OMG !! Memang Best dan Superb !

Assalamualaikum w.b.t,

Saya di beri tugas oleh mentor saya iaitu Master Maria dan Firdaus untuk menguruskan Program 2 hari iaitu Online Ofline Marketing Genius (OMG) pada 24 & 25 May 2014. Alhamdulillah, saya dapat booking tempat di __ . Kerusi , meja, PA System dan Air-cond semuanya berada dalam keadaan baik. Selain itu ada kemudahan-kemudahan Tandas, Surau dan Parking Kereta di sediakan. Selain itu, tempat ini juga menyediakan tempat tinggal yang hanya RM80 satu malam. Peserta-peserta yang datang dari jauh boleh bermalam di sini.

IMG_0274

IMG_0277

Saya juga dapat booking catering, iaitu adik ipar saya sendiri Cheff Eddi, yang telah tamat pegajian dalam bidang Kulinari. Menu makanan yang di hidang kan untuk makanan tengah hari adalah ‘Nasi Ayam Padu’ dan ‘Ayam Penyet Padu’. Beliau mengambil tempahan-tempahan catering untuk majlis yang sederhana besar.

Gambar

Selain itu, saya juga hire adik saya, Muhammad Zufar Najib sebagai official photographer untuk mengambil gambar moment-moment indah bersama dalam program ini. Beliau bekerja sebagai part-time photographer selain sebagai pelajar dalam bidang Architecture (Seni Bina). Beliau berpengalaman dalam bidang photographer dan pernah ambil gambar wedding. Boleh melawat website beliau untuk info yang lebih lanjut.

Gambar.

Sekarang saya nak share tips  dan rahsia kejayaan serta ilmu-ilmu yang saya dapat dalam program OMG ni. Program ni di anjurkan khas untuk susur galur Empayar MFMS sahaja. Barisan-barisan leader banyak berkongsi tips dan ilmu untuk membantu semua ahli MFMS menjalankan bisnes dengan lebih mudah.

OMG297

OMG298

Alhamdulillah, susur galur #N3M juga ramai yang hadir untuk sedut ilmu sebanyak mungkin. Mereka bersemangat sekali untuk belajar teknik-teknik yang bakal di apply dalam perniagaan yang baru mereka ceburi.

Jom kita tengok suasana sepanjang program ini berlangsung…

HARI PERTAMA

Program di hari pertama bermula dengan Registration.

Kemudian di teruskan dengan Sharing.

1. Menyingkap Rahsia Kejayaan Maria Firdaus – Firdaus

OMG045

Firdaus berkongsi bagaimana dengan hanya tempoh  9 bulan, mereka berjaya naik ke rank master coordinator.

Wow ! Baru la kami tahu betapa kuatnya usaha mereka untuk dapat kejayaan dengan naik rank master coordinator dalam tempoh yang cepat. Selain usaha mereka sangat menekankan Master Checklist. Master Checklist adalah perkara yang paling penting sebelum mulakan teknik-teknik lain. Kami harus follow dan duplicate tips-tips yang di kongsi.

2. Master Your Bisnes – Maria

OMG125

Kali ni kita belajar lebih secara teknikal. Antara perkongsian beliau ialah FORMULA KEJAYAAN : HOUSE OF INSPIRATION. Jika semua elemen-elemen itu KUKUH dan LENGKAP, InshaAllah 7 tangga untuk sampai ke puncak MASTER COORDINATOR pasti di capai.

3. Guna, Yakin & Percaya – Suhana Kawi

Gambar

Beliau adalah seorang perserta yang mempunyai energy yang cukup tinggi dan positif.

Menurut beliau, jika kita hendak berbisnes sesuatu produk, pasti kan kira rasa kan dan lihat hasilnya dulu sebelum kita berkongsi dengan orang lain. Bila dah rasa dan nampak hasil baru lah rasa nak berkongsi dari hati dengan orang lain.

4. Mudahnya Menjual Dalam Masa 5 Minit – Arham Zulkarnain

OMG220

Beliau berkongsi bagaimana beliau dapat deal dan close dengan customer dalam masa 5 minit. Macam tak percaya je kan dengan tips tu tapi itu la hakikatnya.

5. Tips Bagi Mereka Yang Baru Join – Ceq Siti Safwanah

OMG168

Perkongsian beliau membuatkan ramai yang tersentuh hati. Ramai yang turut mengalirkan air mata. …sob sob sob..Beliau sangat bersyukur Allah mempertemukan dengan Group MFMS dan ahli keluarga MFMS.

Kehidupan beliau banyak berubah setelah mengenali MFMS. Kami semua turut bersyukur berada di bawah keluarga MFMS dengan barisan leader-leader yang sanggup berkorban demi kejayaan seluruh keluarga MFMS.

6. Di Sana Menanti Di Sini Menunggu – Affni Shahida

OMG180

Nampak comel je kan, tapi jangan tak percaya beliau seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil. Beliau masih bekerja sepenuh masa, tiada maid dan menjaga orang tua. Beliau sudah menggenggam Bonus 5 angka. Beliau berkongsi bagaimana membahagikan masa antara kerjaya, keluarga dan tanggungjawab lain.

Beliau tidak menggunakan masa untuk yang kurang berfaedah. Jadi, sesiapa yang nak berjaya dan hasilnya luar biasa, kena la bertindak luar biasa jugak. TV tak tengok. tidur kurang 8 jam mesti la berkorban.

HARI KEDUA

1. Blog Marketing & SEO – Arham Zulkarnain

OMG214

Beliau berkongsi rahsia-rahsia bagaimana semua rakan FB nampak posting kita dan meningkat trafik di blog.

Advertiser amat menyuai blog yang mempunyai trafik tinggi, pageview tinggi dan page rank tinggi. Beliau berkongi, bagaimana kita dapat mencapai dalam tempoh yang singkat tanpa mengeluarkan modal yang banyak.

2. FB Marketing – Firdaus

OMG243

Beliau berkongsi bagaimana nak mendapat market produk dan bisnes dengan berkesan dengan menggunakan FB.

3. Offline Marketing – Syed Hafiz

IMG_0214

Beliau berkongsi bagaimana nak menjalankan bisnes secara offline dengan mudah.

Selama ni beliau mempunyai pengalaman berniaga secara offline sahaja dan banyak menjalankan bisnes secara trading. Beliau expert dalam bisnes secara offline.
Kita kena sentiasa yakin yang kita boleh menjual apabila kita simpan sedikit stok. Kadang-kadang customer nak barang urgent. Kalau tak simpan stok, masa customer nak barang urgent dia boleh lari ke pengedar lain. Jadi, tak perlu takut untuk simpan sedikit stok. Percaya sebelum berjaya.

4. How to Handle Customer – Firdaus & Maria

OMG262
Mereka berkongsi tips bagaimana nak handle customer.
Mula-mula customer nak beli vitamin E je. Tapi dengan tips yang mereka guna, boleh close deal free membership. Kemudian terpaksa free postage dan terpaksa pulak customer terima bonus pertama daripada pembelian tu. Patut la mereka dapat Top 5 New Enrollment.

5. Leadership – Kam Haryati

IMG_0728
Beliau berkongsi persediaan menjadi leader dalam bisnes Shaklee dan ciri-ciri menjadi great leader. Selain itu beliau memberi tips bagaimana lahirkan leader di bawah beliau dan bagaimana duplicate ilmu kepada anak-anak buah yang dipelajari dari mentor.
Seorang leader yang berjaya adalah leader yang dapat melahirkan seorang leader yang berjaya. Bantu orang lain untuk berjaya, kita terpaksa berjaya. Bila kita membantu orang mendapat apa yang diinginkan, kita terpaksa dapat apa yang kita inginkan.
Hot Seat – Adni Harlina, Syakilla Kuzairi, Affni Shahida dan Kam Haryati
OMG371
IMG_0791
OMG381
OMG408

Mereka adalah antara leader-leader yang berjaya dan skarang di rank Coordiantor ke atas. Mereka di beri penghormatan untuk berkongsi kisah perjalanan, jatuh bangun, cabaran dan dugaan sepanjang menjalankan bisnes Shaklee.

Mereka mempunyai latar belakang yang berbeza, kehidupan yang berbeza, kisah yang berbeza. Banyak dugaan yang harus di lalui sebelum berjaya mencapai impian mereka. Mereka semua berjaya mendapat car bonus dan ada di antaranya telah mencecah income 5 angka.

Perkongsian ini bertujuan memberi motivasi dan inspirasi kepada semua ahli keluarga MFMS. Untuk mencapai kejayaan, kita perlukan usaha yang luar biasa dan pengorbanan. Kita perlu meletakkan pergantungan total kepada Allah. InshaAllah semuanya akan menjadi menjadi mudah.

Secret Project Empayar MFMS

Firdaus mengumumkan beberapa projek rahsia untuk ahli keluarga MFMS. Kami sungguh kagum dengan usaha, idea-idea dan semangat beliau. Perancangan-perancangan beliau memang tak terpintas di fikiran.
InshaAllah, kami akan memberi sokongan dan komitmen untuk projek-projek yang akan di laksanakan. Semua perancangan adalah untuk memudahkan ahli keluarga MFMS untuk lebih maju kehadapan.

The Power of Serah

Firdaus berkongsi bagaimana adab dan cara berdoa dengan betul. Apabila kita berdoa meminta hajat daipada Allah s.w.t, sebut 3 kali dan tarik nafas dalam-dalam kemudian serah. Serah itu seperti kita tekan button enter. Kita berserah kepada Allah dengan yakin bahawa Allah mendengar permintaan kita.

Hadiah Misteri

Firdaus mengumumkan siapa yang menulis paling banyak tips dari awal program sehingga habis program menerima hadiah yang akan mengubah hidup anda dari biasa-biasa ke luar biasa. Hadiahnya adalah tiket IMKK selama 4 hari June nanti. Wow bestnya. (Dalam hati ruginya aku tak tulis banyak-banyak..hehe)
Inilah pemenangnya. Namanya Syazwina. Beliau berjaya mencatat hampir 200 tips dan rahsia yang dikongsikan sepanjang 2 hari program. Nampak sangat beliau memang fokus dan komited. Semoga Allah permudahkan urusan beliau dan berjaya sehingga ke Master Coordinator.

 Business Games

 Akhir sekali kita ada games yang melibatkan perniagaan. Permainan ni bukan sebarang permainan. Banyak pengajaran tersirat. Kita perlu sentiasa bersedia dan bertindak pantas untuk merebut peluang yang ada di depan mata. Tapi jangan sampai tamak. Bisnes bukan untuk kaya.
Mulakan bisnes dengan niat yang betul iaitu “NIAT UNTUK MEMBANTU ORANG BUKAN NIAT UNTUK KAYA”. Banyak bisnes di luar sana begitu juga dengan bisnes Shaklee. Kalau kita google berlambak distributor Shaklee. Yang membeza kan adalah cara kita consult dengan customer dan ilmu yang kita ada untuk kita menjaga customer kita. Jadilah distributor yang luar biasa dengan memberi service yang TIP TOP.
Pilih la group yang betul. Mentor yang boleh membimbing kita sehingga menjadi Master Coordinator. Pesan DAO pilih la bisnes yang kita suka, dapat bantu menyelesaian masalah orang dan memberi keuntungan dunia dan akhirat. Oleh sebab itu saya memilih Shaklee di bawah Empayar MFMS.
Jom kita tengok gambar-gambar sepanjang program 2 hari.
IMG_0241
IMG_0352
OMG097
OMG033
IMG_0605
OMG192
IMG_0959
OMG298
IMG_0675
IMG_0672
IMG_0676
IMG_0677

Artikel Best

Boikot!! Shaklee Penyumbang Israel?? #PrayForGaza #PrayForPalestine Assalamualaikum & Salam Sejahtera Seperti yang kita tahu, Gaza dan Palestine sedang di serang oleh pihak Isra...
Shaklee Seminar Master Development September 2015 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pada 9 September 2015, kami ke Seminar Master Development yang di anjurkan oleh Shaklee di Shaklee HQ, Sunway Pi...
Meeting Bersama Master Maria Firdaus untuk Next Pr... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Meeting bersama Master Maria Firdaus dan leaders. Tujuan kami meeting adalah untuk membincangkan next project ka...
Budak Mentah Ajar Cara Pemasaran Di Facebook Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera, Saya doakan semoga pengunjung blog ini sentiasa di limpahkan rahmat dan sayang dari Allah SAW. Minggu lepas...
mm

Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.

Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).

Klik Share Ya!!!
Posted in: Umum & Pelbagai

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of