Aku Menjadi Seperti “TEGAR”

Assalamualaikum.. 🙂

TEGAR…. Itulah apa yang saya nak sampaikan dalam entri kali ini.

Mengikut kamus dewan. Tegar ada beberapa maksud.

1. tidak dpt dilenturkan; keras dan kaku.

2. ki tidak mahu menurut; keras kepala: ~ hati tidak mengikut kata; keras hati; degil. menegarkan menjadikan atau menyebabkan tegar; mengeraskan. ketegaran keadaan atau hal tegar; kekerasan; kedegilan.

Itu adalah mengikut terjemahan dari Kamus Dewan.

Tapi bukan itu yang saya maksudkan dalam entri ini. Yang saya maksudkan adalah Tegar si budak kecik berasal dari Indonesia yang dulu hidupnya susah tapi sekarang kaya dan popular.

Tegar

 Jom layan lagu dia yang sangat popular ni sekejap kejap.. 🙂

“AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG”

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang… Kata-kata yang sangat popular semenjak Tegar popular di Malaysia. Dan itulah kata-kata hikmat yang saya nak gunakan dalam entri kali ini..

Nak tahu Kenapa?

Sebab saya dah banyak berubah semenjak saya kenal Shaklee. Saya sebenarnya baru kenal shaklee beberapa bulan lepas. Tapi apa yang saya perasan memang “Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang“.

Ada dua perkara besar yang berubah. Iaitu dari segi JASMANI & ROHANI.

JASMANI

Dari segi jasmani rasanya bukan saya je yang perasan. Saya yakin ramai orang di sekeliling saya yang perasan.. Betul ke betul? hehehe..

Cer tengok gambar-gambar kat bawah ni. Rasa-rasa ada perubahan tak kat muka, tangan, peha & perut.. 🙂

Kurus Raya 01

Kurus Raya 01

Kurus Raya 02

Kurus Raya 02

“Aku Yang Dulu 4XL Sekarang 2XL”. Sapa nampak perubahan saya sila klik butang like di bawah.. 🙂 Bukan kene bayar pun klik like tu. 🙂

[spider_facebook id=”3″]

Kepada yang dah klik butang Like tu saya ucapkan Jutaan terima kasih. Kalau belum klik tolong la klik… hehehe

Sekarang saya nak teruskan cerita perubahan Jasmani.

Jasmani yang dulu macam yang ramai orang tahu ia bersaiz 4XL. Masa tu alahai.. banyak giler cadbury masalah. Antara masalah yang paling besar bagi saya adalah.

1. Cari saiz baju susah.

2. Saya suka main badminton. Dalam seminggu saya akan main 2-3 kali. Tapi masa sebelum kenal shaklee bila lepas main sampai la ke hari esoknya mesti rasa sakit-sakit seluruh badan. Tapi sekarang dah tak lagi. 🙂

3. Kurang cergas, Semput & Cepat Penat.

Pernah Usaha Tapi GAGAL

Dulu saya pernah cuba mengubah bentuk jasmani saya ni, tapi selalu gagal di tengah jalan. Pernah beberapa kali guna produk untuk turun berat badan. Tapi 100% Gagal. Tak tahu la sebab apa, produk ke atau saya yang tak reti makan benda tu.

Lepas beberapa kejadian Gagal tu memang tak percaya dah dengan mana-mana produk slim ni. Hehe..

Ada juga saya pernah berdiet sendiri. Masa tu alhamdulillah.. Nampak la hasilnya jugak. Tapi tak tahan lama. Gagal lagi.. 🙂 Punca utama mungkin Tiada PUSH Factor & Support.

Akhirnya balik ke asal balik.. hehehehe

Dulu je GAGAL. Sekarang Berjaya dan Semakin Berjaya

Sampai la satu hari bila My Bini (Nadia Najib) berkenalan dengan shaklee. Tiba-tiba dia cakap nak Taja saya dengan set kurus Shaklee. Katanya demi untuk kesihatan saya, sebab bacaan kolesterol saya dah berada di sempadan antara tinggi dan normal. Siap keluar hujah-hujah doktor pakar dah suruh saya turunkan berat badan. Nak ikutkan hati memang tak nak dah ambik benda-benda ni. Tapi dah dapat benda free saya pun Okay je la.. 🙂

Masa tu saya tak pernah ambik tahu pun supplemen apa yang saya telan. Bab makanan memang saya tak berpantang makan, saya makan macam biasa je. Tapi supplemen shaklee, My Bini yang hulur suruh makan setiap kali masuk waktu makan supplement shaklee tu.

Kira masa tu dia jadi jururawat peribadi la.. Kalau dia hulur saya telan. Kalau dia tak hulur saya buat bodo je.. hihihi.. Masa tu bukan nak sangat pun makan supplemen shaklee tu. Amik sebab My Bini suruh je (jaga hati). hihihi…

Tapi moment paling BEST Giler Cadbury… Bila orang start cakap… “Nampak macam kurus sikit la..“. Sebenarnya masa tu macam kurang percaya kata-kata orang sebab bila timbang berat macam tak turun je. Mungkin ada la turun tapi tak ketara sangat kot.

Yang Magik-nya, Walaupun berat tak berapa nak turun, tapi yang pelik bila tali pinggang dah semakin berkurang ukur lilitnya.

Dalam hati rasa…. Gila KENTANG!!!! Aku makan balun je macam biasa. Tapi ada perubahan jugak kat bentuk badan aku ni.. Ini sudah bagus 🙂

Sampai bulan ke 3, Allah temukan saya dengan Mentor & Group Kurus. Saya dapat banyak ilmu bila saya kenal dengan mereka-mereka ini dari segi Pemakanan & Senaman yang betul.

Mentor

Mentor bantu kami dalam cara pengambilan makanan harian dengan betul. Cara pemakanan harian dan pengambilan supplemen yang betul memang sangat penting kerana jika tersalah ia mungkin menyebabkan kita tidak mendapatkan kesan yang optimum dari diet kita ti

Ramai juga kawan-kawan saya yang beli Set Kurus Shaklee dengan Distributor lain tapi mintak tips daripada saya cara pemakanan.

Dan saya tak kisah pun nak kongsi ilmu yang saya tahu tu kat dia orang walaupun dia orang beli daripada orang lain. Mentor saya pesan, “bisnes bukan nak kaya semata-mata, tapi nak membantu memudahkan hidup orang lain”. Sebab tu saya tak kisah bantu customer orang lain dengan harapan kita semua semakin “Slim & Sihat”.

Tapi kalau kawan-kawan saya ni join Group Kurus tu saya rasa lagi banyak ilmu yang dia dapat. Sebab tak sama orang yang sedang belajar macam saya ajar dengan mentor yang ajar. 🙂

Ingat yer, elakkan dari tersalah cara pemakanan, kerana bila tersalah ia mungkin boleh membuatkan berat badan semakin naik.

Group

Bagi saya group juga dapat membantu dalam memberi motivasi dan sokongan. Sebenarnya dalam group ni kami bersaing sesama sendiri. Mereka membantu memberi sokongan secara langsung dan tak langsung. Bila ada pesaing secara tak langsung “motivasi” dan “push factor” kita akan meningkat sebab adanya persaingan. Dan mereka juga akan memberi sokongan langsung antara satu sama lain jika ada sesiapa yang rasa “Down”

Pandangan Saya

Kedua-dua Perkara kat atas (Mentor & Group) ni sangat penting bagi saya. Kalau saya buat sorang-sorang, rasanya susah saya nak dapatkan semangat yang membara ini. Dengan adanya sokongan dari Mentor & Group itu, lama-lama saya dah biasa dengan cara kehidupan yang sihat. Bila dah terbiasa dengan cara hidup itu, kita akan lebih mudah sedar untuk kembali “on-track” bila tergelincir.

Perkara tergelincir memang perkara biasa berlaku. Tapi masalahnya ramai orang tak sedar bila mereka tergelincir. Itulah masalah ramai orang termasukklah saya yang dulu tapi bukan yang sekarang. 🙂 Macam saya cakap la.. “Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang..” hihihi

Alhamdulillah.. saya masih “On-track” dan sedang berusaha untuk menurunkan berat lagi dan lagi. Saya yakin, kalau saya ikut cara orang yang telah terbukti berjaya. Saya juga akan berjaya macam dia juga dengan syarat “Elakkan Beri Alasan”. 🙂

Ada ramai yang tanya kepada Saya dan My Bini mintak tips macam mana nak turunkan berat badan. Tapi bila kami berikan tips banyak pulak alasan-alasan dia. Contohnya.. Pil besar sangat la, Tak rajin la, banyak sangat la… dan macam-macam lagi la. Kalau benda simple macam ni pun masih ber”Alasan”. Macam mana nak buat benda-benda yang lebih sukar?

Pesan mentor saya, “Nak berjaya? Jangan Beri Alasan”

Tapi tak dapat di nafikan juga, walaupun berada di dalam Group Kurus tu ada juga yang masih gagal. Puncanya adalah..

1. Tak Serius. (masih belum dapat kesedaran diri kot) hehehe

2. Tak ikut cakap Mentor

3. Tak Disiplin

Kesimpulan

Ada beberapa perkara penting dalam entri ini yang kita boleh pelajari.

1. Niat. (kita perlu ada niat untuk melakukan sesuatu. Contoh, kalau takde niat untuk kurus, kita takde la nak usaha ke arah tu)

2. Cari Mentor yang telah terbukti berjaya. Kalau ada group lagi bagus. 🙂

3. Gunakan produk yang telah terbukti Berkesan dan Selamat.

Untuk yang no 3 tu “Optional” je. Nak guna boleh tak guna pun boleh. Tapi bagi saya ia umpama basuh kain kotor Tanpa Sabun atau Dengan Sabun. Bila basuh kain tanpa sabun kita tetap boleh buat kain tu bersih kan? Tapi memerlukan kerja yang lebih berbanding cuci dengan menggunakan sabun.

Okay

Selesai kisah “Tegar: Aku Yang Dulu Bukanlan Yang Sekarang” Episod Jasmani.

Nantikan kisah “Tegar: Aku Yang Dulu Bukanlan Yang Sekarang” Episod Rohani di entri seterusnya.

Terima Kasih kerana sudi baca entri ini. Saya mohon support anda untuk klik butang like di bawah tanda anda menyokong usaha saya untuk saya turunkan lagi berat badan saya. 🙂 Boleh-boleh??? Jom tekan like laju-laju

[spider_facebook id=”3″]

Kalau anda rasa entri ni bermanfaat untuk kenalan anda sila klik butang share di bawah dan sharekan kepada mereka.

Artikel Best

Cara Nak Menurunkan Berat Badan AMARAN: INI BUKAN UBAT KURUS! . DAH LAMA TERINGIN NAK KURUS? . DAH CUBA PELBAGAI CARA TAPI MASIH GAGAL UNTUK KURUS? . . . Tahukah and...
Ada Masalah “Gemuk” Sejak Kecil? ̵... "Alhamdulillah, Seumur Hidup Saya Gemuk, Sekarang Saya Dah Kurus" - Shiem Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Hari ni saya nak berkongsi kisah ...
Now Everyone Can Kurus: Saya Sahut Cabaran Push-Up Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hari ni saya akan berkongsi dengan anda macam mana saya sahut cabaran Now Everyone Can Kurus (NECK) minggu lep...
Jangan Ambil Kalsium Tanpa Magnesium Kenapa Kalsium Tidak Di-Galakkan Di Ambil Tanpa Mangnesium? Pendapat mengatakan pengambilan suplemen kalsium tanpa magnesium dikatakan akan m...
Apa tu Vivix? Assalamualalikum.. Baru-baru ni ada orang tanya saya apa itu Vivix. Tapi dalam entri ini saya tak berniat nak cerita panjang. Saya letakkan sahaja ...
4.7KG Hilang Dalam Masa 2 Minggu – Now Every... Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Hanya syukur yang boleh saya ucapkan apabila berat saya telah turun sebanyak 4.7 kilogram dalam ma...
Aku Nak Kurus #01: Target Baru Untuk KURUS Alhamdulillah.. Sebelum ni saya dah berjaya Transform diri saya dari size 4XL kepada 2XL. Nampak la kurus sikit dari sebelum ni. :)Bila jumpa kenalan ...
WAJIB BACA: Kesan Sampingan Set Slimming Shaklee Akhir-akhir ini semakin ramai yang menegur ke atas kesan dan perubahan yang mereka nampak pada diri saya. Untuk pengetahuan anda, saya ni jenis yang b...

Hi… Saya adalah penulis entri di atas.

Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.

Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.

Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.

Klik Share Ya!!!

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of