Birthday Celebration cum Honeymoon at Cyberview Resort & Spa, Kuala Lumpur
Penulis : Nadia Najib
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Apa khabar pembaca blog Nadia Musa. Saya doakan anda semua sihat walafiat di samping keluarga tersayang. Semoga anda semua di masukkan ke syurga tanpa di hisab. Aamiin..
Cyberview Resort & Spa
Kali ni saya nk berkongsi tempat yang saya suprised kan Mr Hubby untuk birthday dia kali ni. Sebelum memilih tempat ni saya dan survey banyak tempat lain. Tapi bila tengok review dia macam menarik saya memilih tempat ni. Antara review-review yang buat saya tertarik adalah tempat ni tak rasa macam bercuti di Kuala Lumpur sebab di kelilingi oleh pokok-pokok yang redup dan nyaman.
Antara criteria-criteria yang saya nak untuk bercuti kali ni adalah tempat dekat, tak crowded, ada facility shopping complex, relax, tak ada gangguan dan internet wajib ada..kata bisnes online kan, cuti pun iye jugak, bisnes tetap on.
Jom kita baca cerita selanjutnya:
Hari Pertama
Nak bertolak pagi, packing pun pagi tu jugak. Sesudah subuh, ke terus packing keperluan-keperluan yang perlu di bawa. Cinta Hati ku Shaklee wajib bawa. 🙂
Bersedia untuk bertolak. Kami bertolak dari rumah pada pukul 11.00 pagi. Sebelum kami ke destinasi yang di tuju, kami ke rumah ma dan abah dulu untuk ambil mereka dan hantar ke air port Subang untuk pulang ke Kota Bharu, Kelantan, kampung halaman.
Tapi semasa perjalanan ke Sungai Buloh, ada kejadian malang tak berbau. Terpaksa la kami berhenti dan Mr Hubby keluar kan ‘peluh’ dulu…
Setelah selesai, kami terus kan perjalanan. Alhamdulillah, sempat sampai sebelum waktu check in Flight ma dan abah di Subang. Kami lunch dulu kat Subang Air port Bersama parents tersayang.
Alhamdullillah kami sampai di Cyberview Resort & Spa lebih kurang pukul 2.30 petang. Ngam-ngam masa check in. My first impression, wahhh.ada jugak resort dalam bandaraya KL ni berkonsepkan hutan. Setelah sampai, saya register untuk check. Saya dah book online sebelum datang ke sini. Jadi tak perlu takut takde bilik kosong..hehe..
Dah dapat excess card, jom kita ke bilik.
Gambar-gambar yang di ambil di dalam bilik.
Antara kemudahan yang ada dalam bilik. TV, Toiletries, hanger, peti ais, payung, iron dan iron board.
Selepas selesai mandi, solat dan unpack barang kami bersiap-siap untuk keluar. Malam dating tengok movie citer yang ku tunggu-tunggu dengan pelakon kegemaran ku Lisa Suriani dan Aaron Aziz. Kalau ikut Mr Hubby dia tak suka tengok citer melayu tapi di sebabkan wifey dia suka, layankan aje..:-)
Sebelum tengok wayang, kami berjalan di D Pulze yang berada di Bandar Cyberjaya.
Kami Redeem voucher yang Mr Hubby dapat dari kemenangan dia Join Weight Challenge kat MNRB. Dia dapat voucher RM1,500 kerana menang No. 1 penurunan berat paling banyak. Boleh baca ikut kisah nya di ___.
Ni la hasilnya. RM1000 dah selamat kami habis kan. Ni balance. RM500 Mr Hubby bagi saya shopping semua. 🙂
Kami balik solat magrib dulu pastu baru pergi ke Alamanda untuk tengok movie “Suamiku Encik Perfect 10”. Kami dinner dulu sebelum menonton. Review untuk cerita ni memang best. Mr Hubby yang tak minat citer Melayu pun khusyuk tengok sampai habis.
Hari Kedua
Mulakan hari dengan breakfast. Kami breakfast di tepi pokok-poko yang redup dan nyaman. Sambil breakfast sambil bincang Business Planning untuk group kami #N3M. Kita harus sentiasa memikirkan strategy untuk membina Empayar supaya semakin berkembang.
Selepas breakfast kami lepak-lepak di tepi pool dan menikmati keindahan kehijauan dan berwefie.
Antara kemudahan-kemudahan yang ada di Cyberview Resort & Spa.
Selepas penat ber gym, round satu Cyberview Resort & Spa, kami balik bilik dan bersiap untuk keluar lunch.
Petang kami relax-relax kat bilik sebab dah penat setengah hari. Petang sikit nanti nak ber swimming pulak. Mr Hubby pulak update blog.
Dinner kami di tempat favorite kami. Makanan yang sedap dan sihat.
Hari Ketiga
Selepas breakfast kami packing dan bersedia untuk balik. Kami singgah ke rumah ma dan abah. Kami adik beradik plan untuk sambut Suprised Birthday Abah. Kami adik-beradik memang suka buat suprised untuk birthday ma dan abah.
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).