Jalan-Jalan ke Melaka Bersama My Sisters
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Cerita kisah kami 3 beradik jalan-jalan ke Melaka. Semua perempuan. Ma dan abah pergi melancong ke Mesir. Firstly terima kasih kerana izin saya pergi cuti-cuti single. Love you..muaaahh..
Hari Pertama
Saya bertolak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi. Saya pergi jemput Kak Sha kat rumahnya di Taman Samudera. Kemudian kami pergi ke Serdang untuk ambil Nawa pulak. Sampai di Kolej Nawa lebih kurang pukul 12.00 tengah hari.
Alhamdulillah, perjalanan lancar dari Serdang ke bandar Hotel Ramada. Kami sampai lebih kurang pukul 4.00 petang. Kami beli makanan-makanan ringan dulu untuk alas perut.
Check in dulu. Saya dah book agoda. Rate nya lebih kurang RM 250++. Rate diskaun sebab Kak Sha pekerja kerajaan. Kena tunjuk pay slip untuk sah kan Kak Sha pekerja kerajaan
Ni la bilik kami
Ambil gambar dalam hotel dulu. Lepas rehat dan solat kami keluar jalan-jalan
CIMB bangunan yang unique
Kami jalan kaki menuju ke bandar Hilir
Naik beca untuk ke tempat makan. Saja nak rasa naik beca lampu warna warni
Makan asam pedas yang di bawa oleh abang beca
Dalam perjalanan ke River Cruise. Jauh jugak nak menapak..huhu
Sekitar Jonkers Street
Kami semangat nak naik River Cruise
Tapi beratur panjang sangat. Terus tak jadi naik
Kaunter tiket
Kami jalan-jalan sekitar situ je la. Tengok orang buat live band
Nak beli apa tu sis
Beli couple cincin. Bawa balik souvenir untuk Mr Hubby
Tengok je la River Cruise
Lepas penat jalan-jalan kami nak balik hotel tapi tak larat jalan kaki. Nak naik teksi takut tambang mahal sebab jalan jem yang amat. Kami pergi la tanya abang-abang beca, semua tak nak hantar sebab jem. Akhirnya ada satu abang tu sanggup hantar kami. Lega. Masa on the way, borak-borak dengan abang tu, beliau cakap dia akan terima semua pelanggan. Syukur, semoga abang ni di murahkan rezki
Dah sampai hotel. Sampai je bilik terus mandi, solat dan baring-baring sambil chit chat. Banyak la benda nak borak, ye la bukan selalu kami berjumpa single-single macam ni
Hari Kedua
Breakfast time. Kami dapat voucher buffet breakfast percuma untuk 2 orang. Kami beli 1 lagi voucher sebab kami bertiga kan
Melawat swimming pool
Lepas breakfast kami jalan-jalan tengok kemudahan-kemudahan hotel kemudian kami balik ke bilik dan rehat dan chit chat lagi. Dalam pukul 12.00 tengah hari baru check out. Si bongsu Nawa nak belanja kami berdua The Manhattan FISH MARKET. Kami singgal Mall di Serdang.
Sedap giler makanan-makanan kat sini. Lepas makan hantar si bongsu dan kami terus balik ke rumah.
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).