By December 2, 2016 Read More →

Resepi Makroni Bakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya kongsikan cara-cara buat Makroni Bakar. Adik saya bagi resepi ni.

makroni-bakar-7

Bahan-bahan:

  1. Bawang putih 8 ulas
  2. Bawang merah setengah ulas
  3. Sedikit garam
  4. Lada hitam
  5. Oregano
  6. Daging / ayam hancur Ramly 1 paket
  7. Telur 4 biji
  8. Olive oil
  9. Cheese 12 keping
  10. Daun bawang
  11. Spaghetti saiz besar

Cara-cara menyediakan:

Pasta

  1. Masukkan air, sedikit olive oil dan sedikit garam
  2. Biarkan air sehingga mendidih
  3. Masukkan pasta
  4. Biarkan sehingga masak atau hilang kenyal

Isi yang di masak

  1. Masukkan sedikit olive oil dan masukkan bawang putih dan bawang besar
  2. Setelah bawang putih dah naik bau masukkan daging hancur
  3. Masukkan daun bawang, sedikit garam dan lada hitam
  4. Masukkan makroni yang telah di rebus
  5. Masukkan telur
  6. Gaul sehingga masak
  7. Masukkan ke dalam bekas untuk di bakar
  8. Masukkan cheese
  9. Bakar dengan 180 darjah celcius selama 20 minit

makroni-bakar-2

Selepas masak, masukkan ke dalam bekas

makroni-bakar-6

Letakkan cheese paling atas dan kalau suka cheese boleh letak dalam sekali. Lagi banyak cheese lagi sedap

makroni-bakar-5

Taraa..siap untuk di makan

Selamat Mencuba!!

mm
Bekas pelajar UIA dan Masih berkerja sepenuh masa sebagai accountant. Part Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).
Posted in: Umum & Pelbagai

Comments are closed.