By April 20, 2017 Read More →

Pengalaman Hamil di Triminister Ketiga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lepas fasa loya-loya dan muntah-muntah hamil di triminister pertama, honeymoon, jalan-jalan dan makan-makan hamil di triminister kedua. Kini Alhadulillah dah masuk fasa membawa perut berat di fasa hamil di triminister ketiga.

Jom baca kisah nadia hamil di triminister ketiga pula. Bila dah masuk triminister ketiga ni paling best sebab dah boleh start beli barang baby. Part ni palling seronok kot. Pastu dah mula rasa tak sabar nak jumpa si comel dalam perut ni.

Shopping barang-barang baby kat Manjaku, Sri Gombak

Mr Hubby tengah membayar. Tak banyak pun habis dalam RM300 total

Shopping juga kat One Baby World. Sini shopping nursing bra dan set pengurusan uri

Banyak juga barang-barang kat One Baby World

Ready untuk Photoshoot untuk Pregnancy. Make up by MUA Maisya. Nanti nadia kongsi gambar-gambar photoshoot

Nora teman pergi shopping barang-barang keperlu baby kat IKEA Cheras

Salah satu supplemen WAJIB masa hamil. Alhamdulillah tak pernah kena krem kaki. Sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan pun kurang

Admit Hospital Putrajaya (HPJ) Sebab Early Contraction

Tiba-tiba perut rasa sakit semacam. Masa kejadian tu kat ofis. Masa tu dah petang dalam pukul 5 lebih. Rasa sakit ni macam luar biasa. Nadia tanya my doctor, Dr. Hazim, Dr. Hazim suruh datang Hospital Putrajaya segera. Nadia terus telefon Mr Hubby suruh datang ambil nadia dan bawa ke Hospital Putrajaya terus dari ofis. Dalam pukul 6 Mr Hubby sampai dan terus ke Hospital Putrajaya.

Nadia dah berdebar-debar, nak beranak ke aku ni. Seram sejuk dah weii. Masa on the way ke hospital tu duk rasa kejap-kejap sakit perut. Nadia tak tahu macam mana rasa sakit nak beranak. Duk confius, ni sakit biasa atau sakit nak beranak. Biar Dr. Hazim check apakah simptom ni sebenarnya.

Sampai je Hospital Putrajaya terus ke Dewan Bersalin, Dr. Hazim tengah busy dengan orang nak bersalin. Jadi nadia buat procedure dengan nurse dulu. Mula-mula kena register bagi buku merah, lepas tu tunggu nama di panggil untuk tukar kain dan check air kencing, CTG, blood pressure. Alhamdulillah semua ok, cuma daripada CTG tu ada cotraction.

Haa sudah aku nak beranak ke. Sakit on off masih rasa. Duk doa jangan la bersalin sekarang sebab kandungan baru 28 weeks. Baru je masuk 7 bulan. Kandungan belum matang lagi. Lepas Dr. Hazim setel dengan orang beranak kat labour room, Dr. Hazim datang check nadia dan decide untuk cucuk dexa. Dexa ni adalah cucuk untuk paru-paru baby matang, in case kalau beranak, InshaAllah baby dah matang. Sakit wooo kena cucuk dexa.

Lepas semua check setel, Mr Hubby di arahkan untuk ke kaunter register bayar deposit ward.  Deposit ward kena charge RM800. Kalau kurang nanti dapat refund, kalau lebih kena top up. Malam ni nadia duduk ward yang baru rasmi malam ni. Nadia adalah patient kedua yang duduk ward baru ni.

Kebetulan malam ni Dr, Hazim memang bertugas jadi lega sikit rasa hati in case kalau beranak malam ni kan. Ward dia cantik giler kot. Dah rasa duk hospital private yang mahal. Nanti nadia share gambar-gambar bilik nadia duduk. Ward baru ni memang semua double bed dan ada satu single bed. Banyak benda pink dalam ward ni. I loike..hihi..

Nadia kena duduk sini 5 hari 4 malam. Lama nau rasa duduk hospital. Tapi rest banyak la. Dalam ward kena cucuk dexa lagi. Kena complete kan untuk pastikan paru-paru baby betul-betul matang. Setiap hari nurse akan datang check perut untuk tengok ada contraction ke tak. Check demam dan blood pressure setiap 4 jam kalau tak silap. Alhamdulillah semuanya ok dan tak beranak awal. Dr. Hazim bagi MC selama seminggu dan kena follow up lagi sebelum masuk keje.

Kena pakai gelang pink

Ni katil nadia

Duk tepi tingkap

Toilet – shower

Toilet – sinki dan toilet bowl

Breakfast

Lunch

Tea

Dinner

Supplemen Shaklee memang tak tinggal. Dr. Hazim tak melarang

Ida dan Roy datang melawat

Siap bawak makanan. Sedap woo. Spaghetti Carbonara

Admit Hospital Putrajaya Sebab High Blood Pressure (BP)

Tiba-tiba blood pressure nadia naik. Sejak duk berulang hospital tengok arwah adik. Dan juga mungkin emosi tak stabil. Nadia memang ada alat blood pressure untuk check sendiri kat rumah. Lepas tengok bacaan naik mendadak terus wasap Dr. Hazim. Masa tu bacaan 150/100. Biasanya BP nadia 116/75 camtu. Dr. Hazim suruh segera ke Hospital Putrajaya.

Pagi tu kami segera ke Hospital Putrajaya untuk check. Kali Dr. Hazim suruh datang terus ke Klinik Dr. Hazim sebab kebetulan Dr. Hazim ada kat Klinik harini. Sampai je, macam biasa register dan ambil nombor. Lepas tu check berat dan BP. Memang tinggi BP. Tapi ok sikit dari kat rumah. Kat HPJ bacaan 140/90. Border line. Lepas sampai turn nadia, kena rehat dan check banyak kali. Bacaan still tak memuaskan. Dan symptom berat naik mendadak dan bengkak kaki jugak petanda tak bagus.

Dr. Hazim bagi ubat dan kena makan consistant dan kena check BP 3 kali sehari dan hantar bacaan kt Dr. Hazim thru wasap. Kalau ada symptom kabur mata, pening dan loya kena segera ke HPJ.

Lepas 2 minggu BP nadia high balik walaupun on ubat. Jadi kena pergi HPJ balik. Kali ni ke dewan bersalin terus untuk ikut procedure biasa. Check urine, tekanan darah dan CTG. Kali ni kena admit sebab bacaan tak berap ok dengan on ubat. Kali ni duduk ward lama.

Breakfast agak berselera

Kali ni check CTG dan tekanan darah lebih kerap

Ward penuh jadi kena duduk ward 4 orang sebilik. Still ok. Jumpa ramai kawan. Patient sebilik baby dah keluar kecuali sorang, buat procedure check rahim. Kali ni kena duduk 4 hari 3 malam. Dr. Hazim monitor tekanan darah sehingga stabil baru boleh keluar. Makanya berkampung la nadia kat HPJ lagi. Lepas keluar tu nadia dapat MC selama 2 minggu. Tak sempat masuk ofis nadia admited lagi sebab high BP. Kali ni admit 3 hari 2 malam je. Tapi baru balik sehari kena pergi HPJ lagi. Masa tu BP high beserta kepala sakit sangat-sangat sampai tak boleh tidur. Nanti nadia cerita lebih lanjut pengalaman bersalin di next entry.

mm

Bekas pelajar UIA dan Masih berkerja sepenuh masa sebagai accountant.

Part Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).

Posted in: Kehidupan NadiaMusa

Comments are closed.