Program CSR Shaklee di Kampung Satok, Raub
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Kali ni saya nak bercerita pengalaman saya dan Mr Hubby serta Shaklean melawat ke Kampung Satuk, Raub untuk memberi bantuan. Kami bersama __ dan RTM.
Buat pertama kali saya dan Mr Hubby join program CSR yang di anjurkan oleh Shaklee. Pertama kali jugak saya melawat Perkampungan Orang Asli.
TIBA DI ANGKSAPURI RTM
Kami keluar rumah pada pukul 5.00 pagi kerana perjumpaan kami di Angkasapuri pukul 5.30 pagi…awal nya..huhu..Mr Hubby baru sampai rumah pukul 2.30 pagi dari outstation. Sempat la dia lelapkan mata lebih kurang 2 jam kemudian bangun untuk bersiap-siap ke Angkasapuri.
Baru sampai Pintu Gate RTM Angkasapuri.
Solat Subuh di Masjid Angkasapuri RTM.
T-Shirt yang di beri untuk di pakai sepanjang Program ni. Alhamdulillah, Mr Hubby dah boleh pakai baju-baju macam ni. Kalau dulu memang tak la kan, sebab saiz dia yang dulu PLUS SIZE. Tak boleh pakai baju-baju gift macam. Seronok la dia dah tak de masalah saiz baju lagi. Ni nama nya Shaklee Effect. Set Slimming Shaklee memang Superb !!
Brother Zaid sedang memasang sticker Shaklee kat ‘ Baby Rio’ ku. Sticker ni untuk memudahkan kami konvoy ke Raub lepas ni.
Sebelum memulakan perjalanan, saya perlu ambik ESP dulu. InshaAllah, ESP dapat beri tenaga sebelum saya memulakan program hari ni.
BERTOLAK KE RAUB
Kami bertolak jam 6.30 pagi selepas semua yang nak join dah tiba. Tapi ada yang belum sampai , kami jumpa kat Petronas Highway Karak.
Perjalanan dari Petronas Highway Karak ke Raub diteruskan.
PERKAMPUNGAN KAMPUNG SATOK, RAUB
Alhamdulillah, jam 10.30 pagi kami tiba di perkampungan Kampung Satok, Raub.
UCAPAN OLEH WAKIL
Majlis di mulakan oleh Encik Basir, Tok Batin Kampung Satok, Raub. Menurut beliau penduduk di kampung ini berjumlah lebih kurang 1000 orang. Ada beberapa suku antaranya Suku Semai. Penduduk terdiri daripada 80 % bukan Islam. Hanya 20% adalah beragama Islam. Tok Batin berharap akan ada lagi program-program sebegini untuk membantu penduduk-penduduk.
Ucapan di teruskan oleh Puan Norimah, President Wanita Inspirasi Negara Malaysia (WIN). Persatuan Wanita Inspirasi Negara Malaysia (WIN) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan ROS.
Di tubuhkan pada 18hb February 2013, WIN di wakili oleh wanita Malaysia berusi 18 tahun ke atas dari pelbagai agama dan bangsa. Ahli WIN adalah berdedikasi ke arah memperkasa wanita Malaysia dalam bidang keusahawanan, kemahiran dan kepakaran.
WIN dengan ahli-ahli yang berpegalaman dan baru amat komited ke arah kecemerlangan kejayaan perniagaan mereka serta mempromosikan budaya kerja cemerlang di kalangan entrepenur wanita.
Kata beliau, jom have fund.
PENYERAHAN CENDERAHATI
Cenderahati di serahkan kepada Tok Batin, Wakil JUKUA dan penduduk-penduduk kampung.
PENERANGAN DARI NUTRITIONIST SHAKLEE TENTANG MEALSHAKE DAN VIT LEA KIDS SHAKLEE
Puan Sarah, Nutritionist Shaklee menerangkan khasiat-khasiat mealshake Shaklee dan Vit Lea Kids Shaklee untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang sedang membesar sangat memerlukan cukup nutrisi dalam badan. Tak semestinya dia makan banyak dia cukup nutrisi sebab kadang-kadang makanan yang di makan nutrisi tidak ada dalam makanan tersebut yang di perlukan oleh badan kanak-kanak.
Mealshake Shaklee dan Vit Lea Kids Shaklee membantu mengurangkan kanak-kanak sakit seperti selsema, demam dan sebagainya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan Mealshake Shaklee boleh melawat ke link __ . dan Kelebihan Vit Lea Kids Shaklee boleh melawat ke link _
Beliau juga menerangkan tentang piramid makanan yang di perlukan oleh badan setiap hari.
Setiap hari badan kita memerlukan karbohidrat, serat, protin dan jugak lemak mengikut sukatan. Boleh baca lebih lanjut tentang piramid makanan dalam gambar di atas.
AKTIVITI-AKTIVITI
Program di teruskan dengan aktiviti-aktiviti seperti belajar memasak untuk kaum perempuan dan memancing untuk kaum lelaki. Selain itu, Tok Batin bawa kami semua melawat kampung. Mereka juga mempertontonkan tarian traditional mereka. Kami pun joint skali. Kemudian ada sesi mengecat dewan.
Resepi Spagheti Sardin adalah minyak,bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili api, spagheti dan sardin. Mula-mula tumis bawang merah, bawang putin dan cili api. Setelah naik bau, masuk kan sardin. Akhir sekali masukkan spagheti yang telah di rebus ke dalam kuali. Kemudian goreng sehingga masak. Mudah dan simple kan. Last sekali boleh makan..Sedap 🙂
Resepi sandwich pulak. Sediakan Roti, sardin,salad, timun dan tomato. Ambik ikan sardin dan sedikit kuah sardin dan gaul kan. Masuk kan sedikit garam dan gula serta perah limau untuk hilangkan rasa hanyir. Kemudian potong roti dan letakkan sardin yang telah di gaul bersama timun, salad dan tomato. Jom makan 🙂
Kemudian kami break makan tengah hari di asrama sekolah di kampung itu.
Aktiviti di teruskan dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak di sekolah itu.
Akhir sekali penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang.
Pemenang Pertama.
Pemenang Kedua.
Pemenang Ketiga.
Pemenang-pemenang pertandingan mewarna dapat hadiah dari Shaklee.
Jom saya belanja gamabr gambar sepanjang Program CSR Shaklee.
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).