By February 5, 2017 Read More →

Details Scan di Sonoworld Centre

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nadia nak berkongsi tempat detail scan untuk baby nadia. Nadia buat di Sonoworld Centre dia Ukay Perdana. Kawan nadia yang share tempat ni. Kebetulan pulak dekat dengan rumah kan. Jadi decide untuk datang sini. Detail scan ni penting juga, untuk mengesan awal jika baby ada masalah apa-apa. Biasanya tempat check up kita tak buat, jadi nadia pergi tempat bahagian kepakaran yang buat scan yang lebih detail.

Nadia datang buat minggu ke 26. Pakej yang nadia pilih perlu datang antara minggu ke 24 hingga ke minggu 28. Tak boleh terlalu kecil dan tak boleh terlalu besar. Mula-mula nadia call dan buat appoitment. Nadia jumpa dengan Dr Suraya. Ada few doctors tapi nadia dapat jumpa dengan Dr Suraya. Best sangat Dr Suraya, friendly sangat. 🙂

Masa buat scan kali pertama tu baby tak nak tunjuk muka. Dia tutup-tutup muka dia dengan tangan. Baby ni sangat aktif. Doctor dah berkali-kali panggil dan pujuk baby untuk tunjuk muka sebab nak snap gambar kan…main nyorok-nyorok pulak yea..hihihi. Mr Hubby letak hand phone dan pasang azan, baby ada react juga. Tapi masih ada menyorok.

Doctor cakap mommy kena pergi jalan-jalan ke makan ke dulu. Kebetulan kat area situ ada restoren. Kami lepak situ dan makan. Bab makan memang tak tolak kan..hihi..Nadia siap makan ice cream magnum..yummy yummy….Sebab nadia baca kat somewhere, kalau makan ice, ice cream atau benda-benda sejuk baby akan gerak dan aktif.

Lepas dah jalan-jalan dan makan-makan nadia pergi balik jumpa doctor. Alhamdullillah dah scan lagi sekali baby dah tunjuk muka tapi sekejap je. Jadi la kan. Sebenarnya detail scan yang penting adalah da;aman. Keadaan jantung, paru-paru, buah pinggang, tulang, otak dan sebagainya. Nadia rekemen mommies datang sini untuk buat detail scan.

Mula-mula boleh pilih pakej mana yang nak. Nadia pilih pakej RM180 sebab nak complete.

Tempat menunggu yang selesa.

Boleh la lepak-lepak tengok tv sementara menunggu.

Nadia bersama Dr. Suraya. Memang best doctor ni. Sangat friendly.


Bergambar kat depan klinik.

Taraaaa… this is my future baby. Alhamdulillah everything is fine.

Jika berminat dan nak tahu lebih lanjut boleh masuk ke website:

http://mysonoworld.com/

Lokasi dan details.

AddressBG 14 RESIDENSI BISTARIA UKAY BESTARI, HULU KLANG, Jalan Ukay Bistari, Taman Ukay Bistari, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia

Hours

Open today · 10AM–9PM

 

mm

Bekas pelajar UIA dan Masih berkerja sepenuh masa sebagai accountant.

Part Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).

Posted in: Kehidupan NadiaMusa

Comments are closed.