By June 18, 2017 Read More →

Check Up Baby di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ni nadia nak berkongsi check up baby Umar Danial. Sebelum ni check up nadia masa hamil. Jadi pengalaman check up baby lain pulak. Banyak juga la step-step dia.

Macam biasa nadia datang klinik di awal pagi untuk mengelakkan menunggu lama. Datang awal boleh dapat nombor awal. Kali ni lain sikit la sebab bawa baby kan. Dulu baby dalam perut..hehehe

Pertama kali datang nadia perlu register dan dapatkan tarikh appoinment. Lepas dapat tarikh appoinment baru datang next untuk check up. Masa check up sebulan nadia check kat Klinik Kesihatan Ijok sebab berpantang kat rumah ma kat Desa Coalfield, Sungai Buloh. Bagusnya Klinik Kesihatan ni, kita boleh check up klinik berdekatan dengan tempat kita berpantang.

Macam nadia haritu. Bersalin kat Hospital Putrajaya, Lepas balik hospital Putrajaya, kita perlu report kat Klinik Kesihatan berdekatan untuk inform kita berpantang di mana. Bawa buku merah dan surat dari hospital. Klinik Kesihatan itu akan hantar nurse untuk datang melawat Ibu dan baby kat rumah.

Nurse akan datang melawat setiap hari selepas bersalin sehingga hari kesepuluh. Lepas tu hari ke 15 dan kemudian hari ke 20. Hari ke 30 kita perlu ke klinik bersama baby untuk check up Ibu dan baby serta cucuk baby. Hari ke 60 bersamaan baby umur 2 bulan hanya perlu check up dan cucuk baby.

Check up baby di Klinik Kesihatan sehingga umur 6 tahun. Dia akan check perkembangan baby mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan. Umur 1 hingga 6 bulan, check dan cucuk setiap bulan. Lepas tu 3 bulan sekali check dan cucuk sehingga 18 bulan. Lepas 18 bulan akan check up perkembangan sahaja sehingga umur 6 tahun.

 

Kaunter letak buku dan register

Nombor giliran

Buku Baby

Mula-mula letakkan buku baby dalam bakul atas kaunter. Lepas letak bubu baby tu biasanya nadia dan hubby pergi breakfast kedai makan belakang klinik sementara tunggu nurse panggil bagi nombor giliran. Klinik buka pukul 7 pagi tapi mula beroperasi pukul 8 pagi. Jadi, mula pukul 7 pagi tu dah boleh letak buku baby nanti pukul 8 dia mula panggil dan bagi nombor giliran.

Bilik jumpa nurse

Lepas dapat nombor giliran, tunggu nombor di panggil untuk check berat, tinggi, lilit kepala dan nurse akan interview perkembangan baby.

Ukur ketinggian

Timbang berat baby

Nadia tak ambil gambar ukur lilit kepala dan masa Umar kena cucuk. Alhamdulillah masa cucuk nangis kejap je masa cucuk lepas tu senyap balik. Lepas check up semua Alhamdulillah semuanya ok. Semua ikut perkembangan yang sepatutnya. Berat pun dah capai berat normal.

Dalam pukul 8.30 pagi sudah selesai check up Umar. Sape kata Klinik kerajaan lambat habis dan lama tunggu. Kejap je dah setel. Dah la semua free, check up pun detail. Tak perlu nak risau mana yang tak cukup sebab semau ikut procedure Kementerian Kesihatan.

Klik Share Ya!!!

Comments are closed.