By February 15, 2015 0 Comments Read More →

4.7KG Hilang Dalam Masa 2 Minggu – Now Everyone Can Kurus

TurunBerat

Alhamdulillah… Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Hanya syukur yang boleh saya ucapkan apabila berat saya telah turun sebanyak 4.7 kilogram dalam masa 2 minggu.

Berat saya turun dari 123.1 kilogram kepada 118.4 kilogram dalam masa cuma 2 minggu. Yer.. Cuma 2 minggu je. Rasa macam tak percaya…

Syukur, lepas saya join program Now Everyone Can Kurus ni saya lebih faham cara pengambilan makanan yang betul dengan teknik mengira kalori dan memahami apa itu DCR serta BMR.

Sebelum Ini

Mungkin bila dengar saya turun 4.7 kilogram dalam masa 2 minggu akan ada yang akan cakap. “Ala.. tu turun air je tu…” 🙂

Ok.. Sebenarnya sebelum ini saya dah berjaya turunkan berat saya sebanyak 14 kilogram. Bila dah turun 14 kilogram ni saya mula rasa susah nak turun. Memang susah giler nak turunkan berat saya masa tu. Pening palo aku.. hehe.. Tapi, mungkin ini yang di namakan PLATEAU. 

Masa tu, cara pengambilan makanan saya cuma main agak-agak je. Sama macam ramai orang. Kononnya nasi itu menggemukkan, So kurangkan makan nasi. Lepas tu bila tak makan nasi mulalah pilih mee atau mee hun. kononnya ia lebih baik dari nasi. 🙂

TurunBerat

Yang lagi best, sebelum-sebelum ni pernah beberapa kali lepas makan makanan tengah hari, join kawan-kawan makan pisang goreng cheese pulak. 🙂 Selamber je kan??? Masa tu zaman jahiliah.. 🙂 Tak tau yang pisang goreng cheese punya kalori adalah 230kcal sekeping.

Kalau ambil 2 keping pisang goreng cheese tu dah sama macam makan sepinggan nasi ayam.

Bayangkan.. Umpama lepas saya makan hidangan tengah hari saya makan lagi sepinggan nasi ayam..

Mak ai…. Jahil giler masa tu.. 🙂

Ada tak yang gemar makan pisang goreng cheese ni? Kalau berat anda naik.. Tolong jangan salahkan nasi. 🙂 hehehe

Perubahan Bermula Di Sini

Alhamdulillah.. 1 Febuari 2015, saya join program Now Everyone Can Kurus, di dalam program ini peserta di ajar untuk memahami keperluan kalori badan kita dan bagaimana cara pengambilan kalori dengan betul.

Sebenarnya bila kita faham dengan ilmu ini.. kita akan lebih mudah nak turunkan atau naikkan berat badan kita.

Selain itu, kami juga di ajar cara senaman yang mudah dan boleh di lakukan di rumah, tapi memberikan kesan yang terbaik.

Biasanya saya lebih selesa untuk pergi ke taman-taman berdekatan je. 🙂

Jom Kurus2

Jom Kurus3

Jom Kurus4

Kami sebagai peserta hanya di benarkan menimbang berat badan 2 minggu sekali sahaja. Jadi, tepat pada awal pagi hari ke 15 (lepas subuh) kami di arahkan untuk menimbang.

Alhamdulillah.. saya agak terkejut dengan apa yang saya dapat dengan memecahkan tembok PLATEAU.

Saya rasa macam WOW!!!.. giler kentang… Turun 4.7 kilogram dalam masa 2 minggu???? Ini memang SUPERB… 🙂

Seriously, ilmu yang di ajar sangat-sangat SUPERB.

Saya sangat sarankan kepada sesiapa yang nak menurunkan atau menaikkan berat badan belajar memahami cara diet mengikut pengambilan kalori yang betul. Memahami dengan mendalam apa itu DCR & BMR.

InsyaAllah.. kalau anda faham & amalkan.. saya yakin anda akan dapat mencapai target anda dengan lebih mudah.

Ok.. perjalanan saya masih jauh untuk menurunkan berat badan saya ni. Semoga perkongsian ini ada memberi manfaat kepada anda.

Jangan lupa klik like atau share. 🙂

Artikel Best

Now Everyone Can Kurus: Testimoni Sakinah (Lost 21... Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Ini adalah perkongsian dari saudari Sakinah. Jom kita tonton bagaimana beliau boleh berjaya kurus dan menuru...
Now Everyone Can Kurus: Saya Sahut Cabaran Push-Up Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hari ni saya akan berkongsi dengan anda macam mana saya sahut cabaran Now Everyone Can Kurus (NECK) minggu lep...
Saya Berjaya Turunkan 7.3Kg Dalam Sebulan. Anda??? Penulis:Mus Deanial Assalamualaikum.. & Salam Sejahtera.. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah kerana masih berpeluang untuk berkongsi di blog in...
Aku Nak Kurus #01: Target Baru Untuk KURUS Alhamdulillah.. Sebelum ni saya dah berjaya Transform diri saya dari size 4XL kepada 2XL. Nampak la kurus sikit dari sebelum ni. :)Bila jumpa kenalan ...
Aku Menjadi Seperti “TEGAR” Assalamualaikum.. 🙂 TEGAR.... Itulah apa yang saya nak sampaikan dalam entri kali ini. Mengikut kamus dewan. Tegar ada beberapa maksud. 1. tidak...
WAJIB BACA: Kesan Sampingan Set Slimming Shaklee Akhir-akhir ini semakin ramai yang menegur ke atas kesan dan perubahan yang mereka nampak pada diri saya. Untuk pengetahuan anda, saya ni jenis yang b...
Ada Masalah “Gemuk” Sejak Kecil? ̵... "Alhamdulillah, Seumur Hidup Saya Gemuk, Sekarang Saya Dah Kurus" - Shiem Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Hari ni saya nak berkongsi kisah ...

Hi… Saya adalah penulis entri di atas.

Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.

Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.

Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.

Klik Share Ya!!!

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of