MNRB Annual Family Outing 2014 Part 2
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Ok.. Jom kita sambung cerita Annual Family Outing MNRB 2014.
Sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih kepada anda yang terus menerus menyokong blog kami ini. 🙂
Kalau ada yang belum baca Part 1, anda boleh baca di link ini –>MNRB AFO Part 1
Di dalam Part 1, Saya kongsikan kisah perjalanan kami dari KL ke Swiss Garden. Tips yang anda perlu ingat di dalam Part 1 adalah anda perlu beli bekalan makanan ringan/air mineral semasa di pekan Sri Manjung sebab Swiss Garden sangat jauh dengan kemudahan awam.
Ok, Sebenarnya kami sampai di Swiss Garden dalam pukul 5 lebih. Sampai je kat bilik benda yang pertama kami buat macam kat Part 1 (ambik gambar bilik) hehehe..
Lepas tu terus saya ambik charger phone dan terus charge phone saya yang dah dari awal-awal perjalanan KO baterinya.. :). Tahu tak apa jadi lepas saya On Phone saya?
My Boss telifon dari office. Dia bagi tahu hampir semua server kat office Down. Hahaha.. Adoiyai Boss… Kesian betul la Boss aku seorang ni. Dah la tak join kami bercuti, Terpaksa pulak mengadap lebih kurang 50 server yang tengah meragam kat office. hehehe..
Apa boleh buat boss.. tu nama dia Malang tak berbau.. hihi..
Lepas je berkomunikasi dengan boss kat phone, dengan segera saya buka Laptop & on Hotspot kat phone. Nasib baik dua benda ini berfungsi dengan baik. So saya boleh la buat apa yang patut dari Swiss Garden. Sambil tolong boss dari jarak jauh ni sempat jugak la mandi & solat.
Mula-mula ingat problem ni boleh setel sekejap je. Rupanya sampai pukul 8 malam tak ok lagi. Terpaksa bawak laptop ke Majlis Makan Malam.. 🙂
Boss siap cakap “Takpe.. Pergi la dinner dulu. Nanti pukul 11 sambung balik”. Tapi saya tetap bawak gak laptop ke majlis dinner. Sekurang-kurangnya boleh la buat sesuatu sambil makan.. 🙂
Ok.. Jom layan gambar-gambar kami masa dinner malam pertama di Swiss Garden.
Walaupun majlis dah start kami tetap berselfie.. hehehe..
Yang jadi host untuk majlis malam ni sebenarnya adalah pengacara terkenal iaitu Zainal Alam Kadir. Memang best la dia mengacarakan program malam ni. Walaupun banyak masalah teknikal pada malam ni, tapi pandai je Alam ni cover. Memang thorbaik dari ladang..
Tapi selepas berselfie yang gambar atas ni. Habis nama ku asik di sebut je oleh si Alam tu.. hahaha… Siap kene interview beberapa kali.. Kene nyanyi pun ado.. hahaha.. Walaupun tengah mengadap laptop, tapi ku layankan aja.. 🙂 Tapi Alam memang SUPERB Best..
Sebenarnya masa ni nak on go pro. Bajet nak berselfie dengan Alam. Tapi tak sempat.. huhu.. Nasib baik la ada orang tolong amik gambar guna phone. 🙂
Ni lah rupanya buat kerja sambil dinner. Phone kat sebelah tu untuk whatsapp dengan boss dan guna hotspot. Memang sangat-sangat bernasib baik kedua-dua gajet (phone & Laptop) ni berfungsi dengan cemerlang. Sebab masa briefing dari agent 3-4 hari sebelum ke Swiss Garden, agent tu bagi tahu yang line internet kat kawasan ni memang bermasaalah. Siap pesan kalau nak update Facebook suruh update sebelum sampai di swiss garden. hehehe.. Tapi line internet saya SANGAT Ok masa ni. Mungkin digi cover kawasan ni kot, sebab saya guna line digi.
Alam ni macam tahu-tahu je elektrik nak problem. Siap standby Loud Hailer… Yang best bila program tergendala sebab elektrik takda aku jadi mangsanya.. hehehe..
Yang dua orang tu tepuk tangan.. Yang aku tengah pening “apa nak buat ni”.. 🙂
.
Apa pun Alam memang best la.. Takde hal la walaupun aku di buli.. hehe
Selepas beberapa kali di buli sambil meneruskan kerja akhirnya masalah “Server Down” kat office pun berjaya di atasi. Huhh… Lega Beb.. Rasanya satu department lega kot. Mana taknya, hampir semua Server kat office kong.
Inilah dia gaya orang rasa puas hari berjaya selesaikan masalah Server Down. “Two Thumbs Up”. Masa ni majlis dah hampir ke pengujung. Nasib baik la makanan ada lagi. Sebab lepas selesai masalah ni baru la berselera nak makan. 🙂
Dalam setengah jam lepas tu majlis makan malam pun selesai..
Kejap.. Kejap…
Aktiviti saya belum habis lagi malam ni.. Jom layan sikit lagi. 🙂
Selepas dinner kami team #OREN lepak kat bilik gerakan untuk buat persiapan untuk hari esoknya.
Tiba-tiba ada orang ketuk pintu bilik gerakan kami. Rupanya pihak hotel nak hantar makanan walaupun kami tak mintak pun makanan tu. Alamak… Kan baru je lepas makan. Dia hantar pulak makanan.. Tapi orang tua-tua cakap rezeki jangan di tolak.. 🙂
Lepas makanan sampai, takde tunggu lama terus ngap je mana boleh sambil-sambil buat latihan. Tapi… Tapi… Tapi… Tak berapa lama lepas tu orang hotel masuk balik. Rupanya dia salah bilik dan terpaksa dia ambik balik makanan tu. hehehehe..
Lepas beberapa kalai buat latihan, dalam pukul 1 malam kami bersurai… Fuh…. Hari yang sangat banyak aktiviti. Nasib baik lepas mengamalkann vitamin shaklee ni memang susah nak rasa letih dan sakit-sakit badan. Kalau sebelum makan shaklee dulu rasanya dah tombang lama dah.. 🙂
Ok.. Tu saja untuk kali ni.. Nantikan cerita selanjutnya di episod ke 3.. Tunggu..
Terima kasih kerana belanja saya click butang like di bawah.
[spider_facebook id=”3″]
Hi… Saya adalah penulis entri di atas.
Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.
Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.
Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.