By January 26, 2015 0 Comments Read More →

Gagal Mencapai Impian? Jom Cari Puncanya…

Assalamualaikum Salam Sejahtera..

Entri kali ini saya nak berkongsi kepada anda PUNCA Kita Tak Dapat Apa Yang Kita Impikan!!!

Okay.. Ceritanya macam ni..

Beberapa hari lepas saya ada menghadiri satu seminar. Sebenarnya seminar ni berkenaan pemasaran online. Tapi dalam proses pembelajaran tu Penceramah ada sebut sepotong ayat yang terus masuk ke kapala otak saya ni. 

So, di sebabkan saya rasa ayat tu sangat best, saya pun terpanggil untuk berkongsi kepada semua.

Ayat yang beliau sebut lebih kurang macam ni…

“Adakah kita layak terima apa yang KITA IMPIKAN dengan USAHA/TINDAKAN yang dah kita buat?”

kunci-impian-2

Pada pendapat saya, Maksudnya macam ni..

Kalau kita belum dapat capai cita-cita atau impian atau target kita. Kita kena muhasabah diri.. Tanya pada diri sendiri.. Cukup tak usaha aku? Cukup tak sedekah atau amalan ibadah aku? Cukup bersedia ke aku menerima impian ku? Layak ke aku untuk ni.. Layak ke aku untuk tu.. layak ke aku???????????

Okay.. Saya bagi contoh yang lebih dekat dengan kita.

Contoh 1.

Katalah Ahmad bercita-cita nak memiliki rumah macam rumah Bahar, iaitu rumah Semi D berharga 2.5 Juta. Tapi usaha Ahmad tak sampai pun 30% kalau nak compare dengan usaha Bahar. Walaupun Bahar dah berikan semua tips dan ilmunya kepada Ahmad tapi cuma 30% je yang Ahmad buat.

Agak-agak la kan…. boleh ke Ahmad dapat capai impiannya untuk memliki rumah Semi D 2.5 Juta tu? Dia layak tak untuk memiliki rumah tu? Saya yakin, Ahmad belum layak…. Betul ke betul?

Contoh 2.

Ahmad teringin nak naik pangkat daripada kerani kepada pegawai. Tapi.. Ahmad ni selalu buat salah dalam kerjanya, dia buat rutin kerja hariannya tapi dia tak faham apa yang dia buat, kerap MC/EL dan macam-macam lagi.

So, macam mana Allah nak beri rezeki pangkat pegawai tu kat Ahmad? Sebab Ahmad sendiri belum bersedia. Banyak benda yang dia belum faham, disiplin Ahmad pun tak menunjukkan yang dia belum berhak untuk di naikkan pangkat. 

Cer bayang kalau dia di naikkan pangkat, apa jadi agak-agak? Boleh ke dia handle staff bawahan dia sedangkan kerja/diri dia sendiri tak ter-Urus. Apa yang dia nak ajar kepada staff dia sedangkan kerja dia sendiri pun dia tak faham apa yang dia buat?

Allah tahu Ahmad belum layak/bersedia untuk menggalas pangkat pegawai yang Ahmad impikan. Sebab tu Ahmad masih berada di takuk lama. 

========================

Kesimpulan dia macam ni.. 

raih-impian

Apa pun impian yang kita belum dapat/capai. kita kena muhasabah diri. Kita kena cari kelemahan diri.. Dah jumpa kelemahan diri, kita upgrade la kelemahan kita tu. InsyaAllah.. Apa yang kita nak, Allah akan beri bila kita dah bersedia/layak.

Kelemahan tu bukan dari segi ilmu dunia je.. tapi juga dari segi ibadah kita.. 

Mungkin sebelum ni kita selalu melewat-lewatkan solat. ( lepas tu nak rezeki dtg cepat2? memang tak la… ) hehehehe

Mungkin kita sebelum ni tak pernah solat dhuha, lepas ni kita usaha la untuk amalkan solat dhuha. Atau sebelum ni kita solat dhuha 2 rakaat je.. So lepas ni tambah la jadi 4 ke 6 ke 8 ke……

Belajar untuk bangun awal untuk solat tahajud… 

Sedekah.. Kalau yang lelaki, biasanya hari jumaat masuk tabung masjid RM10.. Cuba upgrade RM100 ke.. 🙂 Kalau yang pompuan pun boleh je tiap kali pergi surau/masjid kan ada tabung.. Just Upgrade je la dari kebiasaan kita tu.. kalau sebelum RM1, mulai esok letak RM5…..

========================

Okay.. Tu je perkongsian saya pada hari ni.. semoga bermanfaat…  

Kongsikan kepada rakan-rakan

[wpsr_facebook][wpsr_plusone]

mm
Hi… Saya adalah penulis entri di atas.

Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.

Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.

4524 Jumlah Pelawat 3 Pelawat Hari Ini

Artikel Best

Koleksi Kertas Soalan Percubaan UPSR 2014 Seluruh ... Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Diharapkan semua pembaca blog nadiamusa.net ini sentiasa berada di dalam keadaan sihat sentiasa. Sepertimana t...
Turunkan Kolesterol Anda Dengan Berkesan Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Entri kali ini saya nak berkongsi dengan anda berkenaan tentang KOLESTEROL. Mengikut statistik, lebih 6 Juta ra...
4 Tip Mudah Minum 2 Leter Air Sehari Di Bulan Rama... Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Beberapa hari lepas, ada sedikit perbualan dengan member-member office. Kira sembang-sembang kosong je la. ...
8 Kelebihan Memiliki BLOG? Assalamualaikum... Hari ini saya nak kongsikan sedikit dengan anda mengenai kelebihan memiliki Blog. Saya yakin ramai yang dah tahu dan saya juga y...
7 Kebaikan Brokoli Untuk Kesihatan Kita Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Syukur alhamdulillah.. saya masih lagi diberikan kesempatan untuk berkongsi dengan anda sedikit informasi. ...
Apa Hukum Jual Barang Tiruan? Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Syukur alhamdulillah kerana masih berkesempatan untuk berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat. Hari ini say...
3 Formula Kekal SIHAT dan CERGAS Di Bulan Ramadhan Salam Ramadhan Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Syukur Alhamdulillah hari ni hari pertama masuk bulan Ramadhan. Bersempena dengan bulan Ramadh...
Posted in: Umum & Pelbagai

Post a Comment