Energising Soy Protein (ESP)
Soy Protein Isolate Powder
Memberikan tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan
Kuasa Protein untuk Tenaga Lebih Lama
Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein kami yang mempertingkatkan TENAGA-stamina anda. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama.
Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan and perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.*
Tahukah Anda?
Dr. Forrest C. Shaklee mencipta formula protein soya isolat pertama pada tahun 1961.
APA ITU PROTEIN
Sebelum kita tahu apa keperluan protein lengkap, kita perlu tahu dulu apa itu “PROTEIN”
Protein
Protein adalah molekul organik yang kompleks dan besar yang memainkan peranan penting untuk organisma hidup macam kita. Mudah ceritanya, Protein adalah blok bangunan untuk tubuh kita. Protein diperlukan untuk membina tisu, otot, tendon, organ serta kulit dan sistem tubuh kita jugak.
Kalau nak buat rumah tak ada batu blok, mudah tak? kukuh tak bangunan? jadi tak rumah?macam tu lah umpamanya. Protein juga adalah zat yang paling banyak di dalam badan selepas air. Asid Amino pula adalah unit asas untuk protein.
Asid Amino
Ada 20 jenis Asid Amino tapi hanya 11 sahaja yang badan kita boleh hasilkan. 9 lagi perlu di ambil daripada pemakanan. Setiap anggota tubuh kita ni, struktur protein dia berbeza tau. Protein kuku lain, rambut lain dan lain-lain. Memang kompleks sungguh!
Asid Amino untuk mewujudkan pelbagai bentuk protein dalam badan. Ia perlu digabung bersama untuk membentuk struktur rantaian untuk setiap jenis protein – sama ada protein dalam tulang, rambut atau kuku. Ada ciri2 khas tertentu.
Asid Amino terbahagi kepada Asid Amino Perlu dan Asid Amino Tidak Perlu
Asid Amino Perlu
- tidak dapat disintesis oleh badan dan hanya dapat melalui pemakanan.
- 9 jenis asid amino perlu yang diperlukan oleh tubuh manusia.
- Protein kelas pertama mengandungi semua Asid Amino
Contoh: Proteins sumber haiwan
Asid Amino Tak Perlu
- Dapat disintesis oleh tubuh, dihasilkan daripada asid amino yang lain.
- 11 jenis asid amino tak perlu yang diperlukan oleh tubuh manusia
- Protein kelas kedua.
Contoh: Protein sumber tumbuhan
Isoflavones
Isoflavones adalah struktur kimia yang sama degan estrogen. Sebab tu isoflavones dapat mempengaruhi aktiviti estrogen kita. Isoflavones dapat bersaing dengan estrogen pada reseptor yang sama sehingga mengurangkan risiko kesihatan akibat dari kelebihan estrogen.
Isoflavones adalah struktur kimia yang sama degan estrogen. Sebab tu isoflavones dapat mempengaruhi aktiviti estrogen kita. Pengambilan isoflavones boleh elak kita daripada penyakit kanser payudara, kanser prostat, gejala menopause, serangan jantung dan osteoporosis. Segala manfaat kesihatan tu datangnya dari Isoflavones ni lah.
Sumber Protein
Sumber protein kita boleh dapat dari haiwan dan tumbuhan. Tahukan yang ni? Kita tengok apa perbezaan, kekuatan kekurangan kedua-dua sumber ini. Sumber protein dari haiwan antaranya ayam, daging, tenusu, telurSebagai contoh, Ayam, telur, susu, ikan, daging.
Suntikan-suntikan yang tersenarai tu boleh beri kesan pada kita. Hari2 makan ayam kan? Sikit2 lama2 jadi bukit gunung bahan-bahan kimia kumpul dalam badan.
Betul ke betul sangat?
Selain itu, protein dari sumber haiwan ni TINGGI KOLESTEROL yang boleh menyebabkan sakit jantung dan hati. Sumber protein dari tumbuhan ada juga tapi tak complete seperti sumber dari haiwan. Sebagai contoh whole grains, taugeh (any beans), soya dan lain-lain. Jadi, secara tak langsung nampak tak kenapa kita perlukan PROTEIN LENGKAP @ COMPLETE PROTEIN ni?
Paling penting untuk tubuh kita, bagi makan protein lengkap pada sel kita, tisu-tisu badan jadi sihat , organ kita tip top maka sistem badan kita berfungsi dengan baik. Mereka bertindak sebagai “spare part” untuk wear and tear of living. Setiap waktu kehidupan kita, protein sel di seluruh badan kita – sel darah merah, sel imun, hormon dan enzim sedang dipecahkan.
Protein sel tengah bina dan membentuk hormon penting seperti insulin, adrenalin, tiroksin, yang mengawal berat badan, aktiviti seksual dan metabolisme. Mereka juga berfungsi sebagai sumber panas dan tenaga apabila terdapat kekurangan karbohidrat. Nampak dah ye betapa besarnya keperluan protein lengkap ni untuk kita semua. Seisi keluarga. Mak, ayah, tok nenek, adik beradik, anak-anak kita jugak.
FAKTA ATAU MITOS
Pertama
Myths : Soya bukan sumber protein yang baik.
Fakta: Vegans dah explore semua makanan protein. Malah, kacang soya adalah yang dikenali sebagai protein lengkap, yang bermaksud ia mengandungi semua asid amino penting yang perlu kita dapatkan dari makanan kerana ia tidak boleh dibuat oleh tubuh
Kedua
Myths: Soya penyebab kanser
Fakta:
a) Kanser payudara
Kanser payudara disebabkan estrogen, dan ya, soya boleh bertindak seperti estrogen. Tetapi tidak ada kaitan langsung yang mengatakan soya boleh menyebabkan kanser.
Diet tradisional Jepun sehari 25-50 mg isoflavon (phytoestrogens) dalam 2-3 hidangan soya dan hampir 10,000 orang pesakit kanser payudara, mereka makan lebih banyak soya selepas diagnosis. Hasilnya, pengurangan 25% pada 7.4 tahun selepas diagnosis.
Baca sini,
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/24898224
Soy foods, isoflavones, and the health of postmenopausal women. – PubMed – NCBI
Am J Clin Nutr. 2014 Jul;100 Suppl 1:423S-30S. doi: 10.3945/ajcn.113.071464. Epub 2014 Jun 4.
b) Kanser prostat
Kajian China mendapati bahawa mereka yang consume soya mempunyai kemungkinan yang paling rendah untuk pembentukan kanser prostat, dan, lebih banyak lagi, soya dapat mengurangkan risiko kanser merebak ke seluruh tubuh.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4445252/
Plasma genistein and risk of prostate cancer in Chinese population
Genistein is one of the main soy isoflavones in our daily diet. There were studies proving that high-dietary
c) Kanser ovari
Beberapa kajian epidemiologi menunjukkan bahawa pengambilan isoflavones dikaitkan dengan pengurangan kanser ovari. Kajian The Japan Collaborative Cohort Study, yang terdiri daripada 64,327 wanita, mendapati bahawa pengambilan tauhu mungkin mempunyai tindakan pencegahan terhadap kanser ovari.
Baca sini,
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17571946
Dietary habits and risk of ovarian cancer death in a large-scale cohort study (JACC study) in Japan. – PubMed – NCBI Nutr Cancer. 2007;57(2):138-45.
Ketiga
Myths: Soya mengganggu kesuburan
Fakta: Jawatankuasa Jabatan Keamanan pada tahun 2003 melaporkan tidak ada bukti bahawa orang yang secara teratur makan banyak soya, seperti orang Cina dan Jepun, telah mengubah perkembangan seksual atau kesuburan yang merosot.
Perlu diingat bahawa China adalah negara yang paling ramai penduduk di dunia, dengan lebih daripada 1.3 bilion warganegara, dan telah memakan soya selama lebih dari 3,000 tahun.
Boleh baca detail ya;
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0015028214025291
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/26097060
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19524224
Soy food intake and treatment outcomes of women undergoing assisted reproductive technology
To study the relation of dietary phytoestrogens intake and clinical outcomes of women undergoing infertility treatment
Keempat
Myths: Lelaki minum soya jadi lembut (ada breast)
Fakta: Hanya 1 je case study ke atas lelaki usia 60 tahun ada breast, serta disfungsi seksual, selepas ambil tiga liter susu soya setiap hari selama enam bulan. Gejala-gejala itu hilang selepas pengurangan pengambilan soya.
Tapi tak tahu sejarah history lelaki ini or any komplikasi dari ubatan.
Kajian kes ekstrem tak hirau lah,cuma satu case study jekan. Pengambilan soya kelihatan sangat selamat pada paras normal dan sederhana, bahkan di atas paras penggunaan lelaki Asia yang agak tinggi. Masalah mungkin timbul apabila soya digunakan pada tahap 10x kali norma selama beberapa bulan pada suatu masa.
Ramai orang mendakwa bahawa penggunaan soya akan mengubah hormon seks pada lelaki. Dalam beberapa kajian yang mengkaji protein soya atau suplemen isoflavone, lelaki tidak mengalami perubahan ketara dalam testosteron, testosteron bebas, estrogen, hormon seks mengikat protein globulin, atau kualiti air mani.
Boleh baca detail ya;
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19524224
Clinical studies show no effects of soy protein or isoflavones on reproductive hormones in men: results of a meta-analysis. – PubMed – NCBI
Fertil Steril. 2010 Aug;94(3):997-1007. doi: 10.1016/j.fertnstert.2009.04.038. Epub 2009 Jun 12.
SOYA GMO VS NON-GMO
Non-GMO atau Non Genetically Modified Organism ialah bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK
GMO atau Genetically Modified Organism bermaksud tumbuh-tumbuhan (atau binatang) yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen (dikenali juga sebagai Genetic Engineering).
Maksudnya, proses pengambilan gen daripada satu spesis yang lain dengan tujuan untuk hasilkan sesuatu yang kita kehendaki dengan ciri-ciri yang diinginkan.
Dalam proses Genetic Engineering, jurutera genetik sebenarnya telah menemui kesan-kesan sampingan tumbuhan yang berciri GMO ini.
Apakah kesan-kesan sampingan tersebut?
- Tumbuhan berciri GMO menghasilkan toksin
- Memberi tindak balas dengan cuaca secara berbeza
- Mengandungi sama ada terlalu banyak atau terlalu sikit nutrient
- Menyebabkan punca penyakit atau rosak dan akhirnya mati
Kajian terhadap pemberian makanan GMO ini terhadap haiwan yang mengambil makanan berciri GMO ni akan mengalami.
- Ketumbuhan sel yang berpotensi pra-kanser
- Kerosakan sistem imunisasi
- Kebarangkalian mempengaruhi hati, otak dan testikal yang lebih kecil
- Hati melalui proses kemerosotan separa ataupun kepadatan meningkat
- Mempunyai bentuk sel nucleus yang ganjil
- Kehamilan palsu dan kadar kematian yang tinggi.
KENAPA ESP
1. Glisemik Index rendah
Glisemik Index ialah tahap cepat atau lambat makanan yang kita makan ditukar menjadi glukosa. Mengikut Dr Zubaidi dalam blognya, Index Glisemik telah diperkenalkan oleh seorang ahli Sains yang bernama Dr Jenkins, pada tahun 1981.
Ianya telah dibentangkan dalam American Journal of Clinical Nutrition. Ianya telah dijadikan panduan untuk menilaikan jenis karbohidrat dan kesannya pada paras glukosa darah.Secara tidak langsung kajian beliau telah memberikan impak mengenai kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia.
Glisemik Indeks Rendah bila makanan lebih lambat menjadi glukosa iaitu pada nilai kurang dari 55.
Pada nilai 56 hingga 69 pula dipanggil Glisemik Indeks Sederhana.
Manakala makanan yang mudah dan cepat dihadam dan ditukar kepada glukosa iaitu pada nilai lebih dari 70 ke atas dipanggil Glisemik Indeks Tinggi.
Untuk makluman, GI ESP adalah 39 ya.
2. 9 Asid Amino Perlu
3. Bekalkan 14gram Protein Lengkap
kalau nak banding ikan cot, yang orang kata tinggi protein tu, ESP lagi power la. tak leh lawan. ikan cot 85gram baru bekal 20gram protein. ESP 28gram bekal 14gram protein.
Non GMO
Program Pemeliharaan Identiti adalah perkhidmatan sukarela yang menyediakan syarikat-syarikat yang ambil bahagian dengan pengesahan pihak ketiga yang independent, pengenalpastian, pemisahan, dan kebolehlesanan ciri unik dan bernilai tambah produk mereka.
Pengesahan diberikan pada setiap peringkat, termasuk benih, pengeluaran, pemprosesan, dan pengedaran. Pembeli yakin bahawa identiti produk dipelihara dari peringkat pengeluaran yang diminta.
5. PDCAAS PDCAAS (Protein Digestability Corrected Amino Acid Score
Protein Digestability Corrected Amino Asid Score(PDCAAS) unutk ESP adalah 1.0. Score sama dengan susu lembu, telur yang yang protein kelas pertama tadi.
Apa dia PDCAAS ni?
Suatu kaedah untuk mengukur kualiti protein berdasarkan asid amino yang diperlukan oleh manusia dan kebolehan untuk mencerna.
Nutrisi yang direkemen untuk kita orang Malaysia. Latest ni
Bab protein muka muka surat 537, ada tablenya ikut usia dan keperluan harian.
Info belah depan sangat padat, kalau korang dapat baca pun sangat bagus. Summary hujung sekali.
http://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/FA-Buku-RNI.pdf
Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.
KeISTIMEWAAN Shaklee
- Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
- Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
- Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
- Membekalkan 9 asid amino.
- Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Nutritional Facts
Saiz Hidangan: 28 g (3 sudu besar)
Hidangan Setiap Bekas: 30
Setiap Hidangan Campuran Kosong | Setiap 100 g | |
---|---|---|
Tenaga | 105 Kcal | 369.7 Kcal |
Carbohydrate | 10 g | 35.2 g |
Gula | 9 g | 31.7 g |
Protein | 14 g | 49.3 g |
Lemak | 1 g | 3.5 g |
Lemak Tepu | 0.2 g | 0.7 g |
Lemak Trans | 0.0 g | 0.0 g |
Lemak Monotaktepu | 0.1 g | 0.4 g |
Lemak Monotaktepu | 0.5 g | 1.8 g |
Kolesterol | 0 mg | 0.0 mg |
Fosforus | 250 mg | 880.3 mg |
Kalsium | 500 mg | 1760.6 mg |
Sodium | 170 mg | 598.6 mg |
Niasin | 10 mg | 35.2 mg |
Asid Pantotenik | 2 mg | 7.0 mg |
Tiamin | 2 mg | 7.0 mg |
Riboflavin | 2 mg | 7.0 mg |
Zat Besi | 3 mg | 10.6 mg |
Vitamin B6 | 0.5 mg | 1.8 mg |
Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan ke atas gula darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah anda naik mendadak dan kemudiannya menurun dengan pantas, menjadikan anda letih, mudah rasa terganggu dan lapar. Makanan Protein Soya Segera juga mempunyai tindak balas “turun-naik” manakala untuk Makanan protein soya segera dengan indeks glisemik rendah, paras gula darah kekal stabil,membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.*
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder
Kod Produk: 11003 (850 grams / 30 hidangan)
Saranan penggunaan:
Campurkan 28g atau 3 sudu besar serbuk ESP dengan segelas susu, jus, air atau minuman kegemaran anda.
Pilihan: Tambahkan buah dan kisar.
Bekas pelajar UIA dan bekas accountant di syarikat Swasta.
Life Time Business: Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan yang agak lumayan. 🙂 (Master to Be).