Rawatan Penutup Pantang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Nadia berpantang selama 44 hari di rumah parents nadia di Desa Coalfield, Sungai Buloh. Nadia ambil bidan yang urut dan tungku hari-hari selama 20 hari sahaja.
Jadi nadia cari orang lain untuk buat penutup pantang. Nadia ada tengok Master Zura rekemen ex-nurse adik-beradik buat penutup pantang.
Rawatan penutup pantang yang nadia buat bertangas, bertungku, lulur, urut dan mandi bunga. Mereka ambil masa leboh kurang 5 jam juga la. Best giler. Memang superb la service adik beradik ni. Sampai nadia repeat lagi lepas tu.
Yang paling best, mereka berdua ni pernah jadi nurse di bidang perbidanan dulu, jadi mereka memang tahu selok belok dalam medical juga. Feeza dan Nisa bergilir jaga baby. Memang senang bila datang buat service dan ada orang jaga baby. Bila Feeza urut, Nisa jaga baby, bila Nisa lulur Feeza pula jaga baby. Nadia rasa yakin la Feeza dan Nisa jaga baby sebab dia orang memang ex-nurse bidang perbidanan. Memang biasa dengan baby.
Expertise mereka adalah boleh bantu ibu-ibu menyusu yang ada masalah breast bengkak. Nadia haritu ada juga sikit breast bengkak tapi tak kronik la. Lepas feeza urut bahagian saluran susu tu memancut-mancut susu keluar. Patut la slow sikit flow susu rupanya ada tersumbat sikit.
Bertangas
Mandi bunga
Sesiapa yang berminat, boleh search FB: Norhafizah Ishak dari Sentuhan Bonda Penjagaan Pantang-Feeza&Nisa untuk buat booking.
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).