Kenali Bisnes MLM Skim Cepat Kaya: “Head-Hunting” & “Front-Loading”
“Bro, aku ada bisnes baru nak cite kat ko ni. Aku baru sebulan join dah dapat banyak Cash RM$$$$” – Sambil tunjuk gambar pegang duit yang sangat banyak
Anda pernah dapat pelawaan macam ni?
Disebebkan kebelakangan ni ada beberapa rakan yang ajak saya join bisnes MLM yang agak mencurigakan. Jadi, Di dalam entri ini saya akan berkongsi dengan anda bagaimana nak mengesan Bisnes “Skim Cepat Kaya (SCK)”
Saya tak tahu kenapa dia orang suka ajak saya join Bisnes MLM yang dia orang join tu. Tapi saya rasa mungkin di sebabkan mereka nampak Bisnes MLM yang kami buat sekarang ini semakin berkembang. So, kalau kami join dia orang, mungkin mereka rasa ada potensi untuk kami dapat membantu mengembangkan Bisnes Mereka kot.. 🙂
Gambar di bawah ni contoh mesej yang saya terima daripada whatsapp. 🙂
Apa yang saya boleh sarankan kepada anda yang dapat invitation apa-apa bisnes seperti ini adalah: anda perlu kaji dulu bagaimana Bisnes MLM yang di jalankan oleh syarikat itu.
Antara yang anda boleh beri perhatian adalah dari segi “HEAD HUNTING” & “Front Loading”
Apa Itu Head Hunting Bisnes (Pemburu Kepala)
Head Hunting adalah bisnes yang pendapatannya sangat-sangat bergantung kepada merekrut ahli baru yang masuk di bawah network kita. Kalau tak ada ahli baru di bawah network kita maka kita tak akan dapat income.
Contohnya.. Untuk mendapatkan RM15000. Kita perlu cari 4 orang yang join di bawah kita dengan pakej XYZ. Dan setiap 4 orang itu pula perlu merekrut 4 orang lain di bawah mereka dengan pakej XYZ juga. Ha.. lebih kurag macam tu la…
Kalau takde kepala (ahli) baru tu maka tak dapat la income seperti yang di janjijan..
Bisnes MLM seperti ini saya pernah join sebelum ini. Sebenarnya masa mula-mula saya suka produknya yang sangat bagus walaupun agak mahal.
Tapi bila saya cuba memahami “Marketing Plan” mereka. Rupanya tiada apa-apa komisyen yang di berikan daripada hasil jualan produk. Komisyen 100% bergantung kepada ahli baru yang join di bawah network kita.
So.. untuk mendapatkan $$$, Saya perlu menjadi PEMBURU KEPALA. Bila saya dapat tahu sistem bisnesnya macam tu, terus saya berenti dan tak guna produk tu lagi. 🙂
Akhirnya dalam beberapa bulan memang Bisnes MLM mereka tu terus jatuh merudum.
p/s: ini sistem piramid nama dia. 🙂
Apa Itu Front Loading: Bisnes MLM
Bisnes MLM Front Loading adalah mereka mensyaratkan untuk join perlu di mulakan dengan belian secara pukal (banyak) sekali gus. Sehinggakan ada juga yang perlu mengeluarkan modal sampai berpuluh ribu, siap ada yang terpaksa membuat pinjaman bank.
Kononnya jika buat belian pukal ini boleh dapat bonus lebih & cepat naik pangkat.
Dah banyak group MLM lain yang buat aktiviti seperti ini yang akhirnya produk tersadai di bawah katil, store rumah & ada yang sewa gudang untuk simpan stok mereka.
Kes macam ni akan membuatkan produk itu terpaksa di lelong oleh mereka dengan harga yang sangat murah sebab nak bayar balik duit loan bank yang mereka pinjam sebab beli secara pukal tadi.
Ini yang membuatkan ramai masyarakat kita fobia bila dengar MLM. Padahal tak semua Bisnes MLM seperti itu.
Terkadang, Bisnes MLM itu betul. Tapi Ejen MLM tu pulak yang membuatkannya seperti “Front-Loading.
Sekarang ni banyak group MLM yang menggalakkan kita buat pinjaman bank untuk memulakan bisnes.
Percayalah.. Sebenarnya untuk memulakan bisnes tak perlu bermodalkan ribuan ringgit. Kita wajib belajar dari bawah. Bermula dengan modal yang kecil dan menggerakkan produk seadanya. Selepas itu barulah kita kembangkan sikit demi sedikit.
Kami dah lalui proses di atas.. dengan hanya bermodalkan RM65 sahaja bisnes kami mula berkembang sedikit demi sedikit. Dan yang paling penting bisnes ini alhamdulillah bertahan lama sebab kami mula dari bawah.
Kesilapan ramai orang adalah.. “Nak Senang Cepat” atau “Nak Kaya Cepat”.
Satu pesanan terakhir saya dalam entri ini adalah…
Sebenarnya, “BUKAN SENANG NAK SENANG“. Tapi kalau nak berjaya dengan mudah, kita perlu berguru dengan orang yang telah terbukti berjaya.
Saya doakan Mudah-mudahan anda semua berjaya dalam bisnes MLM yang anda semua ceburi untuk sukses di Dunia dan di Akhirat, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
Hi… Saya adalah penulis entri di atas.
Anda boleh follow saya dengan klik butang “sosial media” di bawah.
Atau, Saya juga boleh di hubungi melalui nombor telefon 019-6222 642.
Untuk whatsapp Klik butang whatsapp di bawah.
[…] Kenali Bisnes MLM Skim Cepat Kaya: “Head-Hunting” & “Front-Loading” […]