By February 6, 2017 Read More →

Keperluan Barang-barang Ibu Berpantang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ni nadia nak berkongsi apa yang nadia sediakan sebelum bersalin dan berpantang. Nadia akan berpantang di rumah parents nadia kat Desa Coalfiled, Sungai Buloh. Walaupun ma tak bekerja dan boleh menjaga nadia dan baby tapi nadia ambil initiatif tak mahu menyusahakan ma. Jadi, nadia ambil pembantu cum bidan untuk menjaga nadia dan baby. Ma cuma monitor je.

Ye la ma bukan muda lagi kan nak buat semua. Bagusnya pembantu nadia ni, nama dia Kak Yuti. Kak Yuti akan buat semua A to Z untuk nadia dan baby. Kak Yuti akan basuh baju nadia dan baby, mandikan nadia dan baby, jaga baby siang dan malam, masak dan sediakan makanan untuk nadia, kemas rumah, mengurut dan bertungku. Kenapa perlu Kak Yuti jaga baby 24 hours, sebab ibu berpantang ni perlu banyak rehat. Nadia cuma meyusukan baby je lain-lain semua Kak Yuti buat.

Baju-baju dan lain-lain masuk satu bag.

Produk Berpantang Shaklee. Yang ni opkos tak tinggalkan. Subur dengan Shaklee, hamil dengan Shaklee maka berpantang dengan Shaklee juga la yea. Nanti nadia akan share kelebihan setiap produk untuk ibu berpantang.

Pam susu pun wajib ada. Niat dan mind set untuk meyusukan baby lepas lahir sehingga 2 tahun minimum sejak awal lagi.


Sabun, pewangi, dan shampoo Shaklee. Kenapa Shaklee? Sebab semuanya natural product. Tak perlu beli sabun basuh baju kat kedai baby dah. Product ni lebih di yakini untuk basuh baju baby.

Set asa pengurusan uri. Kita bagi je kotak ni kat hubby dan pakcik bakal tanam uri baby. Tak perlu dah diaorang nak cari satu-satu barang. Semua dah lengkap, tinggal cuci uri dan tanam aje.

Ibu berpanjang wajib la pakai stokin yea. Beli yang comel-comel aje…hehe

Lagi satu nursing bra dan panties khas untuk ibu berpantang. Tak perlu tunjuk gambar la yea. Ai segan la..:-)

Sekian perkongsian nadia untuk penyediaan barang-barang keperluan ibu berpantang. Nadia suka sediakan semua awal-awal, tak mo last minit nanti kelam kabut nak cari barang. Dah la hujung-hujung prenancy perut makin besar kan.

Klik Share Ya!!!

Comments are closed.