Jangan Ambil Kalsium Tanpa Magnesium
Pada 14 April 2011, British Medical Journal telah melaporkan sebuah analisa berskala besar berdasarkan keputusan lima kajian klinikal yang dijalankan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan New Zealand.
Kesimpulan analisa yang melibatkan lebih dari 8,000 orang itu menunjukkan suplemen kalsium meningkatkan risiko beberapa jenis masalah kardiovaskular terutama serangan jantung.
Dr Carolyn Dean, MD, ND, pakar magnesium dan juga pengarah perubatan di Nutritional Magnesium Association (http://www.nutritionalmagnesium.org) berkata, kira-kira 30 hingga 40 tahun dahulu, doktor mula mempreskripsikan kalsium secara rutin kepada ramai golongan lelaki dan kebanyakan wanita berusia melebihi 40 bagi mengurangkan kesan osteoporosis berpunca dari proses penuaan.
Ilmu perubatan konvensional memberitahu, punca pereputan tulang ialah kekurangan kalsium. Namun sebuah kajian berjudul ‘Calcium, vitamin D, milk consumption, and hip fractures: a prospective study among postmenopausal women.’ yang diterbitkan dalam
American Journal of Clininal Nutrition (2003) menunjukkan sebaliknya.
“Selepas 40 tahun didapati pengambilan kalsium semata-mata tidak memberhentikan pereputan tulang atau memperlahankannya. Ia tidak berupaya mencegah osteoporosis.”
Amat pentingSesungguhnya magnesium merupakan unsur amat penting untuk kesihatan tubuh. Setiap organ dalam tubuh manusia terutama jantung, otot dan buah pinggang memerlukan mineral magnesium.
Ramai tidak tahu ia adalah mineral penting dalam pengawalan tekanan darah dalam arteri dan merehatkan otot. Paras magnesium dalam sel adalah lebih tinggi berbanding di luar sel ketika tekanan darah normal dan otot dalam keadaan rehat. Pada masa sama paras kalsium lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel.Apabila kalsium masuk ke dalam sel dan magnesium keluar dari sel maka tekanan darah arteri berkurangan dan otot berada dalam keadaan rehat. Pada keadaan ini paras magnesium di luar sel adalah lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel. Paras kalsium di dalam sel pula lebih tinggi di dalam sel berbanding di luar sel.Ubatan penghalang beta (beta-blocker) dan penghalang laluan kalsium (calcium channel blocker) biasa di preskripsi oleh doktor kepada mereka yang menghidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Mengambil suplemen magnesium (dalam bentuk sebatian tertentu) dikatakan menyebabkan kalsium keluar dari sel beta pankreas. Apabila paras magnesium mendominasi sel beta pankreas maka hiperinuslinemia dan hiperglisemia (paras glukos tinggi) berupaya diredakan.
Pada masa sama, reseptor insulin pada membran sel akan berfungsi secara normal dan menerima semula hormon insulin untuk berlabuh.
Ketidakpekaan reseptor insulin berpunca daripada hiperinsulinemia menyebabkan pengangkut glukos dikenali sebagai GLUT4 tidak dibina pada paras sepatunya. Sebaliknya jika reseptor insulin berfungsi sempurna, maka GLUT4 dibina oleh sel pada paras sepatutnya dan akan berada pada membran sel. GLUT4 berfungsi dengan menyambut glukos untuk dibawa ke mitokondria (kilang penjanaan tenaga dalam sel).
Jika orang ramai tahu mengenai peranan dan kegunaan magnesium dalam tubuh, penulis percaya berita mengenai kejadian kesan sampingan negatif seperti penyakit buah pinggang, hepatitis, hati kecut dan serangan jantung berpunca dari pengambilan ubat-ubatan moden untuk merawat penyakit jantung koronari dan diabetes jenis 2 akan berkurangan.
Setakat ini projek pangkalan data GreenMedInfo.com menyenaraikan lebih dari seratus kebaikan magnesium. Ia termasuk kebaikan terapeutik untuk fibromyalgia, denyutan jantung tidak sekata, diabetes jenis 2 dan sindrom premenstruasi.
Terdapat pelbagai faktor yang mengurangkan paras magnesium dalam tubuh seperti antara lain makan berlebihan, tubuh bertoksin, makan ubat-ubatan moden secara berpanjangan, stres emosi kronik, mengambil makanan terproses, mengambil makanan tinggi gula, menghisap rokok, minum arak, mengalami diabetes dan penyakit kronik.
Untuk pengetahuan pembaca, produk sumber kalsium shaklee Ostematrix membekalkan:
- 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
- 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
- 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.
***Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.
Hi… Saya adalah penulis entri di atas.
Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.
Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.
Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.