa balik darah bersama result dan beri pada nurse tadi.

Bilik ambil darah

Makmal Check Darah. Tunggu beberapa minit terus dapat result


Darah yang sudah di check dengan keputusan sekali

Kemudian saya kembali ke tempat duduk untuk tunggu nombor giliran seterusnya. Mr Hubby masih menunggu kat situ. Kerusi masih banyak kosong. Jadi Mr Hubby takde la nak bangun lagi. Lepas tu nombor giliran saya di panggil lagi. Sebenarnya setiap kali nombor giliran di panggil saya suspen apa pulak next yea sebab ni pertama kali saya datang check up kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia.

Bilik check up jumpa nurse

Ohh rupanya kali jumpa nurse lain pulak untuk check tekanan darah/blood pressure (BP). Saya jeling bacaan pada alat check tekanan darah tu, Alhamdulillah normal. Saya di arahkan untuk isi butir-butir peribadi kat buku merah yang nurse bagi. Sementara saya menulis butir-butir peribadi kat buku merah, nurse tu ada hal sikit dengan ibu hamil lain. Lepas selesai mengisi butir-butir peribadi kat buku merah tu, nurse yang tadi interview serba sedikit tentang kesihatan dan kehamilan saya.

Semua ibu-ibu hamil yang datang check up sini ada ada nurse tetap setiap kali datang check up sini. Best jugak yea macam ni. Tapi harini nurse yang patut jaga saya cuti balik kampung jadi di ganti dengan nurse lain. Nurse-nurse kat sini semua baik-baik dan peramah-peramah belaka. Sentiasa mengukir senyuman manis pada kami. Lepas setel dengan nurse saya perlu tunggu nombor giliran untuk jumpa doktor pulak. Mr Hubby ada message, dia lepak kedai belakang klinik sebab klinik dah penuh. Nak bagi ibu-ibu dan anak-anak kecil duduk.

Sekejap je tunggu nombor giliran jumpa doktor. Saya masuk dan jumpa doktor perempuan yang cantik manis. Dengan doktor lagi banyak kena interview. Maklum la saya hamil anak pertama dan hamil pulak setelah 6 tahun bernikah. Doktor ni pun peramah jugak. Masa jumpa doktor ni baru saya tahu semua result saya. Alhamdulillah syukur Ya Allah, semua result saya normal.

Bilik check up jumpa doktor

Saya risau juga la nak tengok result sebab saya loya-loya, makan tak lalu, ada muntah-muntah. Kadang-kadang makan muntah balik. Risau nutrien tak sampai kat kandungan saya. Tapi walau apa pun, saya tak tinggal supplement-supplement shaklee khas untuk hamil saya. Mungkin asbab dengan supplement-supplement shaklee nutrien dalam badan mencukupi. Kandungan dalam supplement-supplement shaklee khas untuk hamil memang cukup untuk badan ibu dan baby. InshaAllah. Apa pun semuanya atas izin Allah.

Untuk perkongsian supplement-supplement shaklee yang saya makan ketika hamil ada dalam link di bawah:

Pengalaman dan Check Up Sepanjang Hamil di Triminister Pertama

Dalam lebih kurang pukul 9.40 pagi semuanya selesai. Saya dan Mr Hubby dah boleh pergi breakfast. Saya pun tengah fikir nak makan apa pulak untuk breakfast. Hampir semua makanan saya rasa pahit…huhu..Tapi demi baby dalam kandungan ini saya gagahkan jugak untuk makan.

Overall saya sangat berpuas hati buat check up kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia yang tiada bayaran. Check up yang sangat detail berbanding saya buat check up di Hospital Swasta yang berbayar yang agak mahal. Menunggu pun bukan lama sangat. Alhamdulliah, Allah memudahkan urusan saya hari ni. Balik boleh senyum sebab Allah bagi saya result semua normal. Alhamdulillah syukur Ya Allah. 🙂

Artikel Best

Percutian Yang Di Taja Oleh Shaklee, The Palace of... Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera, Pada 5 June 2015, kali pertama saya dapat tiket percuma dari Shaklee untuk 3D2N percutian di 5 Star Ho...
Kelas Blog & FB Ads: Best Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah... Kelas Blog & FB Ads telahpun berjalan lancar pada pada 4 April 2015. Sebenarnya ia adala...
Lepak Kat Papa Rich Nexus Bangsar South Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Terima kasih di ucapkan kepada anda kerana sentiasa sudi berkunjung ke Blog NadiaMusa. 🙂 Hari ni saya n...
Nutrisi Terbaik Yang Wajib Di Amalkan Oleh Ibu Ham... Assalamualikum dan Salam Sejahtera, Pertama, Tahniah di ucapkan atas kehamilan anda 🙂 Jom saya nak share topik-topik kebiasaan tanda tanya buat i...
Pengalaman naik ETS ke Butterworth, Penang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kali ni saya nak cerita pengalaman saya dan keluarga ke Butterworth, Penang naik ETS. Ma yang teringin sangat na...
Rawatan Penutup Pantang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Nadia berpantang selama 44 hari di rumah parents nadia di Desa Coalfield, Sungai Buloh. Nadia ambil bidan yang u...
Keperluan Barang-barang Ibu Berpantang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kali ni nadia nak berkongsi apa yang nadia sediakan sebelum bersalin dan berpantang. Nadia akan berpantang di ru...
Tips Barang-barang Baby Untuk Travel Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Nadia nak share untuk pertama kali bawa Umar travel. Kami ke Cherating, Pahang. Alhamdulillah sepanjang travel U...
mm

Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.

Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).

Klik Share Ya!!!

Comments are closed.