By May 20, 2015 Read More →

2 Cara Membezakan Bisnes MLM Sebenar vs Skim Cepat Kaya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Perkongsian hari ini adalah berkenaan cara membezakan Bisnes MLM (Multi Level Marketing) Sebenar vs Skim Cepat Kaya.

Pada pengamatan saya. Masih ramai rakyat Malaysia yang memandang serong kepada Bisnes MLM ni. Dalam hal ini Saya tak menyalahkan mereka sebab memang banyak kes-kes penipuan yang membabitkan bisnes MLM ni.

Cuma anda perlu tahu bahawa tidak semua Bisnes MLM itu adalah Skim Cepat Kaya.

Skim Cepat Kaya Bertopengkan MLM

Bisnes MLM Dan Skim Cepat Kaya 3

Disebabkan terlalu banyak kes penipuan yang membabitkan MLM. Rakyat Malaysia sehingga hari ini masih ramai keliru untuk membezakan di antara Skim Cepat Kaya dan Bisnes MLM Sebenar.

Puncanya adalah di sebabkan Skim Cepat Kaya yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Sekaligus telah membuatkan nama Bisnes MLM menjadi sedikit tercalar.

Aktiviti Skim Cepat Kaya biasanya tidak terhad kepada satu-satu platform bisnes seperti produk kesihatan dan sewaktu dengannya. Malah ia mungkin bertopengkan di belakang platform bisnes lainnya seperti pelaburan, perniagaan dan boleh juga mengikuti trends bisnes semasa.

Bahkan ada juga yang berselindung di sebalik pertanian dan penternakan contohnya penternakan ikan keli/kelisa dan sebagainya.

Sebenarnya Bisnes MLM di jadikan tempat untuk berlindung oleh Skim Cepat Kaya. Kalau lah ada bisnes MLM (Skim Cepat Kaya) yang menjanjikan Pakej Umrah/Haji, Ramai orang kita yang bakal cepat terpedaya. Ramai yang terus beranggapan bahawa bisnes itu bagus kerana ia nampak islamik.

Bisnes MLM Dan Skim Cepat Kaya 2

 

2 Asas Penting Untuk Menilai Bisnes MLM

Bagaimana nak membezakan Bisnes MLM Tulin ataupun Skim Cepat Kaya?

Ada 2 cara yang kita boleh gunakan untuk membezakan di antara mereka.

Penilaian #1: Adalah Melalui Produk

Dalam sesebuah perniagaan, Produk adalah paling utama.

“Tiada produk maka tiadalah jualan, Tiada jualan maka tiadalah perniagaan.”

Andaikata perniagaan itu tidak mementingkan produk, dan produk tersebut tidak di minati atau tak ada sapa nak beli kalau bukan di sebab kan nak join “SKIM“.. Anda perlu BERHATI-HATI.

Bisnes MLM seperti ini biasanya mereka hanya menggunakan produk sebagai alat ataupun TOPENG untuk membuatkan perniagaan mereka sah di sisi undang-undang.

Pendek kata produk mereka itu tak laku kalau di jual di pasaran kerana mungkin disebabkan harganya yang terlalu mahal atau produk itu tidak berkualiti.

Penilaian #2: Bagaimana Cara Ia Menjana Pendapatan

Dalam Bisnes MLM yang asli, pendapatan bisnes MLM itu sepatutnya hanya melalui dengan cara menjual produk. Tidak kira jualan itu melalui jualan persendirian atau pun jualan berkumpulan.

Mereka juga tidak akan dapat apa-apa komisyen di atas penajaan (down line). Andai kata pendapatan dalam bisnes MLM itu berdasarkan berapa banyak orang yang join di bawah kita, maka anda WAJIB BERHATI-HATI kerana ia berkemungkinan Skim Cepat Kaya yang bertopengkan Bisnes MLM

Jika bisnes MLM itu setiap saat memikirkan cara nak cari orang baru, kita perlu ada sedikit rasa sangsi. Tapi terkadang syarikat MLM itu sendiri sebenarnya tidak menjalankan perniagaan Skim Cepat Kaya, cuma segelintir ejen kepada produk itu yang membuatkan bisnes itu nampak seakan-akan Skim Cepat Kaya.

Antara cirinya adalah “Head-Hunting” dan “Front-Loading”

Untuk Cerita Penuh”Head-Hunting” dan “Front-Loading” : Klik –> “Head- Hunting” dan “Front-Loading”

Bisnes MLM Dan Skim Cepat Kaya

 

Jadilah Usahawan Sebenar

Secara ringkas, suka saya menasihatkan kepada anda supaya selidik dan kaji betul-betul dahulu perniagaan atau pun skim yang anda nak join. Berhati-hati dengan janji manis yang menjanjikan rumah besar, kereta besar, wang besar dan sebagainya.

Bak kata pepatah.. “Bukan senang nak senang & bukan susah nak susah”

Kalau nak buat bisnes MLM, buatlah dengan setulus hati, ikhlas, beretika dan berakhlak sebagai seorang muslim sejati.

Mulakan dari kecil-kecilan pun tak apa asalkan ianya berkat. Dengan kecil-kecilan itulah ia akan menjadi besar kalau kita buatnya dengan betul & istiqomah. InsyaAllah…

Renung-renungkan & Semoga bermanfaat.

 

Hi… Saya adalah penulis entri di atas.

Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.

Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.

Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.

Klik Share Ya!!!
Posted in: Umum & Pelbagai

Comments are closed.