By November 30, 2016 Read More →

Resepi Spaghetti Carbonara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya kongsikan cara-cara buat Spaghetti Carbonara. Mr Hubby suka sangat western food. Jadi, saya nak belajar buat. Adik ipar dan kawan saya bagi resepi ni. Resepi ini adalah untuk 2 orang makan.

spaghetti-carbonara-1

Bahan-bahan:

  1. Bawang putih 3 ulas
  2. Sedikit garam
  3. Sedikit Meggi cukup rasa
  4. Sedikit Stok ayam knorr
  5. Lada hitam
  6. Oregano
  7. Parsley
  8. Mixed Herbs
  9. Air kosong
  10. Udang segar (Boleh ganti dengan ayam potong halus, smoke chicken atau beef, sosej dan lain-lain seafood yang suka)
  11. Olive oil
  12. Margerin
  13. Cooking cream / milk 2 cawan (Ikut citarasa, kalau nak kuah banyak masukkan lebih)
  14. Spaghetti Fettuccine (Boleh tukar kepada lain-lain jenis pastu juga)

Cara-cara menyediakan:

Pasta

  1. Masukkan air, sedikit olive oil dan sedikit garam
  2. Biarkan air sehingga mendidih
  3. Masukkan pasta
  4. Biarkan sehingga masak atau hilang kenyal

Kuah

  1. Masukkan sedikit olive oil dan goreng udang sehingga garing
  2. Angkat udang
  3. Cuci balik periuk tadi dan masukkan marjerin serta masukkan bawang putih yang telah di cincang
  4. Setelah bawang putih dah naik bau masukkan sedikit air kosong
  5. Masukkan cooking cream / milk
  6. Masukkan seasoning iaitu stok ayam knorr, meggi cukup rasa, garam, lada hitam, oregano, parsley dan mixed herbs
  7. Biarkan sehingga mendidih sambil mengacau. Kalau guna cooking cream ni kena rajin kacau sebab nak elakkan berketul
  8. Masukkan pastu yang telah di rebus tadi dalam 2-3 minit
  9. Masukkan dalam pinggan yang cantik

spaghetti-carbonara-2

Taraa..siap untuk di makan

Selamat Mencuba!!

mm
Bekas pelajar UIA dan Masih berkerja sepenuh masa sebagai accountant.

Part Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).

1234 Jumlah Pelawat 3 Pelawat Hari Ini
Posted in: Umum & Pelbagai

Comments are closed.