8 Kelebihan Memiliki BLOG?

Assalamualaikum…

Hari ini saya nak kongsikan sedikit dengan anda mengenai kelebihan memiliki Blog. Saya yakin ramai yang dah tahu dan saya juga yakin ramai juga yang belum tahu.

Oleh sebab itu saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda mengenai kelebihan kita memiliki Blog.

Di bawah ini disenaraikan beberapa kelebihan utama memiliki Blog:

1. Penghubung

Blog merupakan satu medium yang boleh digunakan dengan kos yang sangat minimum (percuma) dan efisyen untuk mengiklan maklumat dan kepakaran mengenai bisnes anda kerana blog merupakan penghubung dengan komuniti yang besar.Ini sangat membantu bagi perniagaan yang kecil, di mana mereka tidak mampu untuk melabur di dalam memasarkan produk atau servis mereka

2.Komunikasi Secara Terus

Blog dapat menyediakan sumber komunikasi secara terus dengan pelanggan atau pengunjung blog anda, di mana mereka bebas memberikan pandangan, pertanyaan ataupun pengalaman berkenaan dengan sesuatu komoditi atau topik.Dengan cara ini, penerbit atau ‘tuan punya blog’ akan mendapat gambaran dari pelbagai cadangan atau pendapat dari feedback yang diterima untuk meningkatkan perkhidmatannya ke arah yang lebih baik

3.Masa Nyata (Real time)

Blogging membolehkan sesiapa sahaja berkomunikasi secara ‘on-the-spot’. Tuan punya blog boleh membuat perubahan dengan segera dan memberitahu kepada pembaca mengenai sebarang perubahan atau pengumuman dengan segera.Dan ia boleh di publishkan terus tanpa perlu menunggu hari esok

4.Pendapat Yang Demokratik

Tidak ada halangan bagi sesiapa pun untuk membuat ‘post’,melainkan jika menyebabkan pembaca lain tersinggung. Melalui blog, anda akan mendapat pandangan yang berbeza dan mengelakkan idea yang berulang-ulang daripada respon yang diterima bagi sesuatu produk atau servis.Dengan ini juga, ia mengikut konsep demokrasi di dalam sumber informasi.

5.Search Engine Optimization (SEO)

Blogging menggunakan teknik SEO dan cara ini dapat membantu meningkatkan kedudukan blog anda dalam enjin carian atau “Search Engine”.

Kos untuk servis SEO adalah di dalam anggaran antara $5000 ke $10,000 dolar. Servis ini sedikit sebanyak meningkatkan populariti sesebuah blog tersebut,dengan meletakkan blog anda di antara ranking teratas. 

Kebanyakan bloger akan menggunakan keyword’ yang berulang berkali-kalai untuk meningkatkan SEO mereka secara percuma. Ini akan menyebabkan hasil enjin carian yang lebih positif dan meningkatkan kedudukan blog mereka.

6.Penerbitan Yang Pantas

Usahawan sesuatu bisnes menggunakan teknik blogging ini untuk menyatakan atau meluahkan kepakaran, pandangan, dan pengetahuan dengan jelas kerana ianya merupakan alat atau ‘tools’yang pantas dan mudah.

7.Penjimatan Kos

Blog juga merupakan satu medium atau cara yang murah untuk membawa perniagaan kita menjadi perhatian ramai. Perniagaan yang kecil biasanya menggunakan blog untuk mempromosikan produk mereka.

8.Reputasi

Dengan perkhidmatan pelanggan yang baik dan produk yang berkualiti tinggi, blog membolehkan kita untuk membina kepercayaan pelanggan kepada kita. Ia melambangkan atau menggambarkan kredibiliti pemilik blog tersebut sebagai seorang yang mahir dan menjaga reputasi syarikat atau perniagaannya. Ini akan membuatkan pelanggan merasa selesa.

.

Nantikan entry “Panduan Membina Blog #1” dari pada saya yang akan saya kongsikan tidak lama lagi.

Jika anda suka dengan entry ini silakan klik butang like dan share di bawah.

Terima Kasih atas sokongan anda.

 

 

Artikel Best

7 Kebaikan Brokoli Untuk Kesihatan Kita Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Syukur alhamdulillah.. saya masih lagi diberikan kesempatan untuk berkongsi dengan anda sedikit informasi. ...
4 Tip Mudah Minum 2 Leter Air Sehari Di Bulan Rama... Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Beberapa hari lepas, ada sedikit perbualan dengan member-member office. Kira sembang-sembang kosong je la. ...
Gagal Mencapai Impian? Jom Cari Puncanya… Assalamualaikum Salam Sejahtera.. Entri kali ini saya nak berkongsi kepada anda PUNCA Kita Tak Dapat Apa Yang Kita Impikan!!! Okay.. Ceritanya macam...
Turunkan Kolesterol Anda Dengan Berkesan Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Entri kali ini saya nak berkongsi dengan anda berkenaan tentang KOLESTEROL. Mengikut statistik, lebih 6 Juta ra...
BERJAYA: Dulu Junior Sekarang Senior Assalamualaikum wbt. Syukur alhamdulillah.. Permulaan Ramadhan kali ini sangat menggembirakan kepada kami. Kami dapat mencapai target kami untuk me...
Koleksi Kertas Soalan Percubaan UPSR 2014 Seluruh ... Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Diharapkan semua pembaca blog nadiamusa.net ini sentiasa berada di dalam keadaan sihat sentiasa. Sepertimana t...
Apa Hukum Jual Barang Tiruan? Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Syukur alhamdulillah kerana masih berkesempatan untuk berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat. Hari ini say...
3 Formula Kekal SIHAT dan CERGAS Di Bulan Ramadhan Salam Ramadhan Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Syukur Alhamdulillah hari ni hari pertama masuk bulan Ramadhan. Bersempena dengan bulan Ramadh...

Hi… Saya adalah penulis entri di atas.

Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.

Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.

Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.

Klik Share Ya!!!
Posted in: Umum & Pelbagai

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of