Tips Memilih Pam Susu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apakah benda pertama yang mommies semua beli untuk persediaan lepas bersalin. Masuk je 7 bulan, benda pertama yang nadia beli adalah pam susu. Kenapa? Sebab nadia telah pasang niat sebelum hamil lagi nak meyusukan baby dari selepas lahir sehingga berumur 2 tahun paling mininum.
Susu ibu sangat banyak khasiat berbanding susu formula. Jadi, nadia sentiasa berdoa agar Allah memudahkan urusan nadia untuk susu baby nadia sehingga 2 tahun paling minimum. Selain itu nadia juga berusaha dengan Set Hamil Shaklee InshaAllah membantu dalam penyusuan kelak.
Pemakanan semasa hamil adalah sangat penting untuk baby bakal lahir dan juga penyusuan selepas bersalin. Pastikan kita makan makanan yang berkhasiat. Kesihatan baby kita juga bergantung kepada cara pemakanan kita semasa hamil. Oleh sebab itu nadia bertindak makan Set Hamil Shaklee untuk pastikan baby bakal lahir tiada sebarang masalah dan juga sihat hendaknya dan untuk pastikan nutrisi yang di perlukan cukup untuk baby.
Nadia duk survey-survey kat internet. Pastu kebetulan, iklan ni lalu kat news feed FB nadia. Apa lagi screenshoot dan save untuk cari pump susu yang boleh cuba. Kebetulan, hari yang sama ada Kelas Berpantang bersama Blessed Beauty. Lepas kelas kami singgah ke Mothers First Choice.
Nak membeli pam susu memang kena try dengan kita. Ada yang sesuai ada yang tak sesuai. Pam susu mahal belum tentu sesuai dengan kita. Jadi, kalau boleh kita jimat dengan beli yang murah dan sesuai dengan kita baik kita beli yang murah kan. Jadi mommies beli pam susu pergi ke kedai dan try yea. Beli yang tak sakitkan breast dan selesa semasa mengepam. Staff kat kedai akan membantu mommies.
Sampai je sana memang teruja tengok barang-barang baby yang comel-comel. Dulu tak de la nak masuk kedai baby kan, nanti syahdu pulak..huhu..Dah confirm preganant dan setelah kandungan masuk 7 bulan baru la start nak membeli barang untuk ibu dan baby. Ma selalu pesan beli barang baby lepas kandungan masuk 7 bulan. Ku ikut cakap keramat hidup ku. 🙂
Tu dia…banyak betul barang baby
Lepas beli pam susu kami singgah makan di tempat favorite kami iaitu Fiske di Keramat, AU2
Ini la pilihan pam susu nadia. Spectra M1. Na beli sekali nursing cover, plastic nak simpan susu, cooler bag dan cooler.
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).