By August 25, 2017 Read More →

De Quervain Syndrome

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nadia nak berkongsi disease yang nadia alami selepas bersalin. Syndrome ni tak semua orang lepas bersalin akan melalui. Nadia ada juga tanya ma pernah tak kena lepas bersalin sakit macam ni. Ma cakap ma beranak 7 tak pernah kena..hehe..Rezki ma la kan.

De Quervain Syndrome adalah keradangan pada pergelangan tangan adalah di sebabkan perubahan hormon semasa hamil/bersalin atau penggunaan sendi berlebihan (kerja berat). Syndrome ni hanya sesetengah orang je jadi.


Sakit tu sampai nak mandikan Umar dan nak menyusu pun sakit. Nadia kena masa Umar umur 2 bulan lebih nak dekat 3 bulan. Mula-mula ingat kan lenguh-lenguh biasa. Bila urut tak hilang makin sakit ada. Dah tak tahan sangat duk cerita kat bff Shiem, rupanya dia pun kena simptom ni.

Shiem dia pergi klinik dan klinik refer ke Hospital Tawakkal. Shiem pergi juma Dato Dr.’ Abdul Muiz Ab Razak, Consultant Orthopaedic & Joint Replacement Surgeon. Kata Shiem lepas pergi tu, sakit tu dah hilang lepas 2,3 hari treatment.

Memandangkan Shiem dah sembuh, nadia pun nak juga buat treatment dengan doktor ni. Nadia dan Mr Hubby pergi dan buat appoinment dulu sebab appoinment dah penuh untuk haritu. Jadi, nadia dan Mr Hubby datang minggu depannya.

Masa datang minggu depan tu, jumpa doktor, Dr Muiz terus bagitau pilihan treatment yang ada.

  1. Makan ubat & fisio – Ambil masa yang panjang untuk sembuh (tak di galakkan sebab menyusu)
  2. Injection – ambil masa dalam tempoh 2,3 hari untuk sembuh dan kebarangkalian untuk sakit kembali tu mengambil masa dalam 5,6 tahun atau terus sembuh bergantung pada pekerjaan seseorang
  3. Operation – InshaAllah ini akan sembuh sepenuhnya tapi perlu penjagaan rapi

Nadia pilih yang nombor 2 sebab itu yang paling sesuai untuk ibu menyusu. Lepas decide Dr. Muiz terus ambil jarum dan ubat untuk injection. Sambil duk Dr. Muiz nak cucuk dia borak-borak sebab nak hilang kan takut. Nadia memang fobis jarum sikit…hehe. Tak sampai 5 minit dah selesai procedure. Lepas cucuk tu terasa sakit tapi boleh tahan lagi. Sakit memang sampi 3 hari. Lepas 3 hari Alhamdulillah dah tak sakit. Dapat mandikan umar dan menyusu tanpa rasa sakit lagi. Syukur, sihat dengan izin Allah.

Sekarang nadia konsisten makan omegaguard Shaklee untuk mencegah dan maintain untuk tidak sakit. Omegaguard Shaklee membantu hilangkan bengkak dan juga sendi-sendi.

Mommies yang lepas bersalin yang ada masalah yang sama boleh cuba buat treatment dan makan omegaguard dalam masa yang sama.

 

mm

Bekas pelajar UIA dan Masih berkerja sepenuh masa sebagai accountant.

Part Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. ๐Ÿ™‚ (Master to Be).

Posted in: Umum & Pelbagai

Comments are closed.