By September 21, 2016 Read More →

Follow Up Bleeding Check Up Di Hospital Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selepas saya buat check up kat Hospital Tunku Azizah tentang masalah bleeding saya ni, saya ada bagitau Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali, yang bekerja sebagai Ketua Jabatan (Head of Department) di Klinik Pakar Sakit Puan (Obstetric & Gynecology Department), Hospital Putrajaya. Beliau adalah sepupu saya sebelah abah.

Check Up Di Hospital Putrajaya

caramudahhamilhospital

Selepas cerita keadaan saya, Dr Hazim minta saya ke Hospital Putrajaya untuk check up lebih lanjut. Saya pun setuju. Saya memang lebih suka check di hospital kerajaan berbanding swasta. Pengalaman-pengalaman saya sebelum ni, kalau saya bandingkan kedua-dua hospital kerajaan dan hospital swasta, hospital kerajaan lebih detail bila buat check up. Appoinment saya dengan Dr Hazim pada 21 September 2016, pukul 9.30 pagi.

Pendaftaran

Hari ni check up saya dengan Dr Hazim. Jadi, kami bersiap awal pagi sebab nak gerak awal. Nak pastikan sampai sana tepat pada masanya. Sebelum jumpa kena register dulu macam biasa. Jadi nak register tu kalau boleh nak nombor awal-awal.

Pukul 7.45 pagi kami gerak ke Hospital Putrajaya. Sampai sana lebih kurang pukul 8.40 pagi. Alhamdulillah perjalanan kami lancar, tak de jem sangat walaupun pagi-pagi tu orang semua nak keluar pergi kerja. Sampai je sana Mr Hubby hantar saya dulu untuk ambil nombor giliran sementara Mr Hubby pergi parking kereta.

hospital-putrajaya-kaunter-saringan

Ambil no untuk register

hospital-putrajaya-kaunter-pendaftaran

Selepas ambil nombor untuk register saya perlu ke Kaunter Pendaftaran untuk dapatkan nombor utk jumpa doktor. Selepas register saya di beri nombor giliran untuk berjumpa Dr Hazim. Sebelum jumpa Dr Hazim, saya perlu check berat, tekanan darah / blood pressure (BP) dan urine. Selepas check alhamdulillah semuanya normal.

Check Berat Badan, Tekanan Darah & Urine

hospital-putrajaya-check-berat

Check Berat Badan

hospital-putrajaya-check-tekanan-darah

Check Tekanan Darah

hospital-putrajaya-pemeriksaan-air-kencing-1

Urine celup dengan alat test tu sendiri. Lepas celup tunjuk kat nurse untuk update.

hospital-putrajaya-pemeriksaan-air-kencing-2

Ni tempat cuci botol bekas urine. Pun buat sendiri.

Berat saya turun balik, haritu 64.4 kg, harini 63.3 kg pulak. Agaknya sebab dah start tak lalu makan dan loya-loya. Lepas tu nurse kata boleh breakfast dulu. Kami ke cafe untuk breakfast. Kali ni agak mencabar sebab saya tak boleh bau-bau makanan. Tak tahu nak makan apa tapi tetap kena makan untuk alas perut walaupun tak ada selera makan.

Klinik Obstetrik & Ginekologi

hospital-putrajaya-klinik-og

Klinik Obstetrik & Ginekologi

Sekarang giliran saya untuk jumpa Dr Hazim. Mr Hubby hilang pulak..huhu sebab tadi ingat lambat lagi, dia pergi cari kerusi kosong sebab kat Klinik ni kerusi dah penuh. Lagi pun bagi peluang untuk ibu-ibu hamil untuk duduk. Mula-mula tak dapat nak call, tapi akhirnya dapat call.

hospital-putrajaya-doktor-consultation-2

Kami masuk dan bertanya khabar dulu sebelum memulakan cerita masalah saya. Saya cerita sikit-sikit tentang kehamilan saya yang pertama ni. Selepas itu Dr Hazim terus suruh baring untuk buat ultrasound. Selepas check Dr hazim kata jantung baby dah ada siap boleh dengar lagi. Wahh…alhamdulillah, kandungan ku takde apa-apa. Harini genap 6 minggu 6 hari usia kandungan saya.

hospital-putrajaya-tengah-tunggu-doktor-untuk-periksa

Lepas selesai check, Dr Hazim menerangkan kenapa terjadi nya bleeding atau pendarahan. Ianya sebab proses pembesaran baby menyebabkan dia ada tekanan pada dinding rahim. Tapi tak ada apa yang membahayakan kedua-dua ibu dan baby. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

Tapi Dr Hazim juga ada pesan, kita mintak jauh yea benda ni. Untuk masalah saya ni, jika berlakunya keguguran, bukan sebab saya lasak atau saya tak jaga tapi di sebabkan masalah baby itu sendiri membuatkan baby tak boleh teruskan hidup. Jadi, kalau dia hidup akan mendatangkan masalah kepada baby tersebut. Jadi, jangan terlalu bersedih dan kena redha dengan ketentuan Allah. Apa-apa pun kita berdoa semoga semuanya selamat dan ok kedua-dua ibu dan baby. Aamin

Nurse pesan untuk buka buku merah di mana-mana cawangan Klinik Kesihatan berdekatan dengan rumah untuk buat check up bulanan. Nanti bawa buku merah tu untuk next appoinment pada 11 October 2016.

Kaunter Farmasi

Selesai consult dengan Dr Hazim, kami menunggu untuk ambil ubat Duphaton, ubat yang sama yang Dr Zana bagi haritu. Ubat kuatkan rahim. Sementara Mr Hubby tunggu giliran ambil ubat saya pergi jumpa ma dan abah. Kebetulan ma ada check up harini. Check up 3 bulan sekali untuk check kesihatan keseluruhan. Lepas Mr Hubby setel ambil ubat, Mr Hubby pulak join kami.

Kemudian, kami terus balik sebab petang tu Mr Hubby ada part time IT Job pulak.

Jumpa lagi next entry. 🙂

Artikel Best

Akhirnya Berjaya Hamil Selepas Hampir 6 Tahun Beru... Entri kali ini adalah perkongsian kisah bagaimana perjalanan hidup saya berusaha untuk hamil dan mendapatkan zuriat selama hampir 6 tahun. Ya, Hampi...
Check Up Pertama Kali Setelah Hamil di Hospital Tu... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Setelah anda membaca entry saya tentang bagaimana saya hamil setelah 6 tahun mencuba (Kalau belum baca klik link...
Pengalaman dan Check Up Hamil di Triminister Perta... Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah dah berakhir Triminister Pertama saya (1 minggu hingga 16 minggu @ 1 bulan hingga 3 bulan). Saya c...
Nutrisi Terbaik Yang Wajib Di Amalkan Oleh Ibu Ham... Assalamualikum dan Salam Sejahtera, Pertama, Tahniah di ucapkan atas kehamilan anda 🙂 Jom saya nak share topik-topik kebiasaan tanda tanya buat i...
Bleeding Ketika Hamil 6 Minggu Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Hari ni, 19 September 2016, genap kandungan saya berusia 6 minggu 4 hari. Hari ni saya nak cerita kejadian y...
Cara Untuk Mengatasi Alahan Ketika Hamil Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Alahan @ Morning Sickness Di Awal Kehamilan Kajian menunjukkan kebanyakan ibu hamil mengalami alahan di awal ...
mm

Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.

Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).

Klik Share Ya!!!
Posted in: Info Hamil, Shaklee
newest oldest most voted
Notify of
trackback

[…] Follow up bleeding check up di Hospital Putrajaya […]