Gembira kan Hati Bonda dan Ayahanda dengan Bercuti
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kali ni saya bercerita 3 hari 2 malam percutian saya bersama bonda dan ayahanda tersayang. Tak lupa juga adik bongsu yang sedang cuti semester sekarang.
Hari ni saya ada Kelas Shaklee bersama master-master upline saya. Sesudah kelas saya terus balik kerana malam ni jugak saya akan bertolak ke Ilham, Port Dickson. Tempat favorite ma dan abah bila nak berehat santai-santai.
Hari Pertama
Kami bertolak lebih kurang pukul 8.15 malam dari Gombak, rumah saya. Ma dah bawa bekal siap-siap untuk kami dinner. Jadi, tak perlu la kami singgah makan. Kami terus ke destinasi ke Ilham, Port Dickson. Alhamdulillah kami selamat sampai lebih kurang pukul 10.30 malam.
Malam tu tidak ada apa-apa aktiviti sebab masing-masing dah penat. Tapi saya dan ma mula-mula mengantuk tapi bila berborak sudahnya tidur pukul 3 pagi…hehe..Mak dengan anak berborak harus la lama kan. Macam-macam nak di ceritakan.
Hari Kedua
Pagi ni kami tak keluar ke mana-mana untuk breakfast. Makanan pagi ma dan bawa bekal..hehe..Ni la ibu-ibu kan, ke mana-mana bawa bekal. Kami hanya berehat-rehat di apartment sambil tengok TV. Baring-baring dan borak-borak. Kata nak berehat kan. Memang rehat sungguh-sungguh la, pool pun tak terjun…hehe…malas pulak sebab tak ada gang. Kalau ada anak buah rajin jugak la nak melayan kan.
Harini kami keluar lepas zohor untuk makan lunch. Bekal dah tak ada ..hehe…Jom kita makan kat luar la.
Teringin nak makan asam pedas. Kedai ni dekat depan Teluk Kemang
Lauk lain pun ado. Semua sedap-sedap belaka. Tengah lapar kot..hehe
Minum ayaq kelapa
Lepas makan kami jalan-jalan pastu singgah KFC. Beli makanan untuk dinner. Tak mo keluar malam dah jadi beli la siap-siap. KFC lebih kurang 10 minit dari Teluk Kemang
Kemain selfie..hehe
Singgah beli jajan pulok. Nak ngunyah-nguyah sambil rilex-rilex tengok tv dan borak-borak
Kami singgah Baden Baden Bundle. Saje je jalan-jalan sambil cuci mata
Hari Ketiga
Pagi-pagi dah keluar cari breakfast kat sini. Tempat breakfast setiap kali ke Port Dickson
Sekitar Ilham Resort. Port Dickson
Begambar dulu sebelum balik
Kami singgah makan Cendol dulu. Lokasi ni dari Ilham Resort, lalu Teluk Kemang kemdian terus dah nak dekat ke Highway ke Kuala Lumpur. Cendol ni memang glamour. Tak silap dia dah banyak cawangan. Nak la rasa sebab selalu dengar review cakap sedap kan
Ada menu lain jugak. Ni mee goreng original Penang mari
Ni gerai cendol. Macam-macam perisa ada
Ayam Penyet, roti bakar dan bakso
Keropok lekor crispy
Keropok lekor
Cendol memang terbaik. Sedap woo. Uoalls patut rasa
Wefie sebelum makan
Singgah solat kat Kolej Zufar (adik) dulu
Tempat tinggal Zufar
Tempat belajar Zufar
Sebelum balik singgah Shopping Shaklee dulu
Singgah makan lunch kat sini “Gobang Maju Patin Tempoyak” . Ikan patin tempoyak sedap sini. Kat Sri Rmapai berhampiran Shaklee Branch Kuala Lumpur.
Lepas tu kami balik. Alhamdulillah rasa puas dan gembira dapat gembirakan kedua ibu bapa kita. Walapun tempat tak gah mana tapi yang penting luangkan masa bersama-sama tu sangat penting.
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).